P791 Al Hadid 11-15 90730

Julai 30, 2009

hadid11

11. مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!

12. يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.

13. يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa.

14. يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

15. فَالْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ وَلَا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ مَأْوَاكُمُ النَّارُ ۖ هِيَ مَوْلَاكُمْ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah Neraka, Nerakalah sahaja penolong kamu dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!


P790 Permata – Al Hadid 6 – 10.

Julai 29, 2009

hadid 6

6. يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۚ وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti) dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

7. آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

8. وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۙ وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا بِرَبِّكُمْ وَقَدْ أَخَذَ مِيثَاقَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).

9. هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَىٰ عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.

10. وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ ۚ أُولَٰئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.


P789 Surah Al Hadid 1-5.

Julai 28, 2009

Kelas Permata berada di siri 789 mukasurat 900 dengan permulaan Surah Al Hadid.

1. سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2. لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3. هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

4. هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

5. لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.


S21 Daya tolak dan daya tahan.

Julai 28, 2009

Pak Din
08/06/2009 | 12:09 pm

1. Cantik dan berkesan olahan Ustaz kembali kepada persoalan asas. Yang terjerit-jerit kepada pemain di padang, kalau diberi kasut, berani ke mereka turun padang? Persoalan ini sudah didengar berkali-kali dan seharusnya sentiasa di kumandangkan. “Golongan bijak pandai, banyak pandangan, banyak kritikan tidak serius dengan kritikan mereka dan selesa berbahas dari jauh hingga kalam beransur menjadi hipokrisi tatkala teguran tidak datang dengan cadangan, jalan keluar dan penyelesaian.” Pedas sekali, tetapi itulah kita selalu sediakan air suam di sebelah, kalau tahu nak makan sambal.

2. Peringatan yang diberikan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi atau sesiapapun, sememangnya benar. Tamadun tidak dibena oleh was-was atau boleh-ke-tidak. Sejarah besar terbena atas keyakinan persepsi seseorang. Ya … hanya perlukan persepsi dan kita berpegang kuat kepada persepsi itu. Kebenaran tidak menjadi rencah utama membena kemajuan yang kita capai sekarang ini. Dunia modern dengan segala kecanggihan peralatan dan pemikiran, semua berasaskan kepada keyakinan. Ilmu sains hanya mula berkembang pesat sejak 200 tahun dahulu, tetapi tamadun besar sudah berusia ribuan tahun.

3. Penerangan Ustaz tentang Bank Islam yang mengambil 30 tahun untuk diterima ramai adalah jawapan terbaik. Hasil dari sakit hati pemain, ditegur kaki bangku, dicampur dengan kaki bangku sebenar yang hanya tahu menjerit, dan beberapa faktur persekitaran lain, menghasilkan sesuatu bernama Bank Islam. Tetapi tidakkah kita fikirkan bahawa Bank yang Islam itu, hanya berperanan sebagai mengagih (distribution) kekayaan, sedangkan yang diperlukan ialah Ekonomi Islam. Masih terlalu jauh untuk mencapai ekonomi Islam sekiranya, kita selalu disajikan dengan fakta bahawa ekonomi kita berkait dengan ekomoni Dunia atau lebih ketara ekonomi Barat.

4. Setelah melalui zaman berumur 30an, dimana sebagai orang jenis A tidak tahu berdiam diri, sentiasa mahukan tindakan, saya akhirnya menghabiskan umur 40an menganalisa kenapa kegirahan mengambil tindakan di umur 30an tidak menghasilkan yang terbaik, walaupun jasmani ketika itu, daya-tolak ketika itu pada tahap maksimum. Rupa-rupanya semasa saya berumur 30an, ada orang berumur 40an, 50an dan seterusnya. Mereka yang banyak bilang umurnya tidak punya daya-tolak yang tinggi, tetapi mereka punya daya-tahan lain yang menentukan keadaan. “punya wang untuk menerbitkan …” Mereka yang punya wang merasakan ada lakunan lain yang lebih perlukan keutamaan.

5. Apapun, penat menolak idea ketika 30an, tidaklah menajdi sesuatu yang sia-sia belaka. Akhirnya ia akan mengumpul pengalaman. Akhirnya setelah penat, dan masuk kelab 40an dan ke atas, dan berkemungkinan dari bekerja untuk wang, menjadikan wang bekerja untuk dirinya, pandangan menjadi berbeza. Sekurang-kurang itu pengalaman saya, mungkin tidak pada yang lain. Dari tertarik skrip pengarah, saya lebih tertarik dengan skrip Pengarah. Dari lakonan di depan kamera, terasa pula kita membawa kamera setiap hari, ke hulu ke hilir. Memang kita rasakan ada kepentingan mengubah lakunan di depan kamera, tetapi Kamera yang dua itu tak pernah off.

6. Bukanlah nak memperkecil semangat yang besar. Pada masa yang sama tidaklah dapat ditolak begitu sahaja keperitan mengumpul pengalaman. Gabungan daya-tolak dan daya-tahan perlu pupukan. Resultant kepada kedua daya itu menentukan hasil. Kata Newton, yang memetik Kitab Alam. Perlu dingat 30an hanya 1/7 dari keseluruhan (berdasarkan purata sampai ke umur 70). Teruskan perjuangan. Teruskan penulisan. Begitu juga terus ketidak-puasan kepada keadaan. Kerana itu sahaja yang akan memastikan bersemangat meneruskan kehidupan. Kita semua dalam perjalanan dan belum samapi ke destinasi. Kehidupan itu sebuah perjalanan bukan sebaliknya.


S20 Court of Al-Law.

Julai 21, 2009

Pak Din reply on June 3rd, 2009 9:41 am:

@hambatan sufi,
1. Banyak poin menarik dalam penyampaian Cikgu Sufi. Yang keras akan menjadi lembut. Sesetengah style perlu diubah, saya setuju, walaupun tidak bererti semua sikap keras, tidak berpsikologi, yang kita persepsikan tidak bersesuaian, perlu dibasuh bersih. Kepelbagian yang belajar dan persekitaran mengajar, memerlukan penyesuaian. Bukan soal keras atau lembut seseorang guru yang dipertaruhkan, tetapi bagaimana seorang guru itu dapat beradaptsi (menyesuaikan) cara dengan suasana. Tidak kira apa latarbelakang guru, bila berada dalam mode mengajar, dia dapat menyesuaikan cara mengikut keadaan.

2. Ustaz sebagai pengajar juga kelihatan begitu. Bukanlah saya bersifat judgemental, dalam konteks negatif, tetapi beradapatasi itu isu asasnya ialah making judgement kepada persekitaran. Memang egoistik adalah cara 80an sebagaimana pop-ye-ye adalah cara 60an. Tetapi hilangnya semua karektor yang Chegu nyatakan diatas dialam pengajar, akan hanya menimbulkan karektor yang serupa dikalangan yang diajar. ‘aku lebih tua’ dijawab dengan ‘dunia muda dunia aku’ oleh yang diajar, ‘aku lebih berilmu’ ditukar menjadi ‘dunia berubah’, sebagai menyebut beberapa contoh dari 1001 yang dapat dikeluarkan oleh pelajar sekarang.

3. Peliknya sebahagian dari kita (’anda’) adalah membawa erti hadirnya sebilangan yang perlu menangani situasi yang PELIK hari ini. Entah berapa kali dah kita baca dan dengar, guru disaman kerana menegur atau menghukum pelajar. Pasti ada dikalangan guru yang menyalah-gunakan kuasa, tetapi tidak kita perhatikan sikap pelajar dan penjaganya, jauh lebih banyak menyalah-gunakan kelembutan dan cara psikologi yang digunakan dewasa ini. Mereka sentiasa mencari kesempatan (loop-hole) di dalam perundangan, untuk menghalalkan penentangan. Timbul mat-rempit dari pemikiran sempit dan perundangan yang tersepit.

4. Ustaz berjaya menarik julat kepelbagaian suasana. Tambah menarik adalah dikaitkan dengan pengalaman lama yang beliau ada. Julat semakin besar dan saya faham kalau Ustaz selalu disalah-ertikan oleh persepsi pembaca, kerana dalam membaca, emosi pembaca menterjemah tulisan penulis. Penulis ke kiri, pembaca ke kanan dan sebagainya. Kepelbagaian suasana yang Ustaz paparkan mengamit, kepelbagai tarian, irama dan warna dalam respond dan komen yang diberikan. Bertemulah si lembut dan si keras, terkadang bertemu buku dan ruas. Masing-masing tak puas, kalau tak dapat memulas, sehingga suasana menjadi panas. Jangan kita tambah pula bahawa semuanya ganas.

5. Ustaz boleh bercerita tentang dendam kesumat, selang sehari kemudian lembut gigi dari gusi. Kemudiaan timbul ciri-ciri gergasi. ‘Penidur professional’ yang skor A semua subjek, macamana chegu nak sama-ratakan tindakan, melainkan dalam kem ketenteraan. Datang pula yang menceritakan dengan pelbagai kerenah, lembut dan keras, sebagai ucap-balas. Pendek-kata berbagai warna kehidupan diceritakan. Ada yang pakar mengenal isi dan kulit, tak kurang juga yang termakan kulit. Tak semua cerita pengalaman pahit, tak semua cerita pasal tersepit, memang banyaknya hanya menyelit (koman biasa-biasa aja)

6. Saya selalu mengingatkan diri, “I have the right to remain silence, anything I say, will be produce in the Court of Al-Law …” Pada masa yang sama, peringatan tiga cara, tangan, mulut dan minda. Sesungguhnya menegur dengan minda (hati) adalah terlemah iman, bermakna di bawah itu hilang imannya. Dalam keterpaksan dan kesuntukan waktu, terkadang lembut keras, jadi tak menentu, ketika fikiran menajdi buntu, bagaimana cara hendak membantu, masyarakat yang takutkan hantu (persepsi) dari terus jalan melulu, tanpa mahu berfikir dahulu. Tup-tup, jadi orang ulu.


S19 Isra’ Mikraj dari IMAN.

Julai 20, 2009

Saya berharap pemilik asal memberikan kebenaran link.


S18 Cukup menarik!

Julai 14, 2009

Sebelum ini ada tajuk setuju atau tidak, dan dengan adanya komen berikut, saya ingin menyatakan persetujuan kepada isu yang dibangkitkan. Saya harap Sdr hamba99, meizinkan saya menggunakan skrip yang sama sebagai jawapan. Walaupun terdapat beberapa perubahan perkataan, secara keseluruhannyaa saya bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan.

hamba99 reply on July 11th, 2009 12:30 pm:

@Abu Saif, Alhamdulillah, secubit jawapan dari ustaz yang menjernihkan suasana, yang dapat menangkis segala tuduhan, dan macam2 lagi dari para pelawat yang kurang faham, tidak arif mengenai kekhalifahan Islam… sebaliknya meraka hanya guna “akal” semata2, berpaksikan islam sekular, bukan akal yang berpandukan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah yang suci, yang jauh dari segala kekurangan, Maha Sempurna… Ada yang saya lihat, bukan main berapi kata2 nya, guna akal la, logikla,tapi tidak berasas sama sekali….

maaf, saya masih baru, masih belajar, dulu pun saya ahli umno, sehingga hampir2 jadi ketua pemuda cawanganla… itu pun yang mencadangkan ada udang di sebalik mee, tidak iklhas untuk bangsa, apatah lagi agama Allah yang Suci lagi Mulia ni!! Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, baru saya tahu hakikat sebenarnya…. jgn la bercakap berfalsafah2, hakikat itu hakikat ini, tapi tidak mengambil islam secara keseluruhannya… kata islam itu syumul, tp konsep kekhalifahan tak terima.bagaimana tuh? smoga Allah bagi Hidayah dan TaufikNya pada pelawat2 disini semuanya.

Tetapi inilah jalanNya, inilah yang akan berlaku, inilah sunnahtullah yang akan berlaku, akan ada penentangan antara haq dan batil, tetapi yang haq akan menang jua.. pada para pejuang Islam yang tulen, tetapkan hatimu..mohonlah kekuatan dan kesabaran daripadaNya, kerana kekuatan dan kesabaran hanyalah daripadaNya… jalan ini memang penuh liku dan cabaran…. cabaran paling besar adalah dari Orang islam itu sendiri, yakni munafik… sama ada kita menang atau mati syahid di atas jalanNya. itu saja akhirnya kita nanti… antara dua.

PAS itu Islam
Kritik Muslim, bukan Islam
Menjadi Al Baab
Lurus bendul
Tolak Agama = kominis
Tuhan samseng
Undi PAS masuk Syurga
Cari ilmu
pasundi


S17 Masaalah hidup.

Julai 12, 2009

Pak Din
04/06/2009 | 8:39 am

Masaalah adalah rezeki.

1. Dah tua-tua ni barulah faham sedikit, selok belok melihat permasaalahan. Tiada syarikat yang mengaji seseorang untuk tidak menyelesaikan masaalah. Masaalah besar, besar udang disebaliknya, masaalah kecil, gerahau diberinya. Yang penting, perlu faham di mana ada gula di situ ada semut, di mana ada masaalah (membuat wang) di situlah terletaknya (potensi membuat) wang. Maka tidak keterlaluan kalau saya simpulkan bahawa masaalah ada rezeki. Musibah perlu menghasilkan muhasabah.

2. Dalam meneliti segala masaalah rezeki jasmani (wang dan harta) akhirnya saya diilhamkan kepada masaalah rezeki rohani (ilmu dan tahu). Lebih kritis minda kita digunakan untuk menyelesaikan masaaalah jasmani, maka secara automatik kita terlatih untuk melihat masaalah rohani. Itulah ang saya alami sepanjang hidup saya. Bermula dari sentiasa berkira-kira dengan perniagaan, rupanya AQ menerangkan bahawa perniagaan terbaik adalah perniagaan dengan Tuhan. Segala modal diberikan, hanya perlu mencari keuntungan sahaja.

3. Kini saya sangat kritis menganalisa apa sebenar Islam itu? Saya ketengahkan persoalan Tuhan yang Islam dan berciri Islam, kepada ramai. Kalaulah AQ mengatakan segala yang berlaku di Alam ini, seperti berlakunya siang dan malam, adalah tanda-tanda kekuasaan Tuhan, maka sudah pasti segala yang berlaku di Alam ini adalah bercirikan perlakuan Islam. ” …. kesemuanya bertasbih kepada Allah”, yang merujuk kepada mahluk yang tidak diberikan akal, seperti binatang, gunung-ganang dan sebagainya.

4. Meneliti permasaalahan Islam dengan lebih mendalam, yang saya kira sebagai satu masaalah besar, saya diberikan rezeki yang besar, berbentuk ilmu dan pengetahuan, untuk memahami dan menghurai perjalanan kehidupan ciptaan Tuhan. Dan segala-galanya itu adalah SunnahNya. Sesuatu yang menerangkan tentang perlakuan zat bernama Allah, yang membentuk segala dengan KuasaNya. Hanya dengan KuasaNya, dan tidak perlukan bahan lain, untuk mencipta manusia dan segala mahluk yang lain. KuasaNya itu yang bertukar menjadi jisim, jirim dan jauhar.

5. Saya sekarang tidak mendapat keizinan untuk menyelesai masaalah besar, yang boleh menghasil rezeki jasmani yang lumayan. Masa telah berlalu buat saya untuk itu, walaupun saya sentiasa mengharapkan masih diberi peluang berbuat sedemikian. Akhirnya sekarang ini saya sedar, bahawa pulangan rezeki yang lebih besar telah diberikan kepada saya, kerana menukar dari melihat permasaalahan berkaitan keluarga, yang saya rasakan terlalu rumit dahulu, kepada melihat masaalah yang lebih rumit, iaitu mengenal sebenarnya Tuhan yang Esa.

6. Tiada masaalah yang lebih besar dari membetulkan persepsai kita tentang Tuhan, yang kita kenal selama ini dengan hanya menghafal Asma’Nya, kepada mengenal Dia dengan memahami SunnahNya. Segala masaalah keluarga dan kerjaya yang dirasakan sangat besar dahulu, menjadi kecil jika dibandingkan dengan permasaalahan mengenal Tuhan hakiki. Semuga Allah terus melipat-gandakan rezeki kepada saya sezuriat. Masih banyak lagi yang belum diterokai, dengan masa untuk meneroka semangkin singkat. Mungkin saya terpaksa menyambungnya di Sana nanti.


S16 In, Out & On.

Julai 11, 2009

1. Sejak dua menjak (?) PPSMI dah dibubarkan ini, kita belajarlah rojakkan bahasa. Sekali sekali kita rosakkan (dari mata menusuk ke kalbu) dengan salah eja. Tapi tanya diri dulu, dapat tak messagenya? Kalau selama ini kita telah rojakkan bahasa dengan perkataan Arab, jadi tidak besar masaalahnya menambah satu atau dua bahasa lain, seperti Inggeris dan Cina. “Alhamdullilah!, Si Ah Long (bunyi along) tu bagi pinjam dengan interest agak rendah”, sebagai contoh. Jadi tajuk ‘in, out & on’ ni Melayunya ialah ‘dalam, luar dan atas’ (DLA). DLA apa? DLA pagar!

2. Ini bukan cerita politik siasah, tapi cerita tarbiyah dakwah, atau pendidikan dan pengajaran. Didik dan ajar bezanya sedikit, yang satu dengan sentuhan rohani, yang satu hanya jasmani. Jadi kalau guru sekolah mengajar itu patut sangatlah, kerana sekarang ini semua dah kawin campur, nak jaga hari kaum lain. Nak jadi juara kebebasan beragama. Tak kan pasal kandang babi sampai nak bercerai? Tak kan pasal selsema babi tak tidur sekatil? (cerita dalam kelambu sikit!). Dulu memang heboh, kalau pergi menyambut Gong He Fat Coy, keluar ayat “lakum deenu kum …”. Sekarang air dah bah, jadi pantai berubah, politik punya pasal, lu, gua, selupa! … hantam saja maa!

3. Bukan duduk atas pagar kerana takut warna dalam atau luar. Yang dalam Melayu, yang luar pun Melayu. Yang dalam kawan kafir, yang luar rakan kafir. Yang dalam Muslim junjung Al Quran, yang luar junjung dengan serban. Yang luar kata dalam kafir, yang dalam bisik luar kafir (dia tak faham sangat!). Ini bukan duduk atas pagar, tetapi hover atas pagar, ibarat Gurdian Counsil, GC (tempat duduk yang berserban besar) di Iran yang mengawasi dua parti, penyokong kerajaan (dalam) dan pembangkang kerajaan (luar), di bawahnya. Di Malaysia ni GC itu sebenarnya ialah Majlis Raja-Raja, tapi ramai yang tak ambil faham.

4. Kalau nak mentarbiah, buat stail Al-Arqam dulu, dengan menjunjung titah Tuanku. Kalau nak mentarbiah tak boleh ambil side, kerana kedua-dua perlu ditarbiahkan. Kedua-dua dah setuju ada Tuhan, ada Al Quran dan ada itu ini, cuma yang dalam tak suka janggut di luar dan yang di luar, tak suka misai di dalam (misai melintang macam pirate, membujur lalu, melintang patah). Masuk sahaja gelanggang, terpasanglah niat mengalahkan lawan, dan seperti saranan Al Quran, yang terbunuh dan dibunuh, kedua-duanya ke neraka, kerana berniat mengalahkan satu sama lain. Sekarang ni disalah-tafsirkan menjadi jihad.

5. Rakyat tidak patut dihasut dengan semangat berkobar mengambil side. Rakyat patut ditarbiah bagi memahami konsep Tarbiyah Harakiyah (Fardu Kifayah, dalam ertikata lain), selepas menanam asas Tarbiyah Ruhiyah (Fardu Ain). Kalau kita ajar memangkah, terutama dengan menakutkan mereka tak pangkah masuk neraka, itu bukan tarbiah namanya. Itu hanya menggunakan naluri semula jadi manusia yang mudah dipertakutkan dengan hantu (sesuatu yang tidak berilmu). Memang sains sosial mengajar tentang mengeksploit soft spot manusia. Jaga hatinya, tertambatlah hidungnya.

6. Kita perlukan tarbiah kebenaran, yang mengajar menggunakan kewarasan akal fikiran. Akal yang menjadi modal asas dari Tuhan, bagi membezakan manusai dari mahluk yang lain. Ini yang perlu ditarbiahkan, bukan perasaan, yang juga ada pada mahluk yang bernama binatang. Memang lebih mudah menyemarakkan semangat dengan perasaan, terutama kalau diapi-apikan dengan hasutan pelbagai ragam. Bila semangat berahi dah teransang, ke lautan api sanggup direnangi, dan kemudian semangat padam tiba-tiba, kerana tidak berasaskan pemikiran.


SA15 Tersurat tersirat.

Julai 10, 2009

Tersurat tersirat.

1. Al Quran adalah Kitab Petunjuk tersurat yang mengandungi pekara-pekara tersirat. Tersurat kerana asalnya datang dalam bentuk tidak bersurat, dan kemudian disuratkan atau dituliskan. Berapa banyak wahyu-wahyu terdahulu yang tidak tersurat, walaupun telah diwahyukan kepada Nabi-nabi yang dikehendaki Allah menerimanya. Selesai satu pekara, tentang tersurat, dengan keadaan-keadaan yang berbeza-beza semasa penurunan dan keadah berbeza semasa pembacaan, seperti keadah ‘al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab’, menjadikan yang tersurat tadi memberikan beberapa kefahaman tersirat. Maka, timbullah pelbagai mazhab kefahaman yang sediaada sekarang.

2. Sebagai Kitab Petunjuk yang hidup, untuk menjadi rujukan sepanjang zaman walau di mana sahaja, Al Quran mengandungi ayat-ayat Mahkamat dan Mutsyabihat. Selain itu ada juga beberapa bentuk ayat yang sifatnya memberikan alternatif, atau mencapai satu tujuan dengan mengikut beberapa cara mencapai tujuan. Dengan itu kepelbagaian cara dapat diserasikan kehadirannya, ibarat makannya kita untuk mendapat kenyang, melibatkan belacan, tetapi orang lain melibatkan minyak zaitun, umpamanya. Jadi kepelbagaian cara itu memberikan warna kehidupan, tanpa mengobankan satu tujuan.

3. Semasa penafsiran atau pemerhatian, sesuatu objek lebih mudah didefinasikan berbanding sesuatu konsep yang tidak berobjek (abstrak). Lebih mudah sahaja bukan mudah, contoh terbaik adalah tujuh orang buta memegang satu objek bernama gajah, dan menghasilkan penafsiran berbeza. Apatah lagi bila sesuatu itu adalah konsep atau sistem, seperti Islam atau demokrasi dan sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai Islam?

4. Hampir dua tahun saya memerhatikan persembahan dari Ustaz, yang Sdri Ummu katerorikan sebagai genius (lupa di mana!), dan Ustaz sendiri mengakui beliau berjiwa mathematik dan sains, tetapi berhati Agama. Pada saya jelas kehadiran konsep dan nilainaya, atau konsep Islam dan nilai Islam. Pada mata kepala ianya lebih mudah memahami konsep, sementara memahami nilai konsep memerlukan pemikiran yang tajam. Bak petikan Ustaz, “Aku ke Paris, nampak …, aku ke Kaherah nampak …”. Perlu kita fahami betul-betul perbezaan kedua-duanya, walaupun ianya hadir pada benda yang sama.

5. Saya kira agak susah menerima kehadiran nilai Islam, kalau kita tidak betul-betul memerhatikannya. Islam itu syumul kerana ‘ramatan lil alamain’. Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah, memastikan yang percaya atau tidak kepadaNya, semuanya mendapat belas kasihan Dia. Semua menadapat limpahan kuasa Dia. Tidak ada sesautu yang boleh hadir dan bergerak atau hidup, tanpa menggunakan kekuasaanNya. Berkicaunya burung adalah nilai Islam, yang melayakkan burung terus ke Syurga. Begitu juga bergoleknya batu adalah nilai Islam. Dunia Allah yang kita rasakan tonggang-langgang ini semuanya Islam, melainkan mereka yang diberikan pilihan sepenuhnya, tetapi tidak membuat pilihan terbaik, dan kemudian dipertanggung-jawabkan dengan pilihan tersebut, selepas dibekalkan dengan cukup akal.

6. Maka tamaddun terbena dari nilai Islam. Kehidupan dimungkinkan oleh Pencipta yang Islam, yang mana CarakerjaNya adalah bernilai dengan nilai Islam. Kita yang menyimpitkan definasi Islam, dengant idak memahami konsep nilai dalam Islam. Kita yang gagal untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menterjemah nilai silam dari sesuatu keadaan. Apa ada pertuakran siang dan malam, pada mereka yang tidak mahu berfikir, setakad dia tahu siang dia bangun cari makan, dan bila malam di tidur bemimpimpikan cari makan. Sehinggakan jalan-jalan (kehidupannya) penuh dengan cari makan, makan selera atau perasaan, dan tidak makanan rohani (ilmu), yang sangat diperlukan.


SA16 5% kanan kiri.

Julai 10, 2009

Pak Din
27/05/2009 | 11:46 am

5% kanan kiri.

1. Kebarangkalian anak kita mewarisi zuriat kita adalah jauh lebih rendah berbanding mewarisi zuriat kumpulan 128 orang (2^7, leluhur anak kita dalam 7 generasi). Lihat sahaja dalam adik beradik kita, berapa yang serupa? Tidak hairanlah kemungkinan anak kita menjadi seperti kita, dalam segala segi, menjadi sangat tipis. Bertuahlah badan sekiranya dikurniakan demikian, pada masa yang sama bertuah juga badan dikurniakan anak yang tidak sepadan. Terkadang ciri-ciri asas ada di dalam, cuma polarnya berbeza. Contoh cekal dan degil adalah dari akar yang sama, hanya satu ke arah positif dan satu ke arah negatif.

2. Kita boleh mengeluarkan pelbagai pesanan, ulasan dan alasan, akhirnya bagaimana kita beradaptasi kepada evolusi persekitaran yang akan menentukan kesinambungan. Kita boleh merajuk kepada sistem dan sub-sistem yang ada di persekitaran, tetapi akhirnya bagaimana diri kita sendiri merujuk kembali, samada perlu dipujuk atau sebaliknya. Survive-lah mereka yang beradapatasi, kerana Sunnah Allah tentang ’survival of the fittest’ tidak pernah berubah dari azali. Tidak kerana terlalu ramai yang berdoa untuk ianya diubah, Allah memastikan Dia tidak mengubah nasib kaum yang tak mengubah diri sendiri. Maka pujuklah diri beradaptasi kepada sistem dan sub-sistem yang ada tanpa perlu pujukan luaran.

3. Pil pahitnya memang susah nak ditelan. Jiwa mahu berlawan dengan jiwa tahu. Akal mahu bertentang dengan akal tahu. Kedua-dua hujung tahu dan mahu, menghasilkan kombinasi perangai manusia yang pelbagai. Maka bell curve statistik menerangkan 90% adalah arus perdana, dengan 5% di hujung kanan, mewakili terbaik dan 5% di kiri mewakili terhodoh. Persoalannya, adakah kita kenal diri kita, tadi? Berjiwa mahu atau berjiwa tahu? Apakah yang kita persepsikan sebagai berjiwa tahu itu, termasuk di dalam 5% di kanan? atau sebaliknya kita hanya sayap kanan di dalam arus perdana. Kenali diri dahulu, sebelum mengambil langkah pasti.

4. Sistem terbentuk oleh demokrasi ramai. Sebelum adanya demokrasi pangkah di kertas, manusia memangkah dengan kemahuannya. Terbentuklah budaya dan dengan berlalunya zaman, kemahuan itu kemudian diterjemahkan kepada sistem pemerintahan yang ada sekarang, tak kira di mana, di UK atau di UK – Uku Kerting. Banyak saranan resmi, dari Buku Petunjuk, tetapi lebih banyak yang mencadangkan petunjuk sendiri. Sebahagian besarnya membentuk Muslim hari ini. Diberikan Buku Panduan dijadikan buku hiburan untuk mendapatkan pahala. Mencari kedamaian daripada dicungkil kebenaran yang tersirat di dalamnya. Teruslah dia memangkah megah dengan Buku Panduan yang dipersepsinya.

5. 5% yang di kanan kalau bersekolah di sekolah kebangsaan arus perdana (SKAP), sudah pasti dia merana. Pada masa yang sama, survival dia bergantung kepada arus perdana, kerana koleksi bank akaunnya tiada dua sistem kewangan yang berbeza. Kalau dia merajuk kerana silibusnya tak melayan kehebatan mindanya, maka jadilah kebosanan, tak terhingga di SKAP. Tadika OK, UPSR OK lagi, sampai SPM terbentuk jiwa membrontak kerana kemahuan yang dipangkah tak pernah menang. Melainkan ada butang pause yang mengarah dia beradaptasi dengan persekitarnya atau kemas bag dan pindah entah ke mana?

6. Sebagai pengakhir celoteh, sedikit pengalaman saya. Tkt 4 & 5 saya bersekolah asrama arus perdana, kerana tak jumpa yang lain. 6 jawatan setiausaha persatuan saya pegang. Sukan jangan cerita, kaki bangku no satu. Masuk kelas sekali sekala (nak didramakan cerita) kerana chegu yang bawa ke sana ke mari, dah tahu, bawa ke mana pun, dia lulus juga. Entahlah vocab kerja keras bukan untuk periksa, tetapi melayan kerenah persekitaran. Akhirya ke UK , dengan vocab yang sama, kawan lain, 2 tahun A Level, saya lulus ke U tahun pertama. Ketika itu video game ‘katak melompat sungai’ tengah menggila. Sebelum exam itu yang saya terpa, lulus juga. Kena pujuk diri walaupun tak suka, itu bekalannya.


SA15 Aqidah perbincangan.

Julai 10, 2009

Akidah perbincangan.

1. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55451

Pada saya yang berkuasa sekarang ialah gabungan PAS-UMNO, dan yang kehilangan kuasa adalah yang mengambil side.

2. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55453

Yang mengumno, selalunya terkeno, dan yang mengepas, selalunya terlepas. Yang mahu mengumno dan mengepas perlu ditarbiahkan.

3. Dari http://yamah.wordpress.com/2009/07/08/p218-dakwah-dalam-siasah/

4. Seperti ditekankan oleh seroang Ustaz, “antara rumah dan tangga, yang pentingnya adalah manusia”. Antara manusia jasad dan manusia roh pula, jiwa yang menjadi gabungan keduanya, menentukan keislaman rumah dan tangga tadi. Tarbiyah ruhiyah mengajar lebih kepada menjadi manusia roh, sementara sekumpulan manusia jasad perlu ditarbiyahkan dengan Tarbiyah Harakiyah, yang prosesnya memerlukan siasah yang kuat, sebagai padang pendakwahan. Jangan dilupakan pula bahawa Tarbiyah Ruhiyah memberikan direct line kepada Tuhannya, sementara Tarbiyah Harakiyah perlu mengajar keperluan bermuamalah.

4. Dari http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55644

Terus terang,saya meyokong gagasan tajdid ummah Dr MAZA tetapi saya juga mendokong gaya pemikiran Abu Saif…

Kedua2nya MURABBI saya..

Kehadiran mereka berdua dan beberapa yang lain di kedua-dua belah pehak, menandakan kedua-duanya perlu gabungan penyokong-pembangkang yang ada sekarang, untuk ‘check and balance’. Sebagai seorang yang berminat untuk ditarbiah saya tidak gemar terlibat, untuk mengambil side, melainkan mengambil side rujukan yang digunakan oleh kedua-dua mereka, iaitu Al Quran dan As Sunnah.

5. Dari http://sharudin.com/2009/07/09/sa14-setuju-dan-tidak/#comment-5842

Jelas di situ dari pentakwilan Ulama’, pentingnya kita memahamai bahawa segala kejadian alam, adalah mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah. Al Quran sebagai Kitab Petunjuk, mengarah dan menunjukkan kita ke arah Kitab Alam, sebagai tarbiah Allah yang teragung.

6. Dari http://sharudin.com/2009/07/09/sa14-setuju-dan-tidak/#comment-5838 sebagai kesimpulan

Keberanian sangat terdedah. Pengalaman perlu dibedah. Permasaalahan perlu diredah dengan tabah. Kebenaran pasti dapat menyinggah. Kita masih punya masa untuk bercanggah.


SA14 Setuju dan tidak.

Julai 9, 2009

Pak Din reply on July 9th, 2009 11:46 am:

@ummualya, Sebenarnya kita bersetuju untuk makan, tetapi tidak bersetuju dengan cara makan masing-masing atau apa yang perlu dimakan.

Kita bersetuju tentang perlunya berTuhan tetapi terdapat perbezaan cara dalam mengabdikan diri dalam berTuhan.

Kita bersetuju tentang agungnya Al Quran, sebagai Kitab Petunjuk, tetapi tidak bersetuju cara masing-masing menterjemahkan ayat-ayatnya.

Kita bersetuju untuk ditarbiah, berdakwah dan bersiasah, tetapi tidak bersetuju dengan cara ianya perlu dilakukan.

Para Ulama juga selalunya bersetuju dengan adanya Tuhan, tetapi yang di Afrika mengadapatasikan fiqh mengikut keadaan di sana, sementara yang di Malaysia pula, awalnya suka dengan satu cara, tetapi kemudian dibanjiri cara berbeza apabila pelajar pulang dari Timur Tengah.

Kita bersetuju dengan kesyumulan Islam, tetapi manakah yang lebih ketara, antara melanggar Syariat Allah atau melanggar Sunnah Allah.

Kita berseutju bahawa ilmu sains sangat berguna kepada kita, tetapi kita berbeza pada tahap mana perlu diperah otak untuk memikirkan tentangnya.

Kita bersetuju tentang satu warna tetapi tidak bersetuju dengan kecairan warna tersebut.

The list goes on and on, … sehinggakan sebagai rumusan SAYA SANGAT SETUJU DENGAN USAHA USTAZ yang dijalankan selaras idea yang diluahkan di Blog ini, tetapi saya tidak bersetuju dengan kegagalan kita bergerak ke tangga seterusnya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.