S98 Wasila & Wakila.

Mei 19, 2009

Tawassul dan tawakal

1. Kita sebagai mahluk tidak punya apa-apa. Kita hanya menjadi pengguna, yang telah mendapat HAKGUNA. Segala yang ada adalah milik Allah, menjadikan Dia sebagai mempunyai HAKMILIK segalanya, yang ghaib dan yang nyata. Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah dia memberikan HAKGUNA apa yang menjadi HAKMILIKNya kepada mahluk dengan sedikitpun tidak mengambil faedah atau manfaat dari kehadiran dan kekuasaan HAKMILIKNya. Itulah asas memahami TAWASUL dan TAWAKAL.

2. Tawakkal apabila kita berwakil terus kepadanya. Sebenarnya tidak pernah?, kerana kita adalah Complex Living Cell (CLC – dihurai dalam Fi Sittah …) atau mahluk yang tertinggi diciptakan Allah yang bergantung kepada mahluk yang lebih asas, kewujudannya. Pada setiap tahap dalam 6 tahap Fi Sittah, kita bertawassul kepada mahluk yang dijadikan lebih asas. Dengan itu kita baru memahami jasad yang kita kenali sebagai kita. Yang berkemungkinan bertawakal kepada Penciptanya terus adalah roh kita.

3. Saya bertawassul kepada Alam (atau selalu saya rujuk sebagai Kitab Alam), untuk mendapatkan ilham dariNya. Sebelum pandai bertawassul dengan Alam sebagai perantara, saya belajar dengan guru, chegu, pengajar, pendidik didalm bentuk manusia serupa kita. Mereka ini semuanya sepatutnya kita ambil sebagai belajar memancing dan bukan sekali-kali diberi ikan darinya. Dengan itu kita bertawassul kepada mereka untuk mendapat ikan sendiri. Dengan terbiasa mendapat ikan, kita akn terus bergantung kepada mereka untuk mendapat ikan kerana tidak pernah belajar memancing.

4. Maka tidak pernah timbul saya tidak berguru atau tidak mendapat rujuakan yang haq. Saya bertawassul kepada mahluk untuk bertawakal kepada Allah. AQ mengatakan Allah menjamin rezeki setiap dari Daabah (yang melata termasuk kita) secara Adil dan Samarata. Yang menjadikan kita mempunyai rezeki yang lebih dari yang lain, tidak lain dan tidak bukan kerana, secara sedar atau tidak, mengambil ‘secara sah’ dari orang lain, sesuatu yang bukan milik kita. Tidak menjadi kaya seseorang itu sekiraya tidak ada orang lain yang menjadi miskin.

5. Harta jasmani (emas dan wang) berkurangan bila dikongsi bersama, tetapi tidak harta rohani (ilmu). Begitu juga harta jasmani hanya di Dunia sebagai Alat sementara harta jasmani sehingga ke Akhirat sebagai Matlamat atau Tujuan. Kehidupan kita tidak lain, hanya untuk mengenali Dia agar dengan itu kita mendapat keredoanNya. Kita bertawassul kepada peribadatan (pengabdian) kita, untuk akhirnya mencapai matlamat Maarifatullah. Ibadah adalah cara, sementara Tauhid (mengenal keEsaan Dia) adalah tujuan. Perlu diingat juga cara yang salah tidak pernah menghalalkan tujuan.

6. Kita diberikan aqal untuk dibezakan dari mahluk lain. Kita akan dipertanggung-jawabkan dengan pemberian nikmat itu dan dipersoal tentang penggunaannya di Akhirat kelak. Kenapa perlu kita menyerahkan nasib kita kepada orang lain, yang diberikan akal yang serupa dengan kita, tetapi mereka tidak menggunakan dengan sepenuhnya? Hanya kerana kita tidak berani membuat pilihan sendiri, maka kita diselubungi oleh sifat ketakutan yang tidak bertempat. Takut untuk menggunakan dengan sepenuhnya nikamat terbesar yang Allah berikan.

Wasilah.wasilah


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.