S84 K16 Salam tiga.

Salam tiga,

1. Tidak saya nafikan bahawa Blog SIO yang kecil ini, mengandungi idea-dea yang BESAR. Lebih tidak dinafikan ialah setiap artikel mengandungi pesanan PENTING. Maka dalam mengejar yang BESAR dan PENTING, bagaimanakah kita belajar mendefinasikan yang UTAMA. Itulah kandungan artikel Ustaz ini, dengan ringkasan, “Seorang pengembara yang bijak, tidak akan menyusahkan dirinya dengan apa yang ia tidak perlukan. …. Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa dunia ini juga satu kembara. Dunia adalah tempat persinggahan. Kita datang dari alam lain dan sedang menuju kembali kepadaNya. …. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.

2. Dari artikel, ”Hidup kita dan masa yang ada, adalah seumpama bekas air. Mengisinya harus dengan batu besar sebelum batu kecil.” …. Apakah yang membesar dan mengecilkan batu itu? …. Itulah NILAI.” Memahamai dan berilmu tentang apa yang tersirat pada nilai-nilai Islam, dari apa yang disuratkan sebagai Islam. Oleh kerana penganut Islam telah mengambil-guna perkataan Muslim, maka tidak hairan ada penggunaan perkataan yang merujuk kepada Muslim yang Muslim (Orang Islam yang memahami nilai-nilai Islam). Kedua-duanya, Islam dan nilai-nilai Islam, adalah BESAR dan PENTING, tetapi tidak ramai yang melihat bahawa yang satu lebih UTAMA di antara dua. Itulah nilai. Seperti peingatan Ustaz, ”Jika kita menganggap usrah dan solat berjemaah itu sebagai kurang bernilai, maka ia akan diwakilkan oleh batu kecil ke bekas masa.”

3. ”Akhirat mengajar kita membuat penilaian terhadap setiap satu kebajikan dan kebaikan di dunia. Akhirat juga memberi amaran kepada kita terhadap setiap satu kejahatan dan dosa kedurhakaan.” Kitab Al Quran mengingatkan kita tentang kepentingan hidup di Akhirat, tetapi pada masa yang sama, jangan sekali-kali lupa pada bahagian (ujian) kita di Dunia. Kejayaan menjalani ujian di Dunia sangat menentukan kedudukan di Akhirat. Maka adalah UTAMA kita menduduki ujian atau peperiksaan, daripada mengharap dan menunggu keputusan yang baik, tetapi tidak merasakan keUTAMAan menduduki ujian. Ujian terbesar adalah memahami apakah nilai disebalik setiap sesuatu yang dijadikan Allah di Dunia ini. Islam itu ibarat harta, dan ujian di Dunia adalah mencari dan menggunakan nilainya.

4. ”Tabiat kedua sudah mengajar kita supaya Begin with the End in Mind. Apakah hujung perjalanan hidup di dunia ini? Bagaimana melihat kehidupan dari pandangan Pencipta kehidupan?” Pencipta menyediakan segala potensi kehidupan, dengan mahluk diberikan kebebasan membuat pilihan menggunakan potensi itu, atau saintifiknya disebut kinetik. Islam itu adalah potensinya sementara nilai-nilai Islam mengeluarkan potensinya menjadi kinetik. Begitu juga dalam sistem kewangan modern. Harta adalah mengandungi potensinya, sementara sistem ekonomi itu menggunakna nilai harta sebagai kinetiknya. Mempunyai harta sahaja (seperti Negara-negara berminyak) tanpa memahami nilai kinetiknya, menjadikan mereka bukan sebagai yang mendapat manfaat terbesar dari harta tersebut.

5. ”Diam mulut dari bercakap, diam tangan dari menyiar idea. Berbual, pilihlah bualan yang baik-baik. Membuka blog, pilihlah idea yang baik-baik, atau diam sahaja.” Kehidupan ini adalah tentang memimpin dan dipimpin. Kelihatannya sekarang berparti itu sebagai segala-gala tentang kepimpinan, sedangkan ia hanya sebahagian kecil dari kepimpinan seharian. Terlalu banyak parti yang tidak mengenal harta dan nilainya, menjadikan ahlinya tidak dapat memberikan focus dalam kehidupan seharian. Yang diUTAMAkan adalah keahlian bukan tujuan, mencari Pencipta. Yang dipentingkan adalah cara melakukan hidup (beragama) dan bukan tujuan mengenal Pencipta dan nilai yang disemaikanNya di dalam Alam.

6. ” Bahasa Arabnya adalah Aulawiyyat.” Tiga serangkainya menyebut Usul Ad Din, menjadikan peringatan UTAMA tentangnya ialah “Awwalludin Maarifatullah”. Setuju dengan peringatan Ustaz, ”Manusia hari ini dipujuk agar melupakan Akhirat. Pujukan paling berkesan ialah pada menambah perisa kehidupan melalui HIBURAN. Hidup kita hari ini menjadi “hiburan centric“. Semua mesti ada unsur hiburan. … hingga ke majlis agama, mesti ada unsur hiburan.” Akhirat yang dilupakan ialah tentang ketuhanan, sementara HIBURAN yang dipentingkan adalah beritual menjalankan perintah Agama untuk mencari ketenangan, dan bukan kebenaran, kerana ketuhanannya diketepikan. Hanya membudayakan carakerja Khaliq akan menyelamatkan mahluk.

One Response to S84 K16 Salam tiga.

  1. [...] 3. Semasa penafsiran atau pemerhatian, sesuatu objek lebih mudah didefinasikan berbanding sesuatu konsep yang tidak berobjek (abstrak). Lebih mudah sahaja bukan mudah, contoh terbaik adalah tujuh orang buta memegang satu objek bernama gajah, dan menghasilkan penafsiran berbeza. Apatah lagi bila sesuatu itu adalah konsep atau sistem, seperti Islam atau demokrasi dan sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai Islam? [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.