1. Apabila Allah awj beriradah menzahirkan perbendaharaanNya, dengan membentuk mahluk atau Alam ini, selaras dengan yang disampaikan di sebuah Hadith Qudsi, maka dia scara ‘kun-fa-yakun’ menyediakan segala kadar ketentuan untuk segalanya berlaku. Saya rujuk ini sebagai Super-Program, iaitu segala ketentuan dan ciri-ciri, bagi memungkinkan berlaku penciptaan setiap sesuatu. Allah kemudian mengarahkan Kalam untuk menulis segala ketentuan ini. Super-Program ini yang Maha Sempurna kemudian menjadi asas kepada pembentukan dan pergerakan setiap sesuatu di dalam Alam (mahluk).
2. Super-Program ini yang menentukan segala Hukum Alam dan sekarang ini, Ilmu Sains merupakan ilmu yang mengkaji tentang Hukum Alam atau Super-Program ini. Kita tidak dapat membandingkan program komputer yang terbaik dibuat manusia dengan Super-Program yang dicipta Allah. Program komputer, yang banyak dibangunkan dalam beberapa bahasa komputer, seperti Visual Basics dan HTML, akhirnya ditukar kepada machine language oleh complier bagi menterjemah bahasa computer kepada machine code, agar kemudian mikroprocessor dapat memprosessnya.
3. Machine code terlah berevolusi dari 4-bit awalnya sehinggalah sekarang ini kepada 64-bit. Dengan bertambahnya keupayaan mikroprocessor, yang diukur dari bit-nya, perbendaharaan kata machine code bertambah, yang kemudiannya menambah keupayaan memaksimakan operasi pemprosessan. Akhirnya diperingkat processor hanyalah berbentuk flip-flop atau berbagai kombinasi gate (and, or, nor dan sebagainya). Bagi memudahkan programmer menulis program, maka high-level language diperkenalkan.
4. Asasnya, sesebuah program komputer menjangka sesuatu yang akan berlaku apabila pelbagai pilihan dibuat. Apa perlu berlaku sekiranya seseorang memilih A, B, C dan seterusnya. Dengan nenekan butang arrow ke kiri, sebagai contoh, kita menyatakan satu arahan kepada komputer dan peralatan yang dikawalnya, untuk pergi ke arah kiri. Begitulah seterusnya dengan pilihan lain. Dari pilihan yang terbatas, kerana keterbatasan keupayaan pemprossesan komputer, berkembang kepada pilihan yang jauh lebih banyak sekarang ini.
5. Melihat dari sudut Qadar Allah, Dia juga telah menetapkan segalanya untuk berlaku. Sebagai contoh mudah, makan menghasilkan kenyang, belajar menghasilkan berilmu, kuat bekerja menghasilkan kejayaan dan sebagainya. Di dalam dunia sebenar, komputer Allah tidak 64 bit atau 128 atau yang lebih tinggi, malah saya menjangkankan infinite bit, yang tidak membataskan perbendaharaan kata prosessor Allah. Begitu juga keterbatasan kelajuan mikroprosesssor manusia, yang sangat terbatas, dan tidak terbanding denga kelajuan prosessor Allah.
6. Dengan contoh di atas, saya mengatakan bahawa mempelajari dan memahami falsafah programming, akan memahamkan kita kepada asas perlaksanaan sistem Qadar Allah. Sudah pasti keupayaan processor kita tidak dapat dibandingkan kelajuannya dengan prosessor Allah. Akan tetapi kita memahami konsep Carakerja atau Sunnah Allah melalui perlaksanaan QadarNya. Konsepnya sama tetapi hakikatnya berbeza.
maaf PakDin,
(apa yg saya faham dari catatan di atas)
1)-PakDin cuba menerangkan bahawa Allah juga mempunyai aturcara-Nya ke atas alam, dan apabila membuat perbandingan aturcara yang dibuat oleh pengaturcara, pengaturcara akan merasa bahawa aturcaranya tidak sehebat aturcara Allah ke atas alam.
2)-PakDin menerangkan bahawa pelaksanaan qadar Allah juga konsepnya seperti seorang pengaturcara membina aturcara (deterministic cause-n-effect)
untuk memahami konsep umum qadar sebagai sebuah aturcara masih blh diterima. Tetapi dari aspek sifat, keduanya sangat berbeza. Aturcara komputer tidak akan bebas pepijat (mustahil). Tetapi ketentuan Allah itu PASTI bebas pepijat dan ralat. Bahkan ketentuan Allah mungkin berubah bila-bila masa (Allah punya kuasa mutlak mengubahnya), tetapi aturcara yg dilarikan tidak memungkinkan pengaturcara mengubah walau satu arahan (selain interaktif atau TRAP FLAG spt Ctrl-Alt-Del dlm Windows). Walau bagaimanapun soal perbandingan itu terpulang pd persepsi masing-masing, dan saya tidak kata PakDin salah (implies saya betul). Mungkin PakDin betul (saya salah), atau mungkin keduanya betul, atau keduanya salah.
cuma, saya berpendapat, di samping kita sekadar memperbandingkan kesamaan konsep pengaturcaraan dengan konsep alam, mengapa tidak kita berusaha menerap syumul Islam itu ke dalam pengaturcaraan? kerana dengan hakikat manusia itu lebih berkuasa dari komputer, persepsi pengaturcara lebih luas terhadap ruang kemungkinan yg ada. Dan juga soal etika. Lantaran penerapan unsur ibadah akan membantu kita mengingat Allah (tambah iman dan taqwa).
Jangan pula sampai pengaturcara terikat dgn keupayaan komputer, maka seolah tidak ada cara lain selain yg telah dicipta sekarang. Dan apabila pengaturcara terlalu taksub dengan keupayaan mengaturcara, mereka lupa ibadah, tanggungjawab kepada persekitaran dan akhlak yang nyata wujud dlm Islam sbg syarat tatacara hidup. Hakikatnya ini yg berlaku kerana pengaturcaraan dilihat sbg budaya sekular semata-mata (tiada kaitan dgn agama). Walhal ada.
1. Wow … hebat, hebat idea yang dikeluarkan. Kerangka asas yang disetuh di dalam idea yang diberikan, perlu kita selarikan, bagi memperolehi manfaat bersama. Kita punya masa. Kita punya potensi untuk berfikir seiringan, sekiranya nada perbincangan diteruskan pada kadar sekarang. Beberapa perbezaan sememangnya perlu kepada penserasian antara kita dan mungkin kepada apa yang ada di luar sana. Yakinlah hanya dengan kesabaran dan ketekunan perbahasan seterusnya kita akan dapat menyelarasakannya.
2. Kita mungkin membincangkan soal pengaturcaraan (programming). Tetapi apabila kita cuba berbincang tentang falsafah programming, ia jauh lebih mencabar dari programming itu sendiri. Bukan hanya untuk programming, malah dalam semua bidang, apabila kita membincangkan falsafahnya, ia menjadi lebih mendalam perjalanannya. Bagaimana sulit sekali membincangkan falsafah sesuatu, kita harus memulakannya, kerana adanya falsafah memberikan tujuan kepada segala yang kita lakukan. Tanpa tujuan, kehidupan akan menjadi tak tentu hala arahnya.
3. “mengapa tidak kita berusaha menerap syumul Islam itu ke dalam pengaturcaraan?” Memang itulah tujuan asalnya saya mencari penserasian anatara sains dan agama. Dan atas tujuan yang sama juga segala perbincangan yang ada di Blog ini, diadakan. Perbincangan awal tentang evolusi, tidak lain tidak bukan kerana cuba memahami kesyumulan Islam dan membukti serta menerangkannya kepada mereka yang didoktrinkan melalui ilmu sains. Begitu juga dengan pengaturcataan, setelah berligar-ligar di banyak bidang, saya mendapati akhirnya segalanya terkandung di dalam Qadar Allah atau SunnahNya, yang melibatkan konsp pengaturcaraan.
4. Ketentuan adalah Qadar. Memahami konsep Qadar menjadi asas memahami ketentuan. Allah menentukan sesuatu berlaku kepada mahlukNya, adalah berdasarkan ciri-cirinya. Sesuatu pertandingan, sebagai contoh, telah diketahui pemenangnya, melalui ciri-ciri yang ditentukan dan bukan, orang yang akan menang. Allah juga tidak pernah menentukan sesuatu berdasarkan orang tetapi berdasarkan ciri. Ini adalah selari dengan sifat Maha Adilnya Allah. Segala ciri-ciri ketentuan telah ditetapkan, hanya menunggu mahluk memilihnya dan mendapat hasil yang telah ditentukan.
5. “deterministic cause-n-effect” adalah dunia Newton. Dengan kemajuan sains, kita dibantu oleh Eienstien dan beberapa ahli sains yang lain dalam memahami dunia kebarangkalian atau Quantum World. Deterministik World adalah kefahaman pemula. Probabalistik World, yang diterangkan dalam Relitivity Teory oleh Eienstein, menyambung kefahaman kita kepada Alam ini, yang dicipta Allah jauh lebih seninya, yang menyebabkan ianya komlplikated untuk difahami. Bagaimanpun dengan usaha gigih ahli sains, sedikit demi sedikit terhurai.
6. Keluruhan Blog saya adalah untuk mencari bukti-bukti ke arah memahami Alam ini dengan memahami Carakerja Allah atau SunnahNya. Ini selari dengan kehendak AQ agar kita menjadi Ulil Albaab, dengan mengaitkan segala sesuatu yang berlaku di Alam ini, adalah merupakan tanda-tanda atau aayat yang membuktikan kekuasaan Allah, sebagai penciptanya. Kalau dapat kita teruskan dengan teliti dan sabar, ke arah mencari kebenaran yang Haq, sudah pasti kita akan memahami bahawa Super-ProgramNya adalah QadarNya, yang menentukan segala peristiwa.
Indeterminism atau non-determinism (probalalistic) semangnya asas Quantum Science dengan Classical atau Newtonian mechanic, mirip kepada determination (pada asasnya predictable). Konsep kebetulan sesuai dipakai apabila ada unsur probable. Maka Islam menyuruh kita berdoa yang dituruti dengan usaha (Qodo’. Sekiranya uasha kita bertepatan dengan kadar yang ditentukan Allah (Qadar) maka kebetulan berlaku, dan hasilnya pengusaha perolehi. Sekiranya pengusaha tidak mencapai kebetulan, dia perlu berusaha lagi dengan cara yang diperbaiki (iltizam) dan berharap Allah akan mengmakbulkannya kali ini.
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=94&thread_id=5378&pid=71724#post_71724
ya, saya setuju isi 2. saya pun minat pengaturcaraan. Bahkan selain memahami alam (agama) melalui pengaturcaraan, saya yakin kita boleh jadikan pengaturcaraan itu sebagai satu pendidikan dan juga penyumbang kepada perluasan konsep ketaqwaan di kalangan komuniti saintis komputer yg muslim (mugkin juga termasuk bukan Muslim). Falsafah membantu kita memahami perkara pokok, bukan setakat menanggap kulit.
tapi jgn pula kita sempitkan fahaman kita, bila kita nak meng’agama’kan (mendidik komuniti taat pada Allah), sekdar menukar kata simpanan (reserved word) seperti ‘virtual’ (C++) kepada ‘syurga’ dan sebagainya. Ada kecenderungan untuk memelayukan pengaturcaraan dgn cara naive ini (‘for’ jd ‘untuk’ dsb, dan didakwa bahasa pengaturcaraan Melayu yg baharu!). Pd saya ini bukan caranya. Bahkan menampakkan pemikiran naive dan cetek kita.
Sebaliknya saya mencadangkan (pd sesiapa yg berminat) penerapan paradigma (cth. OOP) kepada pengaturcaraan adalah antara paling tepat, kerana paradigma mencerminkan cara berfikir pengaturcara menyelesaikan masalah. Kita boleh lihat bagaimana Islam mengajar cara membuat penilaian terhadap sesuatu,iaitu mestilah secara berasas. Manakala konsep komputer ialah: 1 jd 1, 2 jd 2 (dan tidak selainnya). Serasi? Jika keserasian seperti ini diterap, inilah yg dinamakan meng’agama’kan komputer/pengaturcaraan (bukan setakat tukar nama atau kata kunci!). perkenalkanlah bahasa baharu dgn konsep baharu. Barulah baharu!
hmmm… apa kata, saya cabar pakDin kemukakan 1 teori sains komputer dari Al-Quran. Berani ke? (dan saya blh belajar sesuatu hehehe)
“di samping kita sekadar memperbandingkan kesamaan konsep pengaturcaraan dengan konsep alam, mengapa tidak kita berusaha menerap syumul Islam itu ke dalam pengaturcaraan?”-lelucon-.
Menarik sekali isi yang dicambah saudara lelucon.
Boleh diterapkan dan perlu terus. Tiada apa yang saya nak tambah rasanya, Cuba menghadam isi-isi di atas.
Cuma saya tertarik dengan isi ke4 Pak Din.*Tafakur
Saya memang tak berani menyahut cabaran, melainkan cabaran yang saya buat sendiri, jadi maaflah saya kalah sebelum pergi berjuang.
“sekdar menukar kata simpanan” seakan konsep tidak mentakwilkan ayat. Tidak membincangkan apa yang tersirat dari sesuatu yang tersurat. Mengenepikan konteks dari teks. Memang ramai yang bermazhab begini. Asas mereka “Samikna wa atokna” dan mereka lupa betapa banyaknya ayat-ayat yang menyuruh berfikir dan menggunakan fikiran. Saya kurang setuju denga cara itu dan mendapati ianya bukan dari nilai Islam walaupun popular dikalangan Muslim.
Akan saya cuba kaji konsep OOP, walaupun oops! saya bukan professional programmer. Saya menceburi bidang programming hanay kerana mendapatinya mendekatkan kefahaman saya kepada carakerja Allah. Semua program yang saya buat, seperti contoh, hanya untuk saya sendiri, tidak didesign untuk keperluan sekumpulan programmer. Maaf! memang agak berbelit-belit, tetapi belitan makar manusia lebih hebat dari itu, saya kira.
“tertarik dengan isi ke4″
Asasnya begini. Pilihanraya penanti SPR dan kita sudah tahu pemenangnya kan? Tak adil, tak adil. Tetapi itulah keadilan Allah. Dia menetapkan ciri kemenangan, yang kemudian kita pelajari dan budayakan dalam hidup sepatutnya. Kalau SPR tak tahu siapa yang sepatutnya menang. itu lebih jauh tidak adil, kerana kesamaran pemilihan kriteria untuk menang.
BEgitu juga Qadar Allah. Allah tidak pernah menentukan sesuatu bangsa itu mundur, contoh Melayu mundur bukan kerana Allah dah tentukan Melayu mundur. Dengan Maha AdilNya Dia menentukan ciri-ciri orang atau bangsa yang akan mundur. Di situ letak keadil Allah. Penyampai yang banyak salah tafir apa yang ditentukan Allah, sehingga sanggup mendustakan fakta Allah menentukan si A jadi begini dan si B jadi begitu. Dia tetapkan hanya ciri.
[...] kini, era lepas berkarier, programming masih menjadi aktiviti utama. Tak ada kena mengena dengan aqidah? Fahamkahlah ayat Al Bab, maka akan jelaslah kenapa aktiviti itu saya pilih. Sejak bermulanya [...]