Ekonomi Muslim/Malaysia/Melayu terlalu bergantung kepada ekonomi Barat.
Ekonomi sahaja?
Ekonomi Muslim/Malaysia/Melayu terlalu bergantung kepada ekonomi Barat.
Ekonomi sahaja?
Entri ini dikirim pada hari Jumaat, 19 Jun 2009, 6:52 pm dan diletakkan dalam kategori DARWIN. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
| Oxotnikgo on Hisab | |
| german XR on Hisab | |
| Groureexitwox on Hisab | |
| nesterayt on Hisab | |
| choonculk on Hisab | |
| Serega Dub on Hisab | |
| SypeFeady on Hisab | |
| URILTBORT on Hisab | |
| fleelteft on Hisab | |
| ESTRACERXNORX on Hisab | |
| nickolas1964 on Hisab | |
| carstimerDF on Hisab | |
| Neuddeddext on Hisab | |
| cratlycirty on Hisab | |
| A-TRANS on Hisab |
Theme: Contempt by Vault9.
Blog di WordPress.com.
Asia terlalu bergantung kepada ekonomi barat
Terlalu bergantung kepada ekonomi Barat, kebebasan berlebihan bagi pasaran kewangan serta keberatan Asia menggunakan rizabnya yang besar adalah antara penyebab utama krisis ekonomi berpanjangan, satu forum diberitahu hari ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Eksport-Import Bank of Thailand, berkata ketidakseimbangan di dalam pasaran dunia diwujudkan di mana Amerika Syarikat (AS) menyerap terlalu banyak manakala negara Asia terlalu bergantung pada ekonomi terbesar dunia itu.
Tambahan pula, katanya, negara Asia terlalu bimbang untuk menggunakan rizab besar masing-masing seperti rizab yang dimiliki China sebanyak AS$1.5 trilion dan Thailand (AS$30 bilion).
“Kita mempunyai rizab yang besar tetapi pengawal atur kita tidak mengetahui cara menggunakannya. Mereka tertarik kepada produk kewangan di negara barat dan kita melabur di sana, dan bukan di negara atau rantau sendiri.
“Tetapi, pihak barat menggunakannya untuk mengaktifkan ekonomi masing-masing dan kemudiannya melakukan spekulasi ke atas ekonomi kita,” katanya di Forum Kepimpinan Asean ke-enam di sini.
Bekas Menteri Perniagaan Thai itu berkata, rizab sedemikian sepatutnya digunakan untuk melabur dalam ekonomi domestik untuk merangsang perdagangan sesama rantau dan mengurangkan pergantungan pada pasaran AS.
Menurut Narongchai, negara Asia memiliki AS$1.64 trilion di dalam Sekuriti Perbendaharaan AS pada akhir 2008 atau 53.2 peratus daripada pemilikan asing keseluruhan.
Pengerusi Majlis Perunding Perniagaan Asean, Arin Jira, berkata ekonomi Asia Tenggara mempunyai kekuatan untuk mengendalikan krisis semasa, sambil memberi contoh kejayaan Malaysia dalam mengendalikan krisis kewangan 1997 selepas ia melawan arus nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
“Malaysia menurunkan kadar faedah dan menyelamatkan syarikat strategik tetapi ditentang oleh IMF. Hari ini, pihak barat melakukan perkara yang sama tetapi IMF menyatakan itulah caranya. Kita mempelajari pelajaran yang baik dan boleh mengajar AS,” katanya.
Bekas Setiausaha Agung Asean, Rodolfo C Severino, berkata negara di rantau ini sekarang ini lebih berdaya tahan berbanding dengan krisis sebelum ini, sambil menyatakan mereka kini sudah mempelbagaikan pasaran masing-masing sambil mengurangkan pergantungan ke atas AS.
“Sebagai penyelesaian jangka panjang, kita perlu memperbetulkan ketidakseimbangan di dalam ekonomi global. Negara di sebelah timur perlu menggunakan lebih banyak dan kurangkan penjimatan manakala AS perlu kurangkan penggunaan dan jimat lebih banyak,” katanya.
Dalam Asia tu ramai Muslim.
[...] Kematian duit. Ekonomi Asia bergantung kepada ekonomi US. [...]
Foreign exchange reserves in COFER do not include holdings of a currency by the issuing country. For instance, the U.S. dollar assets of the Federal Reserve and the euro assets of the European Central Bank and member countries of the European Economic and Monetary Union are not foreign exchange reserves. The definition of foreign exchange reserves in COFER is the same as that in the IMF’s International Financial Statistics (IFS).
COFER data are reported on a voluntary basis. At present, there are 140 reporters, consisting of member countries of the IMF, non-member countries/economies, and other foreign exchange reserves holding entities. The classification of countries in COFER (as advanced economies or emerging and developing economies) follows that currently used in IFS world tables.
http://www.imf.org/external/np/sta/cofer/eng/index.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Open_market_operations
http://en.wikipedia.org/wiki/Monetary_policy
http://en.wikipedia.org/wiki/Central_bank
http://en.wikipedia.org/wiki/Lender_of_last_resort
http://en.wikipedia.org/wiki/World_economy
http://en.wikipedia.org/wiki/Economics
Malaysia catat lebihan dagangan RM10.02 bilion bagi Mei
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM10.02 bilion pada Mei tahun ini, yang merupakan lebihan dagangan bulan ke-139 berturut-turut sejak November 1997.
Dagangan keseluruhan bagi bulan itu ialah RM75.88 bilion, meningkat 1.4 peratus daripada April, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam perangkaan awal Dagangan Luar Malaysia di sini hari ini.
Eksport pada Mei mengembang 4.5 peratus kepada RM42.95 bilion berbanding dengan April manakala import merosot 2.3 peratus kepada RM32.93 bilion.
Berdasarkan tahun ke tahun, eksport pada Mei merosot 29.7 peratus manakala import dicatatkan lebih rendah sebanyak 27.8 peratus.
Eksport pembuatan pada Mei meningkat 4.1 peratus berbanding dengan bulan sebelum itu, yang sebahagian besarnya disebabkan eksport lebih tinggi produk elektrik dan elektronik (E&E), besi dan produk keluli, produk galian bukan logam, peralatan pengangkutan, kimia dan produk kimia, produk kayu serta makanan diproses.
Eksport utama pada Mei mengandungi produk E&E yang bernilai RM17.79 bilion, minyak sawit (RM3.03 bilion), kimia dan produk kimia (RM2.75 bilion), petroleum mentah (RM1.88 bilion), gas asli cecair (RM1.7 bilion), produk petroleum ditapis (RM1.56 bilion), jentera, peralatan dan komponen (RM1.44 bilion), produk kayu(RM1.15 bilion), pembuatan logam (RM1.12 bilion) dan produk getah (RM1.01 bilion).
Singapura, China, Amerika Syarikat, Jepun dan Thailand merupakan lima destinasi utama eksport, yang mencatatkan 51.1 peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia pada Mei.
MITI berkata, import pada Mei merosot 27.8 peratus kepada RM32.93 bilion berbanding setahun lepas berikutan kejatuhan pengimportan barangan perantara.
Tiga kategori import utama mengikut penggunaan akhir pada Mei ialah barangan perantara sebanyak RM22.62 bilion, barangan modal (RM4.79 bilion) dan barangan penggunaan (RM2.41 bilion). Import utama pada Mei terdiri daripada produk E&E bernilai RM12.5 bilion, jentera, peralatan dan komponen (RM2.9 bilion), produk kimia dan kimia (RM2.9 bilion), produk petroleum bertapis (RM976.8 juta), pembuatan logam (RM1.68 bilion), peralatan pengangkutan (RM1.55 bilion) dan besi dan produk keluli (RM1.16 bilion). – Bernama
ARKIB : 03/07/2009
Malaysia sasar pelaburan RM31 bilion tahun ini
KUALA LUMPUR 2 Julai – Lembaga Kemajuan Perindustrian (MIDA) menyasarkan negara menerima pelaburan berjumlah RM31 bilion pada tahun ini, separuh daripada tahun lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan usaha-usaha kerajaan meningkatkan kecekapan dan pendekatan baru untuk membangunkan pelaburan yang diingini.
Menurutnya, pelaburan yang diluluskan bagi tahun lalu berjumlah RM62.8 bilion telah menjangkaui sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion yang ditetapkan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3).
Beliau menjelaskan, bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan perlu menetapkan sasaran pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion.
“Walaupun berdepan kelembapan ekonomi global, kami masih yakin dengan sasaran tahun ini kerana kami berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan, bagi tiga tahun lalu,” katanya selepas pelancaran Laporan MITI 2008, di sini hari ini.
Mustapa berkata, bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM4.2 bilion.
“Jumlah ini adalah kira-kira 10 peratus daripada RM46.1 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu,” katanya.
Pada tahun lalu, tambah beliau, jumlah FDI sebanyak RM46.1 bilion adalah rekod tertinggi iaitu peningkatan 38 peratus daripada tahun sebelumnya berikutan kelulusan beberapa projek besar yang melibatkan penyertaan pelabur asing.
“Pelaburan asing merangkumi 73.4 peratus daripada jumlah pelaburan sebanyak RM62.8 bilion yang telah diluluskan,” ujarnya.
Beliau berkata, dalam jangka sederhana, Malaysia dijangka terus menarik pelaburan didorong oleh beberapa langkah liberalisasai yang telah diumumkan termasuk pemansuhan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), baru-baru ini.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm
Penguasaan ekuiti Bumiputera hanya berjumlah 19 peratus ketika ini juga tidak berganjak sejak 19 tahun lalu.
Selain pegangan ekuiti yang rendah, masyarakat Bumiputera juga jauh terkebelakang dalam penguasaan kekayaan dan pengagihan kek ekonomi negara.
Dalam pemilikan syarikat misalnya, Bumiputera hanya menguasai 20.3 peratus berbanding bukan Bumiputera sebanyak 75.7 peratus. Selebihnya ialah pemilikan asing.
Begitu juga dengan pemilikan bangunan komersial yang mana bukan Bumiputera menguasai sehingga 88.3 peratus berbanding hanya 11.7 peratus oleh Bumiputera.
Perbezaan yang nyata juga dapat dilihat daripada purata pendapatan isi rumah yang mana kaum Bumiputera menjana sekitar RM2,711 berbanding RM4,435 (Cina) dan RM3,456 (India).
Secara keseluruhannya, Bumiputera mewakili kumpulan masyarakat dengan tahap sosioekonomi terendah yang paling besar iaitu kira-kira 76 peratus.
Bukan Bumiputera pula sekitar 23.2 peratus sahaja. Jelaslah. meskipun Bumiputera merupakan kaum majoriti, tetapi mereka merupakan masyarakat ekonomi yang minoriti.
Utusan
Malah, menurut akhbar itu lagi, hartawan dari Malaysia itu bersetuju membeli kelab berkenaan dengan harga 40 juta pound (RM230.3 juta) lebih rendah daripada harga asalnya, 135 juta pound (RM752 juta) ketika ia dibeli oleh Ashley pada 2006.
Selain Ananda, terdapat konsortium lain, dipercayai dari Amerika Syarikat turut berada dalam senarai prospek pembeli, namun ketika ini, Ananda adalah pilihan utama Ashley, menurut The Sun.
Newcastle, yang ditubuhkan pada 1892 pernah menjadi antara kelab Inggeris digeruni dengan memiliki enam kejuaraan Piala FA (1910, 1924, 1932, 1951, 1952 1955), selain muncul naib juara Liga Perdana 1995/96 dan 1996/97.
Pasukan itu juga pernah muncul juara Divisyen Satu sebanyak empat kali, menjuarai kejuaraan Piala Intertoto Eropah 2006, Piala Antara Bandar raya 1969 dan naib juara Piala Intertoto Eropah 2001.
Malah, bekas penyerang antarabangsa dan kapten England, Alan Shearer antara bintang besar yang pernah menyarung jersi pasukan itu, selain bekas Pemain Terbaik Eropah 2001, Michael Owen, yang baru menandatangani kontrak bersama Manchester United.
Bekas penyerang United, Alan Smith, pemain tengah antarabangsa Ireland, Damien Duff dan bekas pemain tengah England, Nicky Butt pula masih kekal bersama pasukan itu.
Newcastle juga pernah dibimbing oleh pengurus ternama dunia seperti Kevin Keegan (1992-1997), Kenny Dalglish (1997-1998), Ruud Gullit (1998-1999), Sir Bobby Robson (1999-2004), Graeme Souness (2004-2006), Glenn Roeder (2006 2007), Sam Allardyce (2007-2008) dan Kevin Keegan pada 2008.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
[...] kilat datang lagi selepas lebih sedikit sebulan. 9. Equity Bumiputra masih ditahap 19% selapas 19 tahun diperjuangkan. 10. Terima kasih A Coi kerana sponsor [...]
Hal duit
dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran
Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar
Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money
Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.
Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.
Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.
Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.
Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati.
Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.
Di baca di sini, http://www.raudhah.com/blog/ke-manakah-sebenarnya-wang-kita-mengalir.html (link dah hilang)
Rencana ini telah diterbitkan di malaysiakini.com dan ditulis oleh Hishamuddin Rais pada 16 April 2009
http://www.videonewslive.com/view/304034/how_much_dollar_in_circulation_now_federal_reserve_destroying_the_dollar
[...] lagi. Sunnah Nabi ketika beliau belum diangkat menajdi Rasul, ditolak ke tepi. Perniagaan atau kegiatan ekonomi sekarang, disub-kontrakkan kepada Bukan-Muslim. Kerajaan yang berusaha keras meningkatkan kegiatan [...]
[...] Contoh transaction bola [...]
[...] Kesemua artikel ekonomi yang telah ditulis adalah untuk memahami bagaiman rompakan berlaku, terutama yang ini, illuminati. [...]