Pak Din reply on July 9th, 2009 11:46 am:
@ummualya, Sebenarnya kita bersetuju untuk makan, tetapi tidak bersetuju dengan cara makan masing-masing atau apa yang perlu dimakan.
Kita bersetuju tentang perlunya berTuhan tetapi terdapat perbezaan cara dalam mengabdikan diri dalam berTuhan.
Kita bersetuju tentang agungnya Al Quran, sebagai Kitab Petunjuk, tetapi tidak bersetuju cara masing-masing menterjemahkan ayat-ayatnya.
Kita bersetuju untuk ditarbiah, berdakwah dan bersiasah, tetapi tidak bersetuju dengan cara ianya perlu dilakukan.
Para Ulama juga selalunya bersetuju dengan adanya Tuhan, tetapi yang di Afrika mengadapatasikan fiqh mengikut keadaan di sana, sementara yang di Malaysia pula, awalnya suka dengan satu cara, tetapi kemudian dibanjiri cara berbeza apabila pelajar pulang dari Timur Tengah.
Kita bersetuju dengan kesyumulan Islam, tetapi manakah yang lebih ketara, antara melanggar Syariat Allah atau melanggar Sunnah Allah.
Kita berseutju bahawa ilmu sains sangat berguna kepada kita, tetapi kita berbeza pada tahap mana perlu diperah otak untuk memikirkan tentangnya.
Kita bersetuju tentang satu warna tetapi tidak bersetuju dengan kecairan warna tersebut.
The list goes on and on, … sehinggakan sebagai rumusan SAYA SANGAT SETUJU DENGAN USAHA USTAZ yang dijalankan selaras idea yang diluahkan di Blog ini, tetapi saya tidak bersetuju dengan kegagalan kita bergerak ke tangga seterusnya.
Pak Din yang dihormati;
Saya tidak berani membuat tafsiran semula mengenai agama ini kerana pengetahuan saya yang sempit mengenai ilmu-ilmu dalam Islam; Feqah, Tafsir; Hadith; Akidah dll.
Kehidupan saya jelas kerana saya seorang insan biasa yang PRAKTIKAL. Saya tidak akan mempu mentakwil Al Quran Kalamullah; sebab itu saya menerima jelas perbezaan yang haq dan yang batil sebagaimana ditafsirkan oleh ulama yang haq.
Keupayaan saya menyerap dan membina PEMIKIRAN DAN TEORI sendiri terhadap segala sesuatu di bumi Allah ini telah lama saya simpan kerana memikirkan betapa tinggi dan geniusnya ulama-ulama terdahulu yang telah melakukan perkara yang sama. Dan betapa luasnya ilmu Allah dan tidak mampu saya memahami dengan keupayaan 1MB otak saya berbanding berbillion MB (infiniti) ilmu ALLAH. Kalau analoginya pen drive 1MG tak mampu menyalin 250GB HD komputer. Boleh “hang”..
Siapakah saya untuk mengkaji semula tafsiran dan tinggalan ulama besar yang bijak? Sebijak Imam Shafie yang belajar Al quran di umur 4 tahun; lalu hafiz di umur 5 tahun.. menjadi Qari di Mekkah di umur 9 tahun dan berjaya melunakkan hati keras pendengarnya disebabkan keikhlasan yang terpancar dari bacaannya; pada umur saya masih leka dungu bebal dan hanya mampu berfikir-fikir menyoal hakikat kejadian manusia pada umur yang sama?
Begitu juga imam-imam besar yang lain; seperti Al Ghazali dan Nawawi..belum lagi kebijaksanaan Ibnu Abas yang melampaui usia dan zaman itu..
Saya hanya mampu mengalirkan airmata KETAKSUBAN apabila membaca tentang kebijaksanaan Umar; kebenaran Abu Bakr; kelembutan Othman dan kekusutan dialami Ali yang petah dan disayangi Rasulullah..
Kesimpulannya;
- saya tidak akan mentakwil sesuatu yang saya tidak mengetahui dan berilmu sepenuhnya; antaranya persoalan terjemahan ayat, saya akan hanya membaca tafsir Al Ghazali atau lebih moden Syed Qutb. kerana saya tidak cukup hebat untuk melakukan tamsilan sendiri..
- begitu juga; malah lebih-lebih lagi dalam soal siasah dan dakwah; politik atau akidah; sebab itu saya berpegang pada pandangan Imam-imam tersebut sebagaina diringkaskan iaitu
…bahawa planet bumi kita dan sistemnya ADA pemiliknya; Yang maha Agung dan Maha Bijaksana yang menurunkan Al Quran dan Rasulullah sebagai penyampai dan ikutan. Pemilik alam itu telah memberi kita kaedah hidup syumul dalam bentuk sunnatullah yang diperincikan dalam syariatullah; yang sesuai dengan ROH kita untuk kita ikuti..
Islamlah yang membawa keselamatan dan ketundukan tanpa berbelah bahagi; maka kita WAJIB mengambil kesemuanya; bukan sesuka hati dan diadjust mana yang boleh.
Dengan demikian:-
- saya yakin pemerintah sekarang hanya melaksanakan sebahagian Islam dalam pemerintahannya; bukan syumul sebagaimana Allah swt kehendaki. Contohnya nikah kahwin memang cara Islam; tetapi perundangan jenayah, pendidikan anak muda; hiburan, TV, (ini tidak termasuk akhlak dan peribadi pemimpin yang menerajui kita) langsung tidak Islamik dan tidak syumul. Hiburan dan TV memang kita terjerumus terus dalam kancah yang dipelopori Yahudi dan Nasrani. Allah swt melarang kita mengikuti Yahudi dan Nasrani, diulang2 dan sangat jelas dalam surah Al Baqarah ayat-ayat awal.
- Dalam pentadbiran jua sama – saya tahu (bidang kerja saya); beberapa kaedah pentadbiran yang tiada etika. Contoh:
1. Sebuah sekolah dibina apabila KONTRAKTOR KRONI mendapat persetujuan peneraju negara ini (pada masa tu Menteri Pelajaran – dia sign dan notekan persetujuan atas surat cadangan; lalu surat tersebut dibawa merata ke MOF dan Kem.Pendidikan) dan dipaksa MOF mengeluarkan budget (yang melebihi 10-30% nilai kontrak); di bina di kawasan tiada berpenghuni lagi (tiada keperluan) dan di kawasan tanah milik individu (kroni juga yang menjualnya dengan nilai lebih 40% nilai pasaran)… dan KONTRAKTOR KRONI tersebut menyumbangkan beberapa juta kekocek suku sakat menteri tersebut bagi membantu parti pemerintah dan membantu membeli mercedes..
- Terbaru projek penting di selatan; menggantikan kemudahan wajib yang dialihkan dari pusat bandar.(saya tak mahu nyatakan; nanti jadi isu nasional). Ia diluluskan diatas tanah bertopografi bermasalah yang perlu menggunakan 50% budget dari kos pembinaan untuk “cut and fill” (sedangkan nilai untuk kerja tanah tersebut boleh membeli tanah lain berdekatan). SEBAB – tanah itu milik si A; gengstar non-malay jual VCD haram dan lain2 yang sokong government. Sampaikan MOF berkali2 meeting nak luluskan budget (kerja tanah yang 50% tu sahaja bernilai 40 juta!!!) dan konsultan terkial-kial menjustifikasi harga yang pelik itu. Dalam mesyuarat dengan JKR di KL saya menentang pemilihan lokasi yang salah itu kerana itu kaedah pentadbiran yang sangat lemah dan membazir; tetapi biasalah; ia hanya menjadikan mesyuarat tertangguh. Akhirnya budget dilepaskan jua; kurang dari dipohon; dan tentulah “spec”nya dikurangkan;…
Ianya pengalaman saya. dan banyak lagi yang boleh memenuhkan ruang Pak Din ini kalau saya nak sebut.
Ia bukti bagi saya; terhadap penyelewengan pemerintah; yang saya pendamkan; tidak diberitahu walaupun kepada PAS kerana saya tahu apa reaksi KEBANYAKAN mereka nanti.
Ia bukti bahawa Kerajaan yang memerintah Malaysia menolak Islam.
Sebenarnya bukan mudah untuk melaksanakan Islam sepenuhnya; bukan hanya di Malaysia malah di timur tengah juga begitu. Sistem sekular yang dipelopori Nasrani; diperkemaskan oleh Yahudi menjadi kaedah. Inilah yang berjaya diterapkan British dan lain-lain penjajah kristian di bumi ini; bermula dari kejatuhan Khalifah Othmaniyah di Turki.
Inilah dikatakan jalannya panjang, sukar dan berduri; di peringkat rakyat biasa; dakwah perlu berterusan agar nilai individu muslim meningkat..
Pakdin yang bijaksana; saya sudahi dengan ringkasan –
Saya percaya kerja dakwah dan seruan kepada kebenaran adalah kewajipan saya dalam SKOP yang saya mampu. Dan itulah yang saya cuba lakukan setiap kali. Kegagalan tidak mengapa; asalkan saya berusaha; istiqamah;…
“Kita menzalimi diri kita dengan dosa; sifat ALLAH tidak terkesan dengan dosa kita, kewujudan kita atau kepedulian kita pada Islam dan peraturanNYA. DIRI KITALAH yang memerlukan HASIL dari PERBUATAN KITA DIDUNIA sementara ini.. diakhirnya akan membawa kita ke tempat yang hina atau mulia di akhirat nanti”
Maafkan saya kerana menggunakan ruang yang panjang. Saya mempunyai lebih masa kerana sedang di luar negara. Selalunya di Malaysia saya tidak berkesempatan menulis sebegini.
Maaf zahir batin.
Wallahualam.
Terima kasih Ummu
Sehat rasanya perbincangan ini.
Sebagai permulaan terimalah dari tulisan lama saya di http://sharudin.com/2009/02/14/s82-k14-salam-sultan/
Dari penulisan Sdri Ummu yang pernah saya baca, ketelusan sangat terserlah. Keberanian sangat terdedah. Pengalaman perlu dibedah. Permasaalahan perlu diredah dengan tabah. Kebenaran pasti dapat menyinggah. Kita masih punya masa untuk bercanggah.
Salam pakdin dan ummualya,
Tergerak hati pula nak beri komentar di sini.
“Sebenarnya kita bersetuju untuk makan, tetapi tidak bersetuju dengan cara makan masing-masing atau apa yang perlu dimakan.”
Apa benarkan kenyataan ini pakdin? Membaca yang ini saja pun saya rasa pening-pening. Cara makan kita cara makan Nabi. Apa yang perlu dimakan, yang halal pasti.
Kadang retorik bahasa menyebabkan hijab di hati. Belum pun masuk point yang hendak diberi.
Apa-apapun, teruskan diskusi. Yang penting kebenaran, bukan kemenangan. Justeru, kebenaran itu dari Tuhan, bukan dari cerdik dan pandai kita. Bila kebenaran dari Tuhan, pasti ada cara dan bagaimana ia sampai kepada kita, bukan begitu-begitu saja. Ya tak ummu?
Salam kembali,
Maafkan saya melompat jauh … soalan itu seakan ke arah bertanyakan, apakah haram wang yang digunakan untuk menggajikan ustaz-ustaz kerajaan (Umno) kerana pehak pembangkang (Pas) telah mengatakan meraka tidak mengurus negara cara Islam?
Terima kasih
http://saifulislam.com/?p=6069#comment-56150 Sangat setuju dengan makan yang halalan lagi toyibban itu menjadi terbalik hukumnya apabila terlebih makan.
http://saifulislam.com/?p=6240#comment-56382 Ummu
Dari komen Ummu di atas …
Selaras dengan perjuangan saya, iaitu mulakan dengan tidak menzalimi diri sendiri. Mulakan dengan mengenali diri, akhirnya kita akna mengenal Dia. Alangkah amanya Malaysia, malah Dunia, sekiranya kita mengadili diri sendiri terlebih dahulu, kerana hasilnya yang sudah pasti ialah masyarakat tersebut terdiri dari individu yang kenal diri, yang memuhasabah diri, yang menghilangkan kezaliman dengan mengadili diri.
Selamat berurusan di negara orang, Bumi kita, yang Allah punya.
Untuk menjadi lebih praktikal, saya memilih manhaj Ulil Al Baab
http://sharudin.com/2008/05/21/s011-manhaj-ulil-al-baab/
Jelas di situ dari pentakwilan Ulama’, pentingnya kita memahamai bahawa segala kejadian alam, adalah mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah. Al Quran sebagai Kitab Petunjuk, mengarah dan menunjukkan kita ke arah Kitab Alam, sebagai tarbiah Allah yang teragung.
Dari http://sharudin.com/2009/06/22/s09-butakan-mata-celikkan-minda/#comment-5625
Ayat pertama bicara Ittaquu, taqwa. Ayat kedua, peduli pada anak yatim. Ayat tiga, memang ada kata Fankikhuu tetapi bersyarat, in khiftum, itu syaratnya, keadilan.
Kalau dicermati, fokus pada ayat ketiga ini adalah perlakuan adil dan tidak menelantarkan anak yatim, sedangkan poligami disinggung hanya sebagi pilihan solusi bukan topik utama.
[...] Din pada SA09 Butakan mata, celikkan…Pak Din pada SA14 Setuju dan tidak.Pak Din pada SA14 Setuju dan tidak.Pak Din pada SA14 Setuju dan tidak.Pak Din pada SA14 Setuju dan tidak.ummualya pada SA14 [...]
Pak din;
Terima kasih atas perbincangan yang menunjukkan kepedulian kita.
Semuga ALLAH swt menerima amal kami dan amal kamu.
Wallahualam.
http://saifulislam.com/?p=6164#comment-55717 Syabas semua, tanpa kekental jiwa anda semua, tidak mungkin Muslim akan berjaya. Saya masih melatih diri untuk mengikuti contoh diberikan.
“soalan itu seakan ke arah bertanyakan, apakah haram wang yang digunakan untuk menggajikan ustaz-ustaz kerajaan (Umno) kerana pehak pembangkang (Pas) telah mengatakan meraka tidak mengurus negara cara Islam?”
Pak Din,
Pak Din memang melompat jauh …. :)
“Yang penting kebenaran, bukan kemenangan. Justeru, kebenaran itu dari Tuhan, bukan dari cerdik dan pandai kita. Bila kebenaran dari Tuhan, pasti ada cara dan bagaimana ia sampai kepada kita, bukan begitu-begitu saja”
Saya bukan sahaja setuju dengan kenyataan ini, malah memminta keizinan Sdr untuk saya mengulangi the exact wording used. Samada ia retorik atau tidak, adakah dengan jompatan jauh itu, menggurkan pencarian ke arah kebenaran itu? atau menjadikan saya terus mengenepikan soal keikhlasan?
http://saifulislam.com/?p=6069#comment-56231, Cukup menarik penjelasan diberikan.
Haha Pak Din saya setuju sekali. Asal kita faham, tak mengapa. Biarlah lompat sana dan lompat sini. Apa-apa pun Pak Din kita sama. Meski kadang lain bicara, tetapi matlamat kita tetap sama.
Kita sama, kerana kebenaran itulah yang kita pandang utama.
Oh ya Pak Din sesekali jenguk bacalah blog saya. Berilah pandangan juga meski hanya sekali, jemput ya :) Ummualya juga.
[...] Telah terbit Julai 14, 2009 DARWIN 1 Comment Sebelum ini ada tajuk setuju atau tidak, dan dengan adanya komen berikut, saya ingin menyatakan persetujuan kepada isu yang dibangkitkan. [...]
Insyallah … selepas cooling off mode
Maka semenjak itu, saya dapat menghargai kebaikan manusia dengan lebih selesa. Saya boleh menghargai Al-Ghazzali, Ibn Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, malah jangan terkejut kalau saya katakan, saya juga menghargai beberapa idea Ibn Arabi juga yang seekstrim Hallaj.
Jangan lupa, orang seperti Muhammad Abduh dan Rashid Ridha, mempunyai musuh yang SANGAT ramai. Suasana di zaman itu pula sangat kucar kacir. Usahkan orang awam, institusi seperti Al-Azhar pun mempunyai penentangan terhadap mereka. Maka kalau nak dikumpul, ada yang menuduh Muhammad Abduh sebagai neo muktazilah, zindiq, fasiq, freemason, malah bak kata Ibn Ahmad Shah di atas, berfahaman existentialism. Wow! Terangkat kerusi saya dibuatnya.
Tetapi tiadalah bahtera penyelamat dari kekeliruan semua ini, melainkan kita kembali berlaku adil dengan mengambil pendekatan-pendekatan yang simple tetapi dasar. Iaitu baca sendiri dan kaji tulisan tokoh berkenaan. Jangan dipengaruhi hanya oleh pemujinya, atau pembencinya. Dan fahamilah setiap ungkapan seseorang, dalam konteks beliau, di zaman beliau, dan bukan dari sudut pandangan kita.
http://saifulislam.com/?p=884=#comment-5217
[...] Setuju atau tidak? [...]