1. Jangan sekali-kali dinafikan keperluan seek first to understand, malah ianya menjadi asas beragama, “Awwal Ad Din Maarifatullah”. Seek first to understand Him. Malangnya Stephen Corvey kata, jadi popular, peringatan asas beragama itu, dikatakan bukan Hadith! Dari situ telah kelihatan kepincangan Muslim dalam mengapplikasikan peringatan Seek first to Understand … Islam. Kenapa saya katakan begitu? Islam telah disempitkan kepada hanya penutup dan bukan botol keseluruhnya. Perbincangan ini ada saya tuliskan di SDC. Kalau asas seek to understand tidak diapplikasikan kepada Islam, bagaimanakan ianya akan maju, sekiranya hanya digunakan untuk Muslim?
2. Saya setuju sepenuhnya saranan Ustaz HAJ dan Sdri Ismi. Tetapi persetujuan itu memerlukan cakupan yang lebih luas, dan tidak hanya terbatas kepada sesuatu lingkungan. Perluaskan pemikiran adalah jawapan terbaik, kerana Islam itu telah wujud, sebelum lagi Allah beriradah menjadikan Alam ini. Allah itu Islam dan segala tindakan dan perbuatanNya (sunnah dan CarakerjaNya) adalah tidak lain dan tidak bukan, cara Islam. Apabila kita membudayakan Carakerja Allah di dalam kehidupan kita, barulah kita dapat mensyumulkan kehadiran Islam. Jangan hanya mengambil penutupnya dan mewar-warkan sebagai syumul.
3. Saya sentiasa senyum menulis, walaupun pembacaannya mungkin menghasilkan sebaliknya, tetapi, kepekaan minda perlu mengatsai kepekaan perasaan. Irama RAP saya seperti biasa, “Ransangan Akal bukan Perasaan”. Maka apabila kita menggunakan pendekatan psikologi kepada manusia sepeti disaran “displin sains/kemanusiaan dan aplikasi psikologi berupa pujukan.” ia perlu ditekankan dengan batasan. Terbuai terus dengan cara pujukan dan rayuan, manusia menjadi lalai, leka, tak bermotivasi sendiri dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masaalah. Sebagai langkah pemula ianya berkesan, sebagaimana peringatan ‘berhikmah dalam membangunakan’
4. Berhikmah itu bukan fungsi satu hala. Ia bukan hanya kepentingan penyampai untuk berhikmah. Yang menyambut perlu faham dengan konsep yang sama. Bagaimana boleh berlaku pengaliran ilmu sekiranya hanya sebelah sahaja yang berhikmah. Ia tidak akan membolehkan suasana pemindahan berlaku. Yang menyampai berhikmah pada penerima, dan penerima perlu berhikmah pada diri, sekurang-kurangnya dengan memahami Irama RAP. Kalau kita berjaya sekalipun sebagai penyampai, dengan berkhikmah pada penerima, hanya berjaya pada ketika itu sahaja. Ianya tidak lama tinggal di dalam penerima, selagi penerima sendiri perlu faham untuk berhikmah pada diri.
5. Kata kuncinya, “Seperti juga kata orang, ‘Jika ingin dihormati, maka kita sendiri juga kenalah terlebih dahulu belajar untuk menerima kehadiran orang lain.’.” Bagaimana sebelum kita faham apa itu evolusi, kita sudah mengecap orang yang berkata itu salah?, sebagai contoh. Betapa ramainya Muslim yang percaya taklid, mengikut sahaja apa yang dihujahkan kepadanya, yang tidak berdasarkan kepada pengkajian ilmu sains, dan tidak mahu menerima kehadiran dan kepentingan ilmu sains di dalam kehidupan mereka? Ini yang Ustaz HAJ perjuangkan, menajdikan Muslim syariatik yang saintifik. Tetapi apabila seek to understand … sains, tiada, ….
6. Tepat sekali apa yang disarankan oleh Maulana Jalaludin, tetapi masih perlu kita melihat dari satu sudut berbeza. Apakah kebenaran itu berasaskan demokrasi? Lebih ramai yang bersetuju kepada sesuatu isu, maka lebih benarlah kebenarannya. Sejarah telah membuktikan berkali-kali, bahawa apa yang dipercayai semata-mata tanpa bukti, selalu akhirnya dibuktikan sebagai tidak berasas. Hanya apabila iman itu kemudian disadurkan dengan keilmuan dan pembuktian, barulah ianya menajdi kebenaran. Dan tidak ramai yang sanggup berkorabn mencari kebenaran, kerana kedamaian itu lebih hampir pada naluri asal manusia. Nafsu selalunya dapat 2/3 majoriti. Hidup RAP!
Mei 26, 2009 at 7:58 am |
Para Anbiya’ diutus sepanjang zaman
membantu kita melihat lantas menunjuk jalan
agar kita tak tercampak ke jurang binasa
rapatkan nazrahmu lalu perhatikan perutusan mereka -
sama sahaja
Dari http://saifulislam.com/?p=1216#comment-51539
Mei 26, 2009 at 8:00 am |
Prophets sent through all the ages to help us see
And to show the way
To not be led astray
Look close and see their message was always the same
Dari http://saifulislam.com/?p=1216#comment-11412
Mei 28, 2009 at 11:20 am |
Pak Din Says:
May 27th, 2009 at 7:59 pm
Marriage failed when one of them stop trying
Kalau di Barat co-habit tu macam biasa (Astagfirullah) atas pegangan mereka, di Malaysia (atau negara Muslim) pun banyak berlaku dalam keluarga, mereka co-habit, bukan hidup bersama, yang kemudian melahirkan zuriat yang porak peranda. Susah nak cari isteri-suami seperti dicerita. Masa bercinta dulu memanglah sempurna, janji macam biasa ‘Se hidup se mati’ la ni se tukar jadi sa.
Dari http://alqasam.hadithuna.com/2009/05/27/isteri-kufur-al-asheer/#comment-430
Tetapi golongan ini lupa kepada Sunnatullah. Bahawa dirinya yang da’ie, ustaz, ilmuan dan pejuang itu, tetap seorang lelaki.
Manakala sang isteri, biar sehebat mana pun dia di dalam penilaian beragama dan berjuang untuk agama, dia masih seorang perempuan dan akan terus menjadi seorang perempuan.
Maka sebuah rumahtangga Bait Muslim itu, tetap merupakan perkahwinan di antara seorang lelaki yang lelaki, serta perempuan yang perempuan. Antara lelaki dan perempuan, cara komunikasi, cara berfikir, cara bersikap…nyata amat berbeza. Maka Sunnatullah jualah yang menjadi ketetapan Allah untuk keelokan hubungan antara lelaki dan perempuan.
http://baitulmuslimhm.wordpress.com/2008/10/24/permulaan-yang-baik-bukan-suatu-jaminan/
Pak Din says:
28/05/2009 at 10:41 am
@ApplyCreditCards, Hati-hati nanti kena gantung tak bertali, kalau dirantai tu, ada maaf juga! “Kami bukan Ah Long, kami nak tolong …”
http://saifulislam.com/?p=157#comment-51795
Mei 28, 2009 at 4:49 pm |
Assalamualaikum,
Pak Din, terima kasih atas komentarnya. Dan sila-silakan melihat puisi terjemahan saya di :http://isminailofar.wordpress.com/2009/05/25/sajak-terjemahan-setiap-satunya-berqasidah/
Salam evolusi.
Mei 28, 2009 at 5:56 pm |
http://sharudin.com/2009/05/26/sa01-seek-first/#comment-5244
Menarik terjemahannya.
Julai 10, 2009 at 6:39 pm |
[...] Maka tamaddun terbena dari nilai Islam. Kehidupan dimungkinkan oleh Pencipta yang Islam, yang mana CarakerjaNya adalah bernilai dengan nilai Islam. Kita yang menyimpitkan definasi Islam, dengant idak memahami [...]