S99 Program Komputer & Qadar.

Mei 20, 2009

1. Apabila Allah awj beriradah menzahirkan perbendaharaanNya, dengan membentuk mahluk atau Alam ini, selaras dengan yang disampaikan di sebuah Hadith Qudsi, maka dia scara ‘kun-fa-yakun’ menyediakan segala kadar ketentuan untuk segalanya berlaku. Saya rujuk ini sebagai Super-Program, iaitu segala ketentuan dan ciri-ciri, bagi memungkinkan berlaku penciptaan setiap sesuatu. Allah kemudian mengarahkan Kalam untuk menulis segala ketentuan ini. Super-Program ini yang Maha Sempurna kemudian menjadi asas kepada pembentukan dan pergerakan setiap sesuatu di dalam Alam (mahluk).

2. Super-Program ini yang menentukan segala Hukum Alam dan sekarang ini, Ilmu Sains merupakan ilmu yang mengkaji tentang Hukum Alam atau Super-Program ini. Kita tidak dapat membandingkan program komputer yang terbaik dibuat manusia dengan Super-Program yang dicipta Allah. Program komputer, yang banyak dibangunkan dalam beberapa bahasa komputer, seperti Visual Basics dan HTML, akhirnya ditukar kepada machine language oleh complier bagi menterjemah bahasa computer kepada machine code, agar kemudian mikroprocessor dapat memprosessnya.

3. Machine code terlah berevolusi dari 4-bit awalnya sehinggalah sekarang ini kepada 64-bit. Dengan bertambahnya keupayaan mikroprocessor, yang diukur dari bit-nya, perbendaharaan kata machine code bertambah, yang kemudiannya menambah keupayaan memaksimakan operasi pemprosessan. Akhirnya diperingkat processor hanyalah berbentuk flip-flop atau berbagai kombinasi gate (and, or, nor dan sebagainya). Bagi memudahkan programmer menulis program, maka high-level language diperkenalkan.

4. Asasnya, sesebuah program komputer menjangka sesuatu yang akan berlaku apabila pelbagai pilihan dibuat. Apa perlu berlaku sekiranya seseorang memilih A, B, C dan seterusnya. Dengan nenekan butang arrow ke kiri, sebagai contoh, kita menyatakan satu arahan kepada komputer dan peralatan yang dikawalnya, untuk pergi ke arah kiri. Begitulah seterusnya dengan pilihan lain. Dari pilihan yang terbatas, kerana keterbatasan keupayaan pemprossesan komputer, berkembang kepada pilihan yang jauh lebih banyak sekarang ini.

5. Melihat dari sudut Qadar Allah, Dia juga telah menetapkan segalanya untuk berlaku. Sebagai contoh mudah, makan menghasilkan kenyang, belajar menghasilkan berilmu, kuat bekerja menghasilkan kejayaan dan sebagainya. Di dalam dunia sebenar, komputer Allah tidak 64 bit atau 128 atau yang lebih tinggi, malah saya menjangkankan infinite bit, yang tidak membataskan perbendaharaan kata prosessor Allah. Begitu juga keterbatasan kelajuan mikroprosesssor manusia, yang sangat terbatas, dan tidak terbanding denga kelajuan prosessor Allah.

6. Dengan contoh di atas, saya mengatakan bahawa mempelajari dan memahami falsafah programming, akan memahamkan kita kepada asas perlaksanaan sistem Qadar Allah. Sudah pasti keupayaan processor kita tidak dapat dibandingkan kelajuannya dengan prosessor Allah. Akan tetapi kita memahami konsep Carakerja atau Sunnah Allah melalui perlaksanaan QadarNya. Konsepnya sama tetapi hakikatnya berbeza.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.