SA02 Rajuk, rujuk dan pujuk.

Mei 28, 2009

Pak Din says:
26/05/2009 at 12:01 am
“kerajaan cakap 1 encik cakap 10! Ingat, encik ZALIM!”

Selepas 121 komen saya merasakan, kita sebagi pembaca, masih terlepas holy grailnya. Ustaz sebagai orang yang berkonsepkan bahawa kehidupan ini satu perjalanan (bukan persinggahan), menulis tajuk ini sebagai satu sub-set kepada keseluruhan blognya. Setiap satu berkait rapan dengan yang lain dan persekitaran semasa.

Kalaulah x-ray yang ada di kepala saya ini tenaganya lebih kuat, ada kemungkinan dapat melihat apa yang ada di minda Ustaz. Malangnya, saya tak punya apa-apa, jadi susah untuk meneliti langkah seterusnya. Apapun kebolehan Ustaz menarik fabrik ruang-masa (meluaskan penceritaan pengalaman), amat saya kagumi. Lebih utama perlu saya contohi.

Mungkin ia berkisar kepada isu rajuk, rujuk dan pujuk. Saya sendiri akan merajuk apabila sistem tidak seperti yang kita mahukan. Kalau sistem tersebut kemudiannya tidak pandai memujuk, maka berpanjangan rajuk kita. Terutama kalau kita terbawa dengan perasaan semasa meneliti sistem.

Bagaimanakah kita mahu rujuk kembali (ayat jenis pintu gate) kepada sistem? Kita sedar kerajaan kata 1 bukan 10. Tetapi segelintir pekerja kerajaan merasakan mereka adalah kerajaan. Kalau kita bagi bot suruh masuk padang dia ketar! Sama-sama kita tunggu bahagian seterusnya.

Dari http://saifulislam.com/?p=5702#comment-51567
———————————————

Pak Din says:
24/05/2009 at 9:04 pm
Terkejut pertama itu, seolah-oleh dia jauh,

Terkejut kedua itu, memanglah dia jauh.

Jauhnya manusia dari paksi asalnya.
———————————————-
Pak Din reply on May 24th, 2009 9:28 pm:

@Pak Din, “Melihat waktu nazak seekor kucing, saya memikirkan bagaimana nasib saya di waktu akhir ruh di cabut. Takut sekali rasanya! Jika kucing yang tidak dihisab menggelupur sebelum mati, bagaimana kira-kira nasib saya kelak?”

Dari http://alqasam.hadithuna.com/2009/05/22/iktibar-dari-kucing-yang-mati/

Dari http://saifulislam.com/?p=5733#comment-51418
———————————————

Pak Din says:
24/05/2009 at 11:44 am
Membaca dengan perasaan berbeza dari membaca dengan akal. Dengan perasaan kita menalakan pengaharapan kita kepada apa yang kita suka atau mahu, sementara sebaliknya dengan akal kita menyediakan diri untuk tahu.

Tidak hairanlah hasil membaca dengan perasaan selalunya menghasil pemilihan bahan yang dibaca lebih kerap dari membaca dengan akal rational. Timbullah kecenderungan suka dan tak suka, kerana asasnya kemahuan kita, banyak dipengaruhi oleh nafsu.

Membaca untuk tahu, tidak terjejas dengan perasaan semata-mata. Keperluan untuk tahu mangatasi mahu, dan keterbukaan menerima sesuatu yang baru, yang belum dipersepsikan oleh pemikiran kita, lebih besar kerana ketiadaan unsur mahukan yang kita mahu.

Dari http://saifulislam.com/?p=5696#comment-51381
———————————————–

Pak Din says:
22/05/2009 at 10:36 pm
Kita terima sahajalah segala keputusan, samada …

Dihukum gantung selagi hidup,

Dihukum kaku dalam membuku,

Dihukum undur dalam jawatan,

Dihukum mendewa dalam menghormat,

Dihukum zalim dalam Keadilan,

Dihukum sekat dalam kebebasan.

Akhirnya Mahkamah di sana adalah terbaik …

Dari http://saifulislam.com/?p=5696#comment-51238
————————————————-

Pak Din says:
20/05/2009 at 12:39 pm
Tepat sekali contoh bahan plastik yang digunakan di sini. Tetapi hati hati juga, zaman modern ini kalau teruk anak dipukul sekalipun, menantu buat ‘deark aja’! Kesian anak kena pukul!

Saya cuma teringat satu ayat yang menghalang saya untuk cenderung melaksanakan ‘pukul memukul’, ‘Janganlah kamu mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah’

Dalam situasi masakini, yang dipersepsikan sebagai zalim menjunjung kedaulatan Islam. Malah mereka mendirikan solat dan ibadah khusus yang lain, sebagaimana diterangkan di dalam AQ.

Apakah layak kita menyimpulkan natijah dari cerita di atas sebagai sesuai untuk samakan dengan situasi masakini? Yang dikhuatirkan, apabila tuduhan kita tersasar, maka kita lah yang menjadi sasaran.

Kita layak melayani perasaan marah dikalahkan, tetapi tidak layak untuk terus tidak mengawal penggunaan perasaan marah itu, sehingga sanggup melebelkan orang lain dengan persepsi kita.

Dari http://saifulislam.com/?p=5609#comment-50925
—————————————–

Pak Din reply on May 27th, 2009 6:47 pm:

@alqasam, Dengan ArRahman dan ArRahimnya Dia, kita semua dirahmatinya, hanya kita selalu terlupa merahmati RahmatNya.

Jelas siapa sekarang dan nampaknya dah lama juga alqasam menjadi peminat setia.

Saya tertarik pada blog Ustaz ini kerana kebolehan luarbiasa Ustaz merakam peristiwa dan mengaitkan kepada isu semasa. Sejak itu saya terus belajar caranya. Berjaya atau tidak, bukan isu saya.


SA01 Seek first …

Mei 26, 2009

Membangun yang tidur

1. Jangan sekali-kali dinafikan keperluan seek first to understand, malah ianya menjadi asas beragama, “Awwal Ad Din Maarifatullah”. Seek first to understand Him. Malangnya Stephen Corvey kata, jadi popular, peringatan asas beragama itu, dikatakan bukan Hadith! Dari situ telah kelihatan kepincangan Muslim dalam mengapplikasikan peringatan Seek first to Understand … Islam. Kenapa saya katakan begitu? Islam telah disempitkan kepada hanya penutup dan bukan botol keseluruhnya. Perbincangan ini ada saya tuliskan di SDC. Kalau asas seek to understand tidak diapplikasikan kepada Islam, bagaimanakan ianya akan maju, sekiranya hanya digunakan untuk Muslim?

2. Saya setuju sepenuhnya saranan Ustaz HAJ dan Sdri Ismi. Tetapi persetujuan itu memerlukan cakupan yang lebih luas, dan tidak hanya terbatas kepada sesuatu lingkungan. Perluaskan pemikiran adalah jawapan terbaik, kerana Islam itu telah wujud, sebelum lagi Allah beriradah menjadikan Alam ini. Allah itu Islam dan segala tindakan dan perbuatanNya (sunnah dan CarakerjaNya) adalah tidak lain dan tidak bukan, cara Islam. Apabila kita membudayakan Carakerja Allah di dalam kehidupan kita, barulah kita dapat mensyumulkan kehadiran Islam. Jangan hanya mengambil penutupnya dan mewar-warkan sebagai syumul.

3. Saya sentiasa senyum menulis, walaupun pembacaannya mungkin menghasilkan sebaliknya, tetapi, kepekaan minda perlu mengatsai kepekaan perasaan. Irama RAP saya seperti biasa, “Ransangan Akal bukan Perasaan”. Maka apabila kita menggunakan pendekatan psikologi kepada manusia sepeti disaran “displin sains/kemanusiaan dan aplikasi psikologi berupa pujukan.” ia perlu ditekankan dengan batasan. Terbuai terus dengan cara pujukan dan rayuan, manusia menjadi lalai, leka, tak bermotivasi sendiri dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masaalah. Sebagai langkah pemula ianya berkesan, sebagaimana peringatan ‘berhikmah dalam membangunakan’

4. Berhikmah itu bukan fungsi satu hala. Ia bukan hanya kepentingan penyampai untuk berhikmah. Yang menyambut perlu faham dengan konsep yang sama. Bagaimana boleh berlaku pengaliran ilmu sekiranya hanya sebelah sahaja yang berhikmah. Ia tidak akan membolehkan suasana pemindahan berlaku. Yang menyampai berhikmah pada penerima, dan penerima perlu berhikmah pada diri, sekurang-kurangnya dengan memahami Irama RAP. Kalau kita berjaya sekalipun sebagai penyampai, dengan berkhikmah pada penerima, hanya berjaya pada ketika itu sahaja. Ianya tidak lama tinggal di dalam penerima, selagi penerima sendiri perlu faham untuk berhikmah pada diri.

5. Kata kuncinya, “Seperti juga kata orang, ‘Jika ingin dihormati, maka kita sendiri juga kenalah terlebih dahulu belajar untuk menerima kehadiran orang lain.’.” Bagaimana sebelum kita faham apa itu evolusi, kita sudah mengecap orang yang berkata itu salah?, sebagai contoh. Betapa ramainya Muslim yang percaya taklid, mengikut sahaja apa yang dihujahkan kepadanya, yang tidak berdasarkan kepada pengkajian ilmu sains, dan tidak mahu menerima kehadiran dan kepentingan ilmu sains di dalam kehidupan mereka? Ini yang Ustaz HAJ perjuangkan, menajdikan Muslim syariatik yang saintifik. Tetapi apabila seek to understand … sains, tiada, ….

6. Tepat sekali apa yang disarankan oleh Maulana Jalaludin, tetapi masih perlu kita melihat dari satu sudut berbeza. Apakah kebenaran itu berasaskan demokrasi? Lebih ramai yang bersetuju kepada sesuatu isu, maka lebih benarlah kebenarannya. Sejarah telah membuktikan berkali-kali, bahawa apa yang dipercayai semata-mata tanpa bukti, selalu akhirnya dibuktikan sebagai tidak berasas. Hanya apabila iman itu kemudian disadurkan dengan keilmuan dan pembuktian, barulah ianya menajdi kebenaran. Dan tidak ramai yang sanggup berkorabn mencari kebenaran, kerana kedamaian itu lebih hampir pada naluri asal manusia. Nafsu selalunya dapat 2/3 majoriti. Hidup RAP!


S99 Program Komputer & Qadar.

Mei 20, 2009

1. Apabila Allah awj beriradah menzahirkan perbendaharaanNya, dengan membentuk mahluk atau Alam ini, selaras dengan yang disampaikan di sebuah Hadith Qudsi, maka dia scara ‘kun-fa-yakun’ menyediakan segala kadar ketentuan untuk segalanya berlaku. Saya rujuk ini sebagai Super-Program, iaitu segala ketentuan dan ciri-ciri, bagi memungkinkan berlaku penciptaan setiap sesuatu. Allah kemudian mengarahkan Kalam untuk menulis segala ketentuan ini. Super-Program ini yang Maha Sempurna kemudian menjadi asas kepada pembentukan dan pergerakan setiap sesuatu di dalam Alam (mahluk).

2. Super-Program ini yang menentukan segala Hukum Alam dan sekarang ini, Ilmu Sains merupakan ilmu yang mengkaji tentang Hukum Alam atau Super-Program ini. Kita tidak dapat membandingkan program komputer yang terbaik dibuat manusia dengan Super-Program yang dicipta Allah. Program komputer, yang banyak dibangunkan dalam beberapa bahasa komputer, seperti Visual Basics dan HTML, akhirnya ditukar kepada machine language oleh complier bagi menterjemah bahasa computer kepada machine code, agar kemudian mikroprocessor dapat memprosessnya.

3. Machine code terlah berevolusi dari 4-bit awalnya sehinggalah sekarang ini kepada 64-bit. Dengan bertambahnya keupayaan mikroprocessor, yang diukur dari bit-nya, perbendaharaan kata machine code bertambah, yang kemudiannya menambah keupayaan memaksimakan operasi pemprosessan. Akhirnya diperingkat processor hanyalah berbentuk flip-flop atau berbagai kombinasi gate (and, or, nor dan sebagainya). Bagi memudahkan programmer menulis program, maka high-level language diperkenalkan.

4. Asasnya, sesebuah program komputer menjangka sesuatu yang akan berlaku apabila pelbagai pilihan dibuat. Apa perlu berlaku sekiranya seseorang memilih A, B, C dan seterusnya. Dengan nenekan butang arrow ke kiri, sebagai contoh, kita menyatakan satu arahan kepada komputer dan peralatan yang dikawalnya, untuk pergi ke arah kiri. Begitulah seterusnya dengan pilihan lain. Dari pilihan yang terbatas, kerana keterbatasan keupayaan pemprossesan komputer, berkembang kepada pilihan yang jauh lebih banyak sekarang ini.

5. Melihat dari sudut Qadar Allah, Dia juga telah menetapkan segalanya untuk berlaku. Sebagai contoh mudah, makan menghasilkan kenyang, belajar menghasilkan berilmu, kuat bekerja menghasilkan kejayaan dan sebagainya. Di dalam dunia sebenar, komputer Allah tidak 64 bit atau 128 atau yang lebih tinggi, malah saya menjangkankan infinite bit, yang tidak membataskan perbendaharaan kata prosessor Allah. Begitu juga keterbatasan kelajuan mikroprosesssor manusia, yang sangat terbatas, dan tidak terbanding denga kelajuan prosessor Allah.

6. Dengan contoh di atas, saya mengatakan bahawa mempelajari dan memahami falsafah programming, akan memahamkan kita kepada asas perlaksanaan sistem Qadar Allah. Sudah pasti keupayaan processor kita tidak dapat dibandingkan kelajuannya dengan prosessor Allah. Akan tetapi kita memahami konsep Carakerja atau Sunnah Allah melalui perlaksanaan QadarNya. Konsepnya sama tetapi hakikatnya berbeza.


S98 Wasila & Wakila.

Mei 19, 2009

Tawassul dan tawakal

1. Kita sebagai mahluk tidak punya apa-apa. Kita hanya menjadi pengguna, yang telah mendapat HAKGUNA. Segala yang ada adalah milik Allah, menjadikan Dia sebagai mempunyai HAKMILIK segalanya, yang ghaib dan yang nyata. Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah dia memberikan HAKGUNA apa yang menjadi HAKMILIKNya kepada mahluk dengan sedikitpun tidak mengambil faedah atau manfaat dari kehadiran dan kekuasaan HAKMILIKNya. Itulah asas memahami TAWASUL dan TAWAKAL.

2. Tawakkal apabila kita berwakil terus kepadanya. Sebenarnya tidak pernah?, kerana kita adalah Complex Living Cell (CLC – dihurai dalam Fi Sittah …) atau mahluk yang tertinggi diciptakan Allah yang bergantung kepada mahluk yang lebih asas, kewujudannya. Pada setiap tahap dalam 6 tahap Fi Sittah, kita bertawassul kepada mahluk yang dijadikan lebih asas. Dengan itu kita baru memahami jasad yang kita kenali sebagai kita. Yang berkemungkinan bertawakal kepada Penciptanya terus adalah roh kita.

3. Saya bertawassul kepada Alam (atau selalu saya rujuk sebagai Kitab Alam), untuk mendapatkan ilham dariNya. Sebelum pandai bertawassul dengan Alam sebagai perantara, saya belajar dengan guru, chegu, pengajar, pendidik didalm bentuk manusia serupa kita. Mereka ini semuanya sepatutnya kita ambil sebagai belajar memancing dan bukan sekali-kali diberi ikan darinya. Dengan itu kita bertawassul kepada mereka untuk mendapat ikan sendiri. Dengan terbiasa mendapat ikan, kita akn terus bergantung kepada mereka untuk mendapat ikan kerana tidak pernah belajar memancing.

4. Maka tidak pernah timbul saya tidak berguru atau tidak mendapat rujuakan yang haq. Saya bertawassul kepada mahluk untuk bertawakal kepada Allah. AQ mengatakan Allah menjamin rezeki setiap dari Daabah (yang melata termasuk kita) secara Adil dan Samarata. Yang menjadikan kita mempunyai rezeki yang lebih dari yang lain, tidak lain dan tidak bukan kerana, secara sedar atau tidak, mengambil ‘secara sah’ dari orang lain, sesuatu yang bukan milik kita. Tidak menjadi kaya seseorang itu sekiraya tidak ada orang lain yang menjadi miskin.

5. Harta jasmani (emas dan wang) berkurangan bila dikongsi bersama, tetapi tidak harta rohani (ilmu). Begitu juga harta jasmani hanya di Dunia sebagai Alat sementara harta jasmani sehingga ke Akhirat sebagai Matlamat atau Tujuan. Kehidupan kita tidak lain, hanya untuk mengenali Dia agar dengan itu kita mendapat keredoanNya. Kita bertawassul kepada peribadatan (pengabdian) kita, untuk akhirnya mencapai matlamat Maarifatullah. Ibadah adalah cara, sementara Tauhid (mengenal keEsaan Dia) adalah tujuan. Perlu diingat juga cara yang salah tidak pernah menghalalkan tujuan.

6. Kita diberikan aqal untuk dibezakan dari mahluk lain. Kita akan dipertanggung-jawabkan dengan pemberian nikmat itu dan dipersoal tentang penggunaannya di Akhirat kelak. Kenapa perlu kita menyerahkan nasib kita kepada orang lain, yang diberikan akal yang serupa dengan kita, tetapi mereka tidak menggunakan dengan sepenuhnya? Hanya kerana kita tidak berani membuat pilihan sendiri, maka kita diselubungi oleh sifat ketakutan yang tidak bertempat. Takut untuk menggunakan dengan sepenuhnya nikamat terbesar yang Allah berikan.

Wasilah.wasilah


S97 Main undi.

Mei 14, 2009

Pak Din says:
13/05/2009 at 8:31 am
Kampung kotor tidak seteruk orang kampung kotor.

Nasihatkan orang kampung jangan main suis letrik selalu. Sekejap on sekejap off, tanpa sebab atau sebab terpengaruh dengan perasaan. Silap main suis yang MUNGKIN mengikabatan kejutan elektrik. Kita tak nampak tenaga letrik ni dengan mata kepada, hanya dengan mata akal (mata hati boleh nampak juga tetapi tak begitu tepat – jelas).

Orang putih kata swine … dia tak marah dengan pig. Lagi mereka kata bitch dan tak marah pada dog. Kenapa?

Yang berlaku itu bukan sebab satu menang dan yang satu kalah, yang menjadikan keadaan kotor. Mutsyabihatnya perlembagaan Perak perlu diselesaikan secara berhemah. Perlembagaan Perak adalah subset kepada Perlembagaan Malaysia. Mempermainkan kesamaran perlembagaan dan mengambil kesempatan meneguk di air keruh, hanya mengajar sesetengah dari kita memutsyabihatkan ayat-ayat yang mahkamat di AQ.

Semuga ’seekor kerabau membawa lumpur, tidak …” mengotorkan pemikiran orang kampung. Mereka bersih dari segi pemikirannya, hanya menjadi kotor apabila ada yang mencadangkannya. Politik itu adalah gabungan penyokong dan pembangkang. Usah diterap nilai yang sama tanpa keilmuan di dalam sistem kekeluargaan atau lebih menghampirinya dengan mem ba alif ba ya kan situasi berlaku.

Pak Din says:
12/05/2009 at 4:14 pm
Tak lah nyanyuk …

Nyanyuk tu hanya bagi mereka yang selalunya tidak menyebukkan diri, secara jasmani dan rohani, dan kemudian apabila tahap kesihatan jasmani rendah, kecelaruan rohaninya menyebabkan dia merapu. Dalam kes Ustaz, saya kira kerana tahap jasmani sedang rendah tetapi Ustaz tidak mahu melayan keadaan itu, menyebabkan beberapa procedure mudah menjadi tidak terkawal, seperti tertekan delete yang sepatutnya menekan return. Ia berlaku. Ustaz ni lebih dari Dual atau Quad processor. Sesekali tumpas juga. Semuga recover.

Pak Din reply on May 12th, 2009 5:53 pm:

@shiha, Its mind over matters, Roh over Jasad, Reality over Fantasy … what we think is what we belief.


S96 Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja.

Mei 12, 2009

Pak Din reply on May 12th, 2009 7:42 am:

@akubencidiktator (terutama yang menumpang di Wiki), Lepas di-on-kan, apa yang kelihatan? Kipas (benda atau zat) yang berputar dan angin yang dikeluarkan (mana boleh nampak angin?).

Dalam contoh ini bayangkan kipas ini menggunakan tenaga elektrik dari battery, dengan 3 butang kelajuan.

cara kerja kipas ialah berpusing (berputar atas paksi, lagi tepat)

gerak kerja kipas adalah menukar tenaga eletrik (Potential Energy) kepada tenaga angin (Kinetik Energy)

hasil kerja kipas adalah mengeluarkan angin

AQ mengajar dengan misalan, tamsil, ibarah, contoh dan sebagainya yang membantu memahami sesuatu konsep.

Hanya Zat Allah dan Tenaga PotensiNya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujud, qidam dan baqa’.

Carakerja Allah adalah SunnahNya yang tidak pernah dan tidak akan berubah dari Azali (Big Bang).

Gerakkerja Allah menceritakan proses carakerjaNya sementara Hasilkerja Allah, secara amnya, membentuk mahluk keseluruhannya.

Maka dengan beriradahnya Allah mencipta mahluknya, Dia telah mentajjalikan (transformed) TenagaNya kepada Tenaga yang membentuk mahluk (keseluruhan tenaga ini dirumuskan di dalam 3 Hukum Thermodynamics).

Zat Allah berada di luar Alam (alam = mahluk keseluruhannya) tetapi tajjali TenagaNya membentuk semua mahluk dan segala yang berlaku di Alam ini. La Hawla Walaa Quwata Illa Billah (Tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan untuk melakukan sesuatu, melainkan dengan kehadiran (tenaga) Allah.

Pokoknya Ikhsan itu adalah merasai kehadiran tenaga tajjali Allah bersama kita, sepertimana tenaga angin dari kipas tidak terbentuk jika tidak adanya tenaga elektik. Ikhsan itu bukan angin melihat kipas bergerak, tetapi merasai kehadiran tajalli tenaga elektrik kepada tenaganya. Begitu juga pada mahluk, bukan hanya merasakan Allah melihatnya membuat sesuatu, tetapi merasakan kehadiran tajjali tenaga Allah yang membentuk kehadirannya di Alam dan dapat melakukan segala yang diinginkan.

Kesalahan WW adalah mengatakan zat Allah yang membentuk Alam atau mahluk. Pentajjalian atau transformation tidak menjurus kepada itu. Angin tidak wujud pada zat, hanya ada sebagai hasil kerja kipas, sebagaimana mahluk, tidak wujud pada zat yang haq, melainkan ada sebagai Hasilkerja Allah.

Keterangan lanjut banyak dibincang di Sharudin.com


S95 Jangan pechahkan cermin!

Mei 11, 2009

1. Pak Din – Mei 11, 2009
Satu artikel mula yang penting …

Secara terus terang saya mengingatkan anak-anak (5 semuanya) bahawa kita sebabagi manusia mewarisi zuriat (gen) keturunan leluhur. Sangat penting kita fahami itu. Maka ‘di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi’. Setiap tindak-tanduk anak adalah, disedari atau tidak, disenangi atau tidak, datanganya dari kita dan leluhur kita. Dalam 7 generasi, maksima 128 orang terlibat memberikan gen kepada pembentuk 1 manusia. Perlu diingat itu. Kalau perangai kita baik sekalipun (susah nak mengaku sebaliknya) jangan lupa kita mungkin pembawa gen, kalau tidak pelaksana gen. Kita mewarisi segalanya dan orang pertama membuat kesalahan adalah Nabi Adam ra.

Jadi, selau saya peringatkan kepada zuriat, CARILAH KEKUATAN DALAM KELEMAHAN yang kita warisi. Perbaiki dan perbetulkan segala kepincangan yang kita warisi. Jangan takut membuat kesalahan memperbetul keadaan, tetapi pada masa yang sama JANGAN berani mengulangi kesalahan yang sama. Terima kelemahan kita disebabkan mewarisi kepincangan dan cungkil kekuatan kita yang terselit di antara sifat-sifat kelemahan yang ada. Memang susah untuk mengakui kelemahan dan kepincangan, tetapi kejayaan sebenar adalah kelaur dari keadaan sedemikian, bukan menjadi baik kerana zuriatnya dari yang baik-baik sahaja.

Kelemahan kita sebagai Muslim adalah ketidak-telusan dalam tindakan. Terlalu banyak menyapu bawah carpet atau menyorok kelemahan, sehinggalah kelemahan itu terkeluar secara sendiri, kerana tak dapat ditampung oleh kantong menyorok. Berani menyatakan kelemahan dan dua kali berani menyelesaikan kelemahan diri. Ini yang tidak ada di kalangan Muslim. Kita terlalu memuji seseorang sehinggakan kenkadang ke tahap mendewa, dengan harapan orang lain juga tidak mendedahkan kesalahan dan kelemahan kita. Delima Muslim. Muhasabah diri sebelum muhasabah orang lain.

Isu menarik sebenarnya … tetapi susah untuk dikemukakan kerana Muslim telah bekurun dibudayakan dengan mencari ketenangan dan bukan kebenaran. Ketelusan telah terkubur oleh salah-tafsir sebahagian peringatan yang diberikan. Memang tidak mudah untuk menyalahkan diri dan membahayakan SEKIRANYA kita tidak tahu bagaimana mencari jalan penyelesaiannya. Maka zuriat adalah cermin kita. jangan salahkan cermin kalau muka kita nampak tak kemas di cermin. Perkemaskan diri kita, pasti cermin akan mempamirkan image yang cantik. Bersyukur kita diberikan cermin untuk melihat diri, tetap tak ramai yang sedar kehadiran cermin secara falsafahnya.

Dari aaa


S94 Peringatan pendek.

Mei 7, 2009

4. Seperti biasa, artikel-artikel baru SIO sarat dengan cili dan pedas menyengat siapa yang memakannya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.