1. Pak Din – Mei 11, 2009
Satu artikel mula yang penting …
Secara terus terang saya mengingatkan anak-anak (5 semuanya) bahawa kita sebabagi manusia mewarisi zuriat (gen) keturunan leluhur. Sangat penting kita fahami itu. Maka ‘di mana tumpah kuah kalau tak ke nasi’. Setiap tindak-tanduk anak adalah, disedari atau tidak, disenangi atau tidak, datanganya dari kita dan leluhur kita. Dalam 7 generasi, maksima 128 orang terlibat memberikan gen kepada pembentuk 1 manusia. Perlu diingat itu. Kalau perangai kita baik sekalipun (susah nak mengaku sebaliknya) jangan lupa kita mungkin pembawa gen, kalau tidak pelaksana gen. Kita mewarisi segalanya dan orang pertama membuat kesalahan adalah Nabi Adam ra.
Jadi, selau saya peringatkan kepada zuriat, CARILAH KEKUATAN DALAM KELEMAHAN yang kita warisi. Perbaiki dan perbetulkan segala kepincangan yang kita warisi. Jangan takut membuat kesalahan memperbetul keadaan, tetapi pada masa yang sama JANGAN berani mengulangi kesalahan yang sama. Terima kelemahan kita disebabkan mewarisi kepincangan dan cungkil kekuatan kita yang terselit di antara sifat-sifat kelemahan yang ada. Memang susah untuk mengakui kelemahan dan kepincangan, tetapi kejayaan sebenar adalah kelaur dari keadaan sedemikian, bukan menjadi baik kerana zuriatnya dari yang baik-baik sahaja.
Kelemahan kita sebagai Muslim adalah ketidak-telusan dalam tindakan. Terlalu banyak menyapu bawah carpet atau menyorok kelemahan, sehinggalah kelemahan itu terkeluar secara sendiri, kerana tak dapat ditampung oleh kantong menyorok. Berani menyatakan kelemahan dan dua kali berani menyelesaikan kelemahan diri. Ini yang tidak ada di kalangan Muslim. Kita terlalu memuji seseorang sehinggakan kenkadang ke tahap mendewa, dengan harapan orang lain juga tidak mendedahkan kesalahan dan kelemahan kita. Delima Muslim. Muhasabah diri sebelum muhasabah orang lain.
Isu menarik sebenarnya … tetapi susah untuk dikemukakan kerana Muslim telah bekurun dibudayakan dengan mencari ketenangan dan bukan kebenaran. Ketelusan telah terkubur oleh salah-tafsir sebahagian peringatan yang diberikan. Memang tidak mudah untuk menyalahkan diri dan membahayakan SEKIRANYA kita tidak tahu bagaimana mencari jalan penyelesaiannya. Maka zuriat adalah cermin kita. jangan salahkan cermin kalau muka kita nampak tak kemas di cermin. Perkemaskan diri kita, pasti cermin akan mempamirkan image yang cantik. Bersyukur kita diberikan cermin untuk melihat diri, tetap tak ramai yang sedar kehadiran cermin secara falsafahnya.
Dari aaa
Mei 11, 2009 at 11:05 am |
“Tidak ramai yang tahu Fatimah melawan apa atau siapa? Begitu sekali sejarawan menutup cerita, begitu pendek dan begitu sedikit perenggan mengenainya. Begitu bersungguh ulama’ dan pendakwah menutup dan menyorokkan perlawanan Fatimah. Begitu ramai orang akan memesongkan. Sehingga anda (kita) semua tidak mengenal Fatimah dan apa kualitinya sebagai seorang wanita dan ibu. Ustaz-ustaz hanya sanggup dan berani mengatakan Fatimah anak kesayangan Rasulullah saw. Setakat itu sahaja.
Inilah perlawanan Fatimah az Zahra:
Urwah bin Zubair melaporkan ‘Fatimah marah lalu dia meninggalkan Abu Bakar, tidak henti-hentinya dia menjauhi Abu Bakar sehingga dia meninggal dunia.
Dari http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/05/baca-tulisan-faisal-tehrani-di-sini.html
Mei 14, 2009 at 3:02 pm |
“Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.
“Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.
“Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.
“Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu.” Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Sumber: mStar)
Dari http://dppkgombak.blogspot.com/2009/05/zamri-gandhi-dan-mandela-serupa-tapi.html
Mei 15, 2009 at 11:14 pm |
Salam Pak Din,
Anak-anak adalah cermin kita… Ya, memang manusia sukar untuk mengakui kelemahan diri sendiri kerana kita hanya memandang yang baik-baik sahaja dan yang tidak baik buat-buat tak nampak atau pejam mata terus. Maka anak-anak disalahkan sekiranya tidak menepati kehendak ibu bapa.. Kesian anak-anak!
Semoga artikel ini menjadi satu peringatan buat saya sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak + yang akan lahir akhir Julai nanti.
Terima kasih Pak Din.
Mei 16, 2009 at 7:30 am |
Terima kasih kerana menjenguk dan memberikan komen.
Saya hanya menyalurkan ilham yang diberikan Allah kepada saya. Sekiranya ia baik untuk dilaksanakan maka sudah pasti ia selaras dengan keperluan yang digariskan oleh Islam dan Empunyanya. Sekiranya tidak sudah pasti juga terdapat pencemaran berlaku yang dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Segalanya datang dari Tuhan. Hanya Dia yang wujud dengan HAQ dan tiada pada yang dimiliki mahluk melainkan apa yang diberikan olehNya, termasuk semua ilham yang ada.
Tahniah dengan kedatangan yang ke 6, insyaAllah. Saya rasa dah cukup dengan 5, disebebkan kekangan kesihatan. Hasrat di hati mahu juga sebuah keluarga besar.