S96 Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja.

Pak Din reply on May 12th, 2009 7:42 am:

@akubencidiktator (terutama yang menumpang di Wiki), Lepas di-on-kan, apa yang kelihatan? Kipas (benda atau zat) yang berputar dan angin yang dikeluarkan (mana boleh nampak angin?).

Dalam contoh ini bayangkan kipas ini menggunakan tenaga elektrik dari battery, dengan 3 butang kelajuan.

cara kerja kipas ialah berpusing (berputar atas paksi, lagi tepat)

gerak kerja kipas adalah menukar tenaga eletrik (Potential Energy) kepada tenaga angin (Kinetik Energy)

hasil kerja kipas adalah mengeluarkan angin

AQ mengajar dengan misalan, tamsil, ibarah, contoh dan sebagainya yang membantu memahami sesuatu konsep.

Hanya Zat Allah dan Tenaga PotensiNya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujud, qidam dan baqa’.

Carakerja Allah adalah SunnahNya yang tidak pernah dan tidak akan berubah dari Azali (Big Bang).

Gerakkerja Allah menceritakan proses carakerjaNya sementara Hasilkerja Allah, secara amnya, membentuk mahluk keseluruhannya.

Maka dengan beriradahnya Allah mencipta mahluknya, Dia telah mentajjalikan (transformed) TenagaNya kepada Tenaga yang membentuk mahluk (keseluruhan tenaga ini dirumuskan di dalam 3 Hukum Thermodynamics).

Zat Allah berada di luar Alam (alam = mahluk keseluruhannya) tetapi tajjali TenagaNya membentuk semua mahluk dan segala yang berlaku di Alam ini. La Hawla Walaa Quwata Illa Billah (Tiada sesuatu berlaku dan tiada kekuatan untuk melakukan sesuatu, melainkan dengan kehadiran (tenaga) Allah.

Pokoknya Ikhsan itu adalah merasai kehadiran tenaga tajjali Allah bersama kita, sepertimana tenaga angin dari kipas tidak terbentuk jika tidak adanya tenaga elektik. Ikhsan itu bukan angin melihat kipas bergerak, tetapi merasai kehadiran tajalli tenaga elektrik kepada tenaganya. Begitu juga pada mahluk, bukan hanya merasakan Allah melihatnya membuat sesuatu, tetapi merasakan kehadiran tajjali tenaga Allah yang membentuk kehadirannya di Alam dan dapat melakukan segala yang diinginkan.

Kesalahan WW adalah mengatakan zat Allah yang membentuk Alam atau mahluk. Pentajjalian atau transformation tidak menjurus kepada itu. Angin tidak wujud pada zat, hanya ada sebagai hasil kerja kipas, sebagaimana mahluk, tidak wujud pada zat yang haq, melainkan ada sebagai Hasilkerja Allah.

Keterangan lanjut banyak dibincang di Sharudin.com

10 Responses to S96 Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja.

  1. Pak Din berkata:

    2. ‘Ala fi kull li hal. “Penyelarasan antara agama dan falsafah atau naqal dan akal telah menjadi gagasan pemikiran kepada ahli-ahli falsafah agama semenjak dahulu sehinggalah ke zaman ini.” Ilmu berkembang, bukan kerana Carakerja Allah berubah, tetapi kerana akal atau minda manusia masih terus berkembang dan berevolusi. “Tidak sekali-kali engkau dapat Sunatullah itu berubah”, tidak seperti Syariah Allah untuk menusia, yang telah berubah mengikut kesesuaian tempat dan masa. Empat Kitab dan tiga suhuf, yang merangkumi Syariat bebeza, telah diturunkan kepada manusia sepanjang zaman bagi menerangkan satu objektif utama, iaitu Tauhid atau Keesaan Allah. Ketujuh-tujuhnya berbeza bahasa untuk kaum yang berbeza. Dengan penurunan Al Quran, sebagai penutup Kitab, semua yang terdahulu dirangkum di dalamnya. Al Quran pula yang jelas kandungannya, terdiri dari peringatan berbentuk Mahkamat disamping peringatan berbentuk Mutasyabihat. Kandungan utamanya tidak berubah dalam pekara dasar mentauhidkan Allah dan menerangkan tidak berubahnya Sunnah Allah. – http://sharudin.com/2009/01/24/s62-ssas-falsafah/

  2. Pak Din berkata:

    3. Zat Allah di ‘luar’ dimensi ruang-masa, tetapi kuasaNya hasil dari tajjali zatNya menguasai segala yang ada di Alam, termasuk yang paling asas pengendalian dan penguat-kuasaan Qodo’ dan Qadar (QQ). Tiada timul isu sub-kontrak QQ kepada Alam atau Nature. Ciri-ciri kelahiran kita telah ditetapkan, sampai kebetulannya maka terjadilah kita. Allah yang menentukan segala kadar-kadar atau ciri-ciri segala seuatu berlaku, tetapi kerana Maha AdilNya Dia memberikan kekebasan penuh kepada mahluk membuat pilihan, yang kemudian secara kebetulan atu hasil dari Qodo’ menetapkan Qadar yang sediada. Ibarat magnet yang diletakkan di bawah meja (tak nampak) tetapi boleh mengerakkan paku (di atas menja) kerana kuasa magnetnya hadir. – http://sharudin.com/2008/09/16/s47-siapa-melakukannya-2/

  3. Pak Din berkata:

    4. Allah membentuk Alam (segala mahlukNya) dengan tanaga dan kuasaNya. Setiap apa yang ada di Alam ini (termasuk manusia) adalah menifestasi (tajjali) kekuasaanNya. Iaitu bahan asas kepada wujudnya Alam ini adalah tenaga dan kuasa Allah awj. Tiada sesuatu berlaku dan tida kekuatan untuk sesuatu berlaku, melainkan dengan hadirnya tanaga dan kuasa Allah awj. Inilah yang telah dibuktikan oleh penemuan sains oleh sainstis yang sentiasa berkerja keras memerah otak memikirkan tentang bagaimana Alam ini dijadikan. Maka Allah dan Alam tidak terpisah dan sudah pasti kita merasakan kehadiranNya, tetapi kita mustahil akan dapat melihatNya dengan pandangan mata jasad. Hanya dengan akal yang terlatih akan dapat menyelami kesenian yang unggul kehadiran Allah dalam AlamNya. – http://sharudin.com/2008/02/21/s002/

  4. Pak Din berkata:

    Wahdatul Wujud? Bersatunya Tuhan dengan manusia yang telah mencapai hakiki… Ini adalah istilah orang-orang sufi yang mabuk cinta kepada Allah SWT sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj). Mereka bercakap dari sudut pandangan mereka yang “dah” mengenal Allah SWT tetapi silapnya mereka ini telah menyebarkan kepada orang ramai yang belum sampai taraf seperti mereka. Bagi yang menerima secara membuta tuli menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan kepada Allah SWT seperti solat kerana bagi mereka, mereka dah bersatu dengan Allah SWT – http://sharudin.com/2008/07/08/s017-harun-yahaya-ww/#comment-1204

  5. Pak Din berkata:

    3. “Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).” – dari R56 ke SI. – http://sharudin.com/2008/07/08/s017-harun-yahaya-ww/

  6. Pak Din berkata:

    Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?

    Dia Syariatik.

    Tetapi dia tidak saintifik.

    Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.

    Dari http://saifulislam.com/?p=5549#more-5549

  7. [...] mukhlisin sahaja terlihat dan dilihat olehNya. Mereka yang mengapplikasikan dan melaksanakan Rukun Ikhsan di dalam kehidupan, iaitu merasai kehadiranNya bersama sepanjang masa, ketika menjalankan kerja [...]

  8. [...] Dari SDC, Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja. Pokoknya Ikhsan itu adalah merasai kehadiran tenaga tajjali Allah bersama kita, sepertimana tenaga [...]

  9. [...] Hanya Zat Allah dan Tenaga PotensiNya yang wujud sebelum Dia beriradah untuk menjadikan mahluk. Dia wujud, qidam [...]

  10. [...] dengan Kadar (bahan, cara dan daya-tenaga). Bagi Allah semuanya pasti. Tetapi kerana kehalusan Hasilkerja Allah, kita sebagai makhluk yang berpotensi Akhsanul Takwim sekalipun, tidak dapat melihat kehalusan itu, [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.