Tersurat tersirat.
1. Al Quran adalah Kitab Petunjuk tersurat yang mengandungi pekara-pekara tersirat. Tersurat kerana asalnya datang dalam bentuk tidak bersurat, dan kemudian disuratkan atau dituliskan. Berapa banyak wahyu-wahyu terdahulu yang tidak tersurat, walaupun telah diwahyukan kepada Nabi-nabi yang dikehendaki Allah menerimanya. Selesai satu pekara, tentang tersurat, dengan keadaan-keadaan yang berbeza-beza semasa penurunan dan keadah berbeza semasa pembacaan, seperti keadah ‘al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab’, menjadikan yang tersurat tadi memberikan beberapa kefahaman tersirat. Maka, timbullah pelbagai mazhab kefahaman yang sediaada sekarang.
2. Sebagai Kitab Petunjuk yang hidup, untuk menjadi rujukan sepanjang zaman walau di mana sahaja, Al Quran mengandungi ayat-ayat Mahkamat dan Mutsyabihat. Selain itu ada juga beberapa bentuk ayat yang sifatnya memberikan alternatif, atau mencapai satu tujuan dengan mengikut beberapa cara mencapai tujuan. Dengan itu kepelbagaian cara dapat diserasikan kehadirannya, ibarat makannya kita untuk mendapat kenyang, melibatkan belacan, tetapi orang lain melibatkan minyak zaitun, umpamanya. Jadi kepelbagaian cara itu memberikan warna kehidupan, tanpa mengobankan satu tujuan.
3. Semasa penafsiran atau pemerhatian, sesuatu objek lebih mudah didefinasikan berbanding sesuatu konsep yang tidak berobjek (abstrak). Lebih mudah sahaja bukan mudah, contoh terbaik adalah tujuh orang buta memegang satu objek bernama gajah, dan menghasilkan penafsiran berbeza. Apatah lagi bila sesuatu itu adalah konsep atau sistem, seperti Islam atau demokrasi dan sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai Islam?
4. Hampir dua tahun saya memerhatikan persembahan dari Ustaz, yang Sdri Ummu katerorikan sebagai genius (lupa di mana!), dan Ustaz sendiri mengakui beliau berjiwa mathematik dan sains, tetapi berhati Agama. Pada saya jelas kehadiran konsep dan nilainaya, atau konsep Islam dan nilai Islam. Pada mata kepala ianya lebih mudah memahami konsep, sementara memahami nilai konsep memerlukan pemikiran yang tajam. Bak petikan Ustaz, “Aku ke Paris, nampak …, aku ke Kaherah nampak …”. Perlu kita fahami betul-betul perbezaan kedua-duanya, walaupun ianya hadir pada benda yang sama.
5. Saya kira agak susah menerima kehadiran nilai Islam, kalau kita tidak betul-betul memerhatikannya. Islam itu syumul kerana ‘ramatan lil alamain’. Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah, memastikan yang percaya atau tidak kepadaNya, semuanya mendapat belas kasihan Dia. Semua menadapat limpahan kuasa Dia. Tidak ada sesautu yang boleh hadir dan bergerak atau hidup, tanpa menggunakan kekuasaanNya. Berkicaunya burung adalah nilai Islam, yang melayakkan burung terus ke Syurga. Begitu juga bergoleknya batu adalah nilai Islam. Dunia Allah yang kita rasakan tonggang-langgang ini semuanya Islam, melainkan mereka yang diberikan pilihan sepenuhnya, tetapi tidak membuat pilihan terbaik, dan kemudian dipertanggung-jawabkan dengan pilihan tersebut, selepas dibekalkan dengan cukup akal.
6. Maka tamaddun terbena dari nilai Islam. Kehidupan dimungkinkan oleh Pencipta yang Islam, yang mana CarakerjaNya adalah bernilai dengan nilai Islam. Kita yang menyimpitkan definasi Islam, dengant idak memahami konsep nilai dalam Islam. Kita yang gagal untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menterjemah nilai silam dari sesuatu keadaan. Apa ada pertuakran siang dan malam, pada mereka yang tidak mahu berfikir, setakad dia tahu siang dia bangun cari makan, dan bila malam di tidur bemimpimpikan cari makan. Sehinggakan jalan-jalan (kehidupannya) penuh dengan cari makan, makan selera atau perasaan, dan tidak makanan rohani (ilmu), yang sangat diperlukan.
Dikirim oleh Pak Din 31