Pak Din
27/05/2009 | 11:46 am
5% kanan kiri.
1. Kebarangkalian anak kita mewarisi zuriat kita adalah jauh lebih rendah berbanding mewarisi zuriat kumpulan 128 orang (2^7, leluhur anak kita dalam 7 generasi). Lihat sahaja dalam adik beradik kita, berapa yang serupa? Tidak hairanlah kemungkinan anak kita menjadi seperti kita, dalam segala segi, menjadi sangat tipis. Bertuahlah badan sekiranya dikurniakan demikian, pada masa yang sama bertuah juga badan dikurniakan anak yang tidak sepadan. Terkadang ciri-ciri asas ada di dalam, cuma polarnya berbeza. Contoh cekal dan degil adalah dari akar yang sama, hanya satu ke arah positif dan satu ke arah negatif.
2. Kita boleh mengeluarkan pelbagai pesanan, ulasan dan alasan, akhirnya bagaimana kita beradaptasi kepada evolusi persekitaran yang akan menentukan kesinambungan. Kita boleh merajuk kepada sistem dan sub-sistem yang ada di persekitaran, tetapi akhirnya bagaimana diri kita sendiri merujuk kembali, samada perlu dipujuk atau sebaliknya. Survive-lah mereka yang beradapatasi, kerana Sunnah Allah tentang ’survival of the fittest’ tidak pernah berubah dari azali. Tidak kerana terlalu ramai yang berdoa untuk ianya diubah, Allah memastikan Dia tidak mengubah nasib kaum yang tak mengubah diri sendiri. Maka pujuklah diri beradaptasi kepada sistem dan sub-sistem yang ada tanpa perlu pujukan luaran.
3. Pil pahitnya memang susah nak ditelan. Jiwa mahu berlawan dengan jiwa tahu. Akal mahu bertentang dengan akal tahu. Kedua-dua hujung tahu dan mahu, menghasilkan kombinasi perangai manusia yang pelbagai. Maka bell curve statistik menerangkan 90% adalah arus perdana, dengan 5% di hujung kanan, mewakili terbaik dan 5% di kiri mewakili terhodoh. Persoalannya, adakah kita kenal diri kita, tadi? Berjiwa mahu atau berjiwa tahu? Apakah yang kita persepsikan sebagai berjiwa tahu itu, termasuk di dalam 5% di kanan? atau sebaliknya kita hanya sayap kanan di dalam arus perdana. Kenali diri dahulu, sebelum mengambil langkah pasti.
4. Sistem terbentuk oleh demokrasi ramai. Sebelum adanya demokrasi pangkah di kertas, manusia memangkah dengan kemahuannya. Terbentuklah budaya dan dengan berlalunya zaman, kemahuan itu kemudian diterjemahkan kepada sistem pemerintahan yang ada sekarang, tak kira di mana, di UK atau di UK – Uku Kerting. Banyak saranan resmi, dari Buku Petunjuk, tetapi lebih banyak yang mencadangkan petunjuk sendiri. Sebahagian besarnya membentuk Muslim hari ini. Diberikan Buku Panduan dijadikan buku hiburan untuk mendapatkan pahala. Mencari kedamaian daripada dicungkil kebenaran yang tersirat di dalamnya. Teruslah dia memangkah megah dengan Buku Panduan yang dipersepsinya.
5. 5% yang di kanan kalau bersekolah di sekolah kebangsaan arus perdana (SKAP), sudah pasti dia merana. Pada masa yang sama, survival dia bergantung kepada arus perdana, kerana koleksi bank akaunnya tiada dua sistem kewangan yang berbeza. Kalau dia merajuk kerana silibusnya tak melayan kehebatan mindanya, maka jadilah kebosanan, tak terhingga di SKAP. Tadika OK, UPSR OK lagi, sampai SPM terbentuk jiwa membrontak kerana kemahuan yang dipangkah tak pernah menang. Melainkan ada butang pause yang mengarah dia beradaptasi dengan persekitarnya atau kemas bag dan pindah entah ke mana?
6. Sebagai pengakhir celoteh, sedikit pengalaman saya. Tkt 4 & 5 saya bersekolah asrama arus perdana, kerana tak jumpa yang lain. 6 jawatan setiausaha persatuan saya pegang. Sukan jangan cerita, kaki bangku no satu. Masuk kelas sekali sekala (nak didramakan cerita) kerana chegu yang bawa ke sana ke mari, dah tahu, bawa ke mana pun, dia lulus juga. Entahlah vocab kerja keras bukan untuk periksa, tetapi melayan kerenah persekitaran. Akhirya ke UK , dengan vocab yang sama, kawan lain, 2 tahun A Level, saya lulus ke U tahun pertama. Ketika itu video game ‘katak melompat sungai’ tengah menggila. Sebelum exam itu yang saya terpa, lulus juga. Kena pujuk diri walaupun tak suka, itu bekalannya.