Tersurat tersirat.
1. Al Quran adalah Kitab Petunjuk tersurat yang mengandungi pekara-pekara tersirat. Tersurat kerana asalnya datang dalam bentuk tidak bersurat, dan kemudian disuratkan atau dituliskan. Berapa banyak wahyu-wahyu terdahulu yang tidak tersurat, walaupun telah diwahyukan kepada Nabi-nabi yang dikehendaki Allah menerimanya. Selesai satu pekara, tentang tersurat, dengan keadaan-keadaan yang berbeza-beza semasa penurunan dan keadah berbeza semasa pembacaan, seperti keadah ‘al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab’, menjadikan yang tersurat tadi memberikan beberapa kefahaman tersirat. Maka, timbullah pelbagai mazhab kefahaman yang sediaada sekarang.
2. Sebagai Kitab Petunjuk yang hidup, untuk menjadi rujukan sepanjang zaman walau di mana sahaja, Al Quran mengandungi ayat-ayat Mahkamat dan Mutsyabihat. Selain itu ada juga beberapa bentuk ayat yang sifatnya memberikan alternatif, atau mencapai satu tujuan dengan mengikut beberapa cara mencapai tujuan. Dengan itu kepelbagaian cara dapat diserasikan kehadirannya, ibarat makannya kita untuk mendapat kenyang, melibatkan belacan, tetapi orang lain melibatkan minyak zaitun, umpamanya. Jadi kepelbagaian cara itu memberikan warna kehidupan, tanpa mengobankan satu tujuan.
3. Semasa penafsiran atau pemerhatian, sesuatu objek lebih mudah didefinasikan berbanding sesuatu konsep yang tidak berobjek (abstrak). Lebih mudah sahaja bukan mudah, contoh terbaik adalah tujuh orang buta memegang satu objek bernama gajah, dan menghasilkan penafsiran berbeza. Apatah lagi bila sesuatu itu adalah konsep atau sistem, seperti Islam atau demokrasi dan sebagainya yang abstrak. Maka Islam itu sebagai konsep cara hidup, boleh diterjemah secara terus, (apa itu Islam?) atau pun secara tidak terus, yang melibatkan pertanyaan, apa itu nilai Islam?
4. Hampir dua tahun saya memerhatikan persembahan dari Ustaz, yang Sdri Ummu katerorikan sebagai genius (lupa di mana!), dan Ustaz sendiri mengakui beliau berjiwa mathematik dan sains, tetapi berhati Agama. Pada saya jelas kehadiran konsep dan nilainaya, atau konsep Islam dan nilai Islam. Pada mata kepala ianya lebih mudah memahami konsep, sementara memahami nilai konsep memerlukan pemikiran yang tajam. Bak petikan Ustaz, “Aku ke Paris, nampak …, aku ke Kaherah nampak …”. Perlu kita fahami betul-betul perbezaan kedua-duanya, walaupun ianya hadir pada benda yang sama.
5. Saya kira agak susah menerima kehadiran nilai Islam, kalau kita tidak betul-betul memerhatikannya. Islam itu syumul kerana ‘ramatan lil alamain’. Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah, memastikan yang percaya atau tidak kepadaNya, semuanya mendapat belas kasihan Dia. Semua menadapat limpahan kuasa Dia. Tidak ada sesautu yang boleh hadir dan bergerak atau hidup, tanpa menggunakan kekuasaanNya. Berkicaunya burung adalah nilai Islam, yang melayakkan burung terus ke Syurga. Begitu juga bergoleknya batu adalah nilai Islam. Dunia Allah yang kita rasakan tonggang-langgang ini semuanya Islam, melainkan mereka yang diberikan pilihan sepenuhnya, tetapi tidak membuat pilihan terbaik, dan kemudian dipertanggung-jawabkan dengan pilihan tersebut, selepas dibekalkan dengan cukup akal.
6. Maka tamaddun terbena dari nilai Islam. Kehidupan dimungkinkan oleh Pencipta yang Islam, yang mana CarakerjaNya adalah bernilai dengan nilai Islam. Kita yang menyimpitkan definasi Islam, dengant idak memahami konsep nilai dalam Islam. Kita yang gagal untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menterjemah nilai silam dari sesuatu keadaan. Apa ada pertuakran siang dan malam, pada mereka yang tidak mahu berfikir, setakad dia tahu siang dia bangun cari makan, dan bila malam di tidur bemimpimpikan cari makan. Sehinggakan jalan-jalan (kehidupannya) penuh dengan cari makan, makan selera atau perasaan, dan tidak makanan rohani (ilmu), yang sangat diperlukan.
KUALA KRAI 10 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kepimpinan Pas kerana masih belum menyahut cabarannya yang dibuat tiga hari lalu supaya membuktikan tuduhan bahawa UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cabaran itu dibuat kerana Pas secara konsisten membuat tuduhan tersebut walaupun terdapat pelbagai bukti jelas bahawa UMNO memberi keutamaan dalam aspek itu.
“Saya dah cabar di kampung Manek Urai Lama kerana dia kata kita tak perjuangkan Islam dan tak majukan macam-macam hal.
“Saya cabar dia senaraikan dari tempoh 20 tahun lalu sampai hari ini apa rencana pembangunan baik yang berbentuk agama dan sosial ekonomi yang dilaksanakan pimpinan Pas Kelantan.
“Saya nak tahu sebab dah tiga hari saya cabar tapi belum jawab lagi. Cuba senaraikan (apa yang dilakukan Pas) dan saya akan senaraikan juga (apa yang dilakukan UMNO),” katanya sewaktu berucap pada Majilis Mesra Rakyat di Kampung Temalir, di sini hari ini.
Rabu lalu sewaktu berceramah di kubu kuat Pas itu Muhyiddin membuat cabaran berkenaan dan menegaskan bahawa UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah.
Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
Mengulas lanjut, Muhyiddin memberikan satu contoh untuk membandingkan bagaimana kerajaan yang ditunjangi UMNO telah menyediakan peruntukan besar bagi meningkatkan pendidikan sebagaimana dituntut Islam untuk faedah anak Kelantan.
Katanya, Kementerian Pelajaran dalam masa setahun memperuntukkan RM1.2 bilion melalui Jabatan Pelajaran Kelantan manakala belanjawan negeri yang diperuntukkan kerajaan Pas Kelantan pula kira-kira RM400 juta sahaja.
“Satu jabatan kita beri RM1.2 bilion tapi (Pas) untuk urus satu negeri tak sampai 1 bilion, maknanya mereka tiada kemampuan.
“Sebab itu apabila bercakap ‘Membangun Bersama Islam’, itu cuma slogan. Kalau betul-betul nak membangun bersama Islam di dunia dan akhirat, ia mesti berdasarkan kemmpuan yang kita ada,” jelasnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan pembinaan sebuah masjid baru di Kampung Temalir jika penduduk Manek Urai bersedia menerima tawaran menjadi ‘anak emas’ kerajaan Persekutuan dengan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.
Katanya, ia bagi memenuhi permintaan imam masjid berkenaan yang bertemu dengannya secara peribadi selepas menunaikan solat Jumaat hari ini.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
DAP Kedah masuk semula pakatan pembangkang, pusat babi baru di Gurun
ALOR SETAR 10 Julai – DAP Kedah yang mengisytiharkan keluar pakatan pembangkang negeri 10 hari lalu menarik balik keputusan tersebut selepas mencapai kata sepakat dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri pimpinan Pas.
Keputusan tersebut diumumkan Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas berakhirnya perbincangan kira-kira satu setengah jam antara pemimpin DAP negeri dan jawatankuasa parti peringkat di sini.
Berikutan pendirian itu, wakil rakyat tunggal DAP Kedah, Lee Guan Aik yang sebelum ini mengisytiharkan dirinya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkecuali, kembali menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri.
Menurut Thomas Su, hasil perbincangan itu, satu jawatankuasa bersama ditubuhkan melibatkan pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat bagi memastikan setiap perbezaan pendapat yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
Beliau juga menyifatkan segala isu yang mengeruhkan hubungan antara parti itu dengan kerajaan negeri sudah selesai setelah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan rombongan DAP negeri di ibu negara Rabu lalu.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_13.htm
[...] semua dah kawin campur, nak jaga hari kaum lain. Nak jadi juara kebebasan beragama. Tak kan pasal kandang babi sampai nak bercerai? Tak kan pasal selsema babi tak tidur sekatil? (cerita dalam kelambu sikit!). Dulu memang heboh, [...]