1. ”Dalam banyak-banyak alasan itu, alasan pembangunan adalah alasan yang paling hebat. Bahawa mereka sudah membuat sebesar-besar kebajikan di sebesar-besar tempat, pada sebesar-besar musim, dan semuanya menjadi kebanggaan.”. Sangat tepat pemerhatian Ustaz tentang itu. Saya pula tidak terperanjat kalau itu berlaku di kalangan Umara’ (pemimpin pembangunan jasmani), yang menjadi kejutan saya adalah tiada beza perangai yang terdapat pada kalangan Ulama’ (pemimpin pembangunan rohani). Jadi kalau Ustaz rasa sedih dengan perasaan bangga yang tersalah tempat, saya dua kali lebih sedih, malah tak keluar air mata, untuk dilelehkan lagi. Kerana setiap titisan ari mata itu, bukan sahaja menambah sedih, malah mengurangkan keyakinan diri, sebagaimana Nabi saw merasainya sendiri.
2. Menjalankan tugas pembangunan adalah tugas yang tidak boleh mengharapkan balasan, terutama setelah ganjaran makan gaji dah selalunya datang bersama, bagi memastikan keluarga petugas dapat mengisi perut mereka. Menjalakan tugas yang hanya bertugas (kerja dengan balasan) dan bukan dijadikan hobi (kerja tanpa balasan), tidak layak untuk diganjarkan dengan pahala sekalipun, sekiranya tidak disertai dengan jujur dan ikhlas. Maka kalau ada yang merasa bangga dengan kejayaan membawa pembangunan, samada jasmani ataupun rohani, dan mendapat balasan, samada rela ataupun paksa, jadi lebih jauhlah ia dari dinamakan menjalankan tugas. Kelihatannya sekarang yang beragama mengharapkan harta Akhirat (pahala) dan yang tidak beragama, mengaharapkan harta Dunia (habuan).
3. Sebaliknya ada juga terdapat golongan yang tidak mengharapkan kedua-duanya. Dia tidak mengharapkan habuan dan pahala, semata-mata kerana Tuhannya. Tapi malangnya hanya mengenal nama Tuhannya, tak pernah kenal carakerja Tuhannya. Mereka melaksanakan sesuatu hanya atas nama kebajikan. Bekerja memberikan manfaat sebanyak-banyaknya kepada manusia. Merekalah yang pertama akan datang sekiranya berlaku apa-apa bencana atau malapetaka. Segera datang menghulurkan tenaga dan juga derma, tanpa pernah mengira apa atau siapa? Soalannya ialah, ”Ya, kebajikan itu kebajikan. Ia mungkin mencurah lautan manfaat buat manusia. Namun tanpa menghubungkan segalanya dengan sebuah kehambaan manusia kepada Pencipta, bisakah semua itu meraih Syurga?”
4. ”KAMU BERJASA KEPADA MANUSIA, KAMU BERDOSA KEPADA TUHAN MANUSIA… sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim membelakangkan Dia!” Begitulah adanya, manusia sentiasa mahu mengetahui carakerja manusia yang hendak dibantunya, atau menghulurkan rasa hormat kerana tahu carakerja manusia yang dia berhubung antara, tetapi manusia lupa akan dosa, kerana tidak pernah mengambil tahu atau berusaha mendalami ilmu mengenai carakerjaNya. Sangat berleluasa ia berlaku sekarang ini. Sehinggakah akhirnya Allah menutup pintu minda mereka, dari mengenal yang lebih utama. Jasad Nabi-nabi terawal menjadi rebutan antara agama. Lihat sahaja di Baitulmukaddis, perkuburan jasad Nabi yang sama, tetapi pegangan kehidupannya sangat berbeza, apabila rohnya tidak kenali.
5. Kalaulah semua mereka, yang asalnya dari satu keturunan, menyedari bahawa jasad Nabi-nabi mereka itu, dibentuk oleh Tuhan yang sama, Tuhan yang satu, sebagaimana hanya adanya satu jasad yang direbutkan, sudah pasti akal yang waras akan menerima bahawa perbezaan yang ada itu adalah perbezaan diperingkat cara (beragama) dan bukan diperingakat tujuan (mengenal Pencipta). Malangnya kesemua manusia tidak gemar melihat secara keseluruhan. Hanya suka melihat kepada penyempitan. Manusia gemar mengikut kata hati perasaan dari menganalisa dengan akal fikiran. Manusia gemar mempercayai apa yang diwariskan oleh keturunan, tanpa mahu beranjak membuat pembaharuan pemikiran, mencari pembuktian kepada kepercayaan yang mereka diwariskan.
6. Setuju dengan kata-kata Sdr Jowel, ”berhikmah sungguh yang ustaz paparkan. mudahan ianya dapat mengetuk hati-hati yang tidak mahu peduli akan benarnya hari pembalasan dan perjumpaan dengan Allah..” . Perbezaan-perbezaan di Dunia tidak akan dapat diselesai di sini, memandangkan pendakatan berbeza setiap manusia, terutama perbezaan meletakkan keutamaan dalam menggunakan nikmat pertama yang Allah berikan, sehingga layak manusia digelar menjadi khalifah, yang sepatutnya membawa pembangunan di Dunia, tanpa perlu merosakkan keadaannya. Ujian kejayaan pembangunan di Dunia akan memastikan kedudukan seseorang manusia di Akhirat kelak. Segala perbezaan akan diadili di Sana.
Dikirim oleh Pak Din 31