4. Seperti biasa, artikel-artikel baru SIO sarat dengan cili dan pedas menyengat siapa yang memakannya.
4. Seperti biasa, artikel-artikel baru SIO sarat dengan cili dan pedas menyengat siapa yang memakannya.
Entri ini dikirim pada hari Khamis, 7 Mei 2009, 10:37 am dan diletakkan dalam kategori DARWIN. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
| inconseSweere on Hisab | |
| getcymbalta on Hisab | |
| catawaype on Hisab | |
| getcymbalta on Hisab | |
| cymbaltaw on Hisab | |
| Oxotnikgo on Hisab | |
| german XR on Hisab | |
| Groureexitwox on Hisab | |
| nesterayt on Hisab | |
| choonculk on Hisab | |
| Serega Dub on Hisab | |
| SypeFeady on Hisab | |
| URILTBORT on Hisab | |
| fleelteft on Hisab | |
| ESTRACERXNORX on Hisab |
Theme: Contempt by Vault9.
Blog di WordPress.com.
Setuju dengan Ustaz HAJ, yang kita marah bukan orangnya tetapi sikap dan perangai yang dipegangnya.
Dari http://isminailofar.wordpress.com/2009/05/04/siapa-atur-siapa/
Oh dah maju macam Ust HAJ rupanya WP ni .. Dah tua betul PD ni!
Zat kita sama … semuanya dari Oxigen, Hydrogen, Carbon dam Nitrogren (asas protein). Yang memebeza antara kita ialah apa keuntungan rohani yang kita perolehi dari modal jasmani yang Allah berikan kepada kita dalam bentuk protein yang hidup itu?
Sikap, pegangan, perangai, keilmuan dan segala yang setara dengannya yang menentukan perbezaan dan keredoaan dari Pencipta. Jasad itu hanya kenderaan, satu hari kita sendiri keluar dari jasad.
.. nak test balas ni …
level 2
level 2.2
Kebolehan menterjemah Nailofar sebagai teratai, pada satu masa dan kemudian kembali kepada menjadi diri, adalah kebolehan yang perlu dipuji dan dilatih berulangkali. Nailofar sebagai teratai adalah metafora, yang mahu mengambarkan kesungguhan diri mengenal Penciptanya. Nailofar mempunyai akal dan teratai tidak, tetapi lupakah bahawa teratai lebih kerap, malah sentiasa bertasbih kepada Penciptanya, sedangkan dengan nafsu, Nailofar memungkinkan akal menjadi tergelincir dalam pengawalannya, semasa cuba sentiasa bertasbih kepada Pencipta. Di saat Nailofar bertasbih kepada Pencipta, maka diri sebagai teratai, tetapi terlelapnya diri bertasbih menjadikan diri kembali menjadi diri.
Dari http://isminailofar.wordpress.com/2009/04/22/kenapa-nailofar/#comment-23 dengan pembetulan silly mistake.
Di saat Kapten KLM mahu bergegas pulang dan bosan dengan keadaan persekitaran (yang sedang didalaminya), dia telah hilang kawalan akal, atau telah membiarkan nafsunya melonjak mengatasi akalnya. Ketika itu sekiranya Co-Kepten berpendirian tegas, dengan melonjakkan akalnya mengatasi nafsu dan perasaannya, sudah pasti 2 jambo itu tidak bergelimpangan (saya baru sahaja sampai di UK). Malangnya, ketika lonjakan nafsu mengatasi akal berlaku pada seseorang, dapatkah kita mengawal perasaan kita … yang sama-sama berada di persekitaran yang sedang membosankan? Kadarnya telah ditentukan, hanya pilihan kita, secara sedar atau tidak yang menentukan berlakunya kecelakaan. Sudah pasti Adam-adam di satu darjat yang lebih tinggi mengikut AQ, tetapi hanya ketika lonjakan akal mengatasi nafsu, dan tidak semasa nafsunya mengatasi akalnya. Bangunlah hawa … ketahuilah HAK mu. walaupun AQ tidak pernah menceritakan tentang bidadara dalam perbahasannya.
Bukan isu TIDAK BERHAK, tetapi TIDAK memahami HAK itu datang dengan TANGGUNGJAWAB. Satu darjat ke atas diberikan bukan secara percuma, malah diancam dengan hukuman setimpal kalau gagal melaksanakannya. Lucut HAK sebenarnaya ketika nafsu mengatasi akal … fullstop! Ketika terlucutnya hak si Suami, si Isteri yang rendah sedikit haknya, mengatasi hak Suami. Tetapi malangnya kerana Si Isteri tak pernah mengambiltahu tentang HAK (berilmu, hanya berminat kebanyakannya dengan hak jasmani) blurr … tak tahu apa nak dilakukan. Hati dah serah pada suami awal-awal, tanpa prejudis, tanpa kira-kira, tanpa fikir (sebenarnya malas nak fikir), bila masa nak guna dah tak tahu. Bangunalah HAWA, HAKmu sama walau berbeza. Adam jangan lupa kamu berasal dari Adam-adam, kan?
“dicipta oleh Allah dengan tangan allah sendiri” – dari http://saifulislam.com/?p=776#comment-47049
Rosak iman tidak memetaforakan tangan Allah.
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda :
“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
Dari http://www.kimsnet.info/2009/05/04/menangislah-di-sini/
Puncanya mudah sahaja. Babi tetap babi yang najis di sisi orang Arab. Tetapi mereka tidaklah memandang babi itu sehina cara orang Melayu memandangnya. Pada orang Arab, seburuk-buruk haiwan ialah keldai!
Gambar keldai comel di sini.
Mungkin di sini rasional di sebalik alasan Stephen Covey yang menolak NILAI sebagai alat menimbang keputusan kerana padanya nilai itu adalah sesuatu yang tidak konsisten. Ia berbeza mengikut budaya dan latar belakang kehidupan masyarakat.
Dari http://saifulislam.com/?p=5593#comment-50127, tapi isunya ialah “Ba Alif Ba Ya sungguh!”
Sebelum meneruskan pembacaan ke artikel ini, penulis dengan sukacitanya mempersilakan pembaca merenungkan pendapat Dr. Sidek Baba yang dipetik dari buku Fikir Dan Zikir :
Golongan remaja memerlukan kemahiran berfikir. Tidak salah sekiranya remaja mempunyai fikiran kritikal, reflektif, analitikal, lateral, strategik, kreatif dan pelbagai lagi asalkan sumber dan sandarannya diambil daripada nilai-nilai yang baik dan bermanfaat. Kekaguman remaja kepada cara orang Barat berfikir dibimbangi menghilangkan asas berfikir Islami daripada jiwa mereka. Orang Barat berfikir kerana berfikir adalah alat dan matlamat hidup mereka. Umat Islam dianjurkan oleh Allah SWT berfikir tentang diri, tentang Maha Pencipta, tentang persekitaran dan tanda-tanda kebesaran-Nya.
Dari http://isminailofar.wordpress.com/2009/03/25/%e2%80%9c-kapalterbang-aku%e2%80%9d-mengapa-sully-mungkin-menjadi-juruterbang-terakhir-yang-muncul-dari-jenisnya/