1. “Kenapa aku tak dapat lakukan?”, soal diri yang mengugat keimanan, apabila membaca artikel Ustaz ke sana ke mari. “Wow! bestnya”, kata perasaan. “Opp! jangan lebih-lebih ..”, bisik rational. Hendak seribu daya, tak nak apa kan daya? Syabas Ustaz! Bertambahlah lagi makna motto SIO, dan lebih penting saya katakan, saham pelaburan Ustaz semakin naik. Ya sekali-sekali turun sekejap, ikut trend bull and bear, tetapi jelas kelihatan senyuman waris SIO, meneruskan momentum perjuangan, hasil dari usaha gigih Ustaz hari ini. Selagi ada Melayu di ceruk mana, maka di situlah kelihatan SIO akan berada. Mungkin lama sikit le nak ke ISS, kerana wakil kita pun sekejap aja ke sana. Tetapi itulah besar harapan saya melihat unjuran pencapaian perancangan di minda Ustaz. Sybas sekali lagi!
2. Mengugat keimanan adalah soalan peribadi. Semestinya kita perlu selaraskan dengan Surah AnNaas, dalam memahami isu memberikan tumpuan kepada sesuatu. Surah itu menyatakan tentang was-was, yang selalu melawat kita, dan yang lebih penting ialah mengetahui yang bukan datang dari musuh nyata kita, tetapi dari dalaman diri kita. Apa yang syaitan boleh buat, untuk mengaburi pandangan kita?, kalau dia sendiri menggunakan sumber kuasa dan tenaga, dari yang sama kita gunakan. Kalau Allah berikan dia kebolehan menjadikan ‘out of focus’, kita perlu gunakan tenaga yang sama untuk ‘stay in focus’. Kebolehan dia lawan kebolehan kita. Kalau kita kalah maknanya, dia lebih percaya daripada kita, kan? Dia lebih memahami SunnahNya dan menikmati pengunaan kuasa dan tenagaNya. Tak tercabar ke kita?
3. Isu visa, tidak dinafikan rumit mendapatkannya. Sangat memeningkan kepala. Kalau minta visa untuk habiskan duit, mintak satu mereka bagi dua. Seperti pernah belaku pada saya dahulu, kerana kita selalu beli barangan mereka, mintak visa melawat sekali, mereka beri visa melawat seumur hidup. Bagi senang kita menghabis duit di sana. Tapi kalau minta visa kerja, tertutama kerja ‘nak mengajar mereka’, sebelah mata mereka tak pandang. Siapa expetriate dari Malaysia?, yang tiada dalam peta mereka. Sekali sekali kita bengkokkan peraturan, dengan menggunakan pas lawatan, debak debuk pulak hati nanti, masa tengah buat persembahan. Itu pun kalau nasib baik, kalau tidak ditawarkan lawatan percuma ke tahanan. Ini visa kerja ampunya cerita. Tak sepenuhnya salah mereka, kerana terlalu ramai yang menyalah-guna. Macam berlaku di negara kita, guna pas lawatan, rupanya memberi perkhidmatan.
4. Remaja di perantauan sememangnya perlukan pemantauan. Tak kurang ramai yang terkejut budaya bebas, ibarat kambing keluar kandang. Kalau tali ikatan luaran dah tak ada, pergantungan hanya diharapkan pada ikatan dalaman. Dengan jasmani yang sedang membesar dan bertenaga, apa sahaja akan mereka cuba. Wapaupun saya lebih bersetuju dengan konsep ‘Buatlah apa saja’, dari ‘Jangan itu, jangan ini …”, sudah pasti peringatan seterusnya ialah, ‘Buatlah apa saja … dengan mengikut peraturan’. Saya sangat faham dengan konsep SIO, yang menyemai peraturan yang dikemaskini. Banyak peraturan lama yang terlalu mengongkong, sehingga ‘Buat apa saja’ menjadi ‘Tak boleh buat apa’, itu haram, ini haram, Yahudi haram, Nasrani haram, Majusi haram, sedangkan yang haramnya bukan pada bangsa, atau pada benda selalunya, tetapi pada sikap kita menanganinya.
5. Syariatik yang saintifik, itu visa SIO. Dan juga vision dan mission SIO. Maaf ya Ustaz kalau terlebih define. Saya nak fahamkan diri, bukan untuk memberitahu yang orang dah tahu atau Ustaz pasti tahu, pasal kalau kita beritahu apa orang dah tahu nanti mereka tak nak ambil tahu. Tetapi pengalaman mengajar, ada sahaja nanti terkeluar, “Tak ada yang bagitahu saya pun”, sedangkan telah diberitahu, tetapi kerana kurang ambil tahu, maka jadinya tak tahu menahu. Lihat tapi tak nampak. Membaca surat tepi tak menyirat. Dengar tapi terkeluar, sebelah satu lagi. Memanglah elemen asasnya mis-communication, tetapi tak kan kita nak bergembira dengan hanya mengambil bayaran, walaupun mengetahui ianya salah penerima. Manusia tidak gemar mendengar jawapan yang tak selari dengan pra-sangka atau perpektif sendiri, kalau guna perasaan.
6. Hanya dengan pengunaan akal, pembukaan baru dapat terbena. Idea baru dapat bercambah. Pengalaman baru dapat dicerap. Pengetahuan baru dapat diperap. Ilmu baru dapat dilahap. Itulah yang dinamakan saintifik. Apabila yang dipercayai, pada mulanya, dapat disaring, diuji, diteori, dan akhirnya dibukti. Keadah ilmu sains tidak dapat menerima apa yang tidak dapat dibukti. Tidak dinafikan ada pekara yang berasaskan kepercayaan, tetapi itulah penserasian yang tersirat di dalam memahami ‘syariatik yang saintifik’. Kalau tidak diserasikan, jiwa remaja adalah pertama yang tidak dapat menerima. Kalau dipaksa untuk menerima, hasilnya ialah pembentukan Muslim yang kurang Muslim, atau Muslim pada nama. Sebuk beragama tetapi syok sendiri pada Tuhannya. Semuga berjaya!