S16 In, Out & On.

1. Sejak dua menjak (?) PPSMI dah dibubarkan ini, kita belajarlah rojakkan bahasa. Sekali sekali kita rosakkan (dari mata menusuk ke kalbu) dengan salah eja. Tapi tanya diri dulu, dapat tak messagenya? Kalau selama ini kita telah rojakkan bahasa dengan perkataan Arab, jadi tidak besar masaalahnya menambah satu atau dua bahasa lain, seperti Inggeris dan Cina. “Alhamdullilah!, Si Ah Long (bunyi along) tu bagi pinjam dengan interest agak rendah”, sebagai contoh. Jadi tajuk ‘in, out & on’ ni Melayunya ialah ‘dalam, luar dan atas’ (DLA). DLA apa? DLA pagar!

2. Ini bukan cerita politik siasah, tapi cerita tarbiyah dakwah, atau pendidikan dan pengajaran. Didik dan ajar bezanya sedikit, yang satu dengan sentuhan rohani, yang satu hanya jasmani. Jadi kalau guru sekolah mengajar itu patut sangatlah, kerana sekarang ini semua dah kawin campur, nak jaga hari kaum lain. Nak jadi juara kebebasan beragama. Tak kan pasal kandang babi sampai nak bercerai? Tak kan pasal selsema babi tak tidur sekatil? (cerita dalam kelambu sikit!). Dulu memang heboh, kalau pergi menyambut Gong He Fat Coy, keluar ayat “lakum deenu kum …”. Sekarang air dah bah, jadi pantai berubah, politik punya pasal, lu, gua, selupa! … hantam saja maa!

3. Bukan duduk atas pagar kerana takut warna dalam atau luar. Yang dalam Melayu, yang luar pun Melayu. Yang dalam kawan kafir, yang luar rakan kafir. Yang dalam Muslim junjung Al Quran, yang luar junjung dengan serban. Yang luar kata dalam kafir, yang dalam bisik luar kafir (dia tak faham sangat!). Ini bukan duduk atas pagar, tetapi hover atas pagar, ibarat Gurdian Counsil, GC (tempat duduk yang berserban besar) di Iran yang mengawasi dua parti, penyokong kerajaan (dalam) dan pembangkang kerajaan (luar), di bawahnya. Di Malaysia ni GC itu sebenarnya ialah Majlis Raja-Raja, tapi ramai yang tak ambil faham.

4. Kalau nak mentarbiah, buat stail Al-Arqam dulu, dengan menjunjung titah Tuanku. Kalau nak mentarbiah tak boleh ambil side, kerana kedua-dua perlu ditarbiahkan. Kedua-dua dah setuju ada Tuhan, ada Al Quran dan ada itu ini, cuma yang dalam tak suka janggut di luar dan yang di luar, tak suka misai di dalam (misai melintang macam pirate, membujur lalu, melintang patah). Masuk sahaja gelanggang, terpasanglah niat mengalahkan lawan, dan seperti saranan Al Quran, yang terbunuh dan dibunuh, kedua-duanya ke neraka, kerana berniat mengalahkan satu sama lain. Sekarang ni disalah-tafsirkan menjadi jihad.

5. Rakyat tidak patut dihasut dengan semangat berkobar mengambil side. Rakyat patut ditarbiah bagi memahami konsep Tarbiyah Harakiyah (Fardu Kifayah, dalam ertikata lain), selepas menanam asas Tarbiyah Ruhiyah (Fardu Ain). Kalau kita ajar memangkah, terutama dengan menakutkan mereka tak pangkah masuk neraka, itu bukan tarbiah namanya. Itu hanya menggunakan naluri semula jadi manusia yang mudah dipertakutkan dengan hantu (sesuatu yang tidak berilmu). Memang sains sosial mengajar tentang mengeksploit soft spot manusia. Jaga hatinya, tertambatlah hidungnya.

6. Kita perlukan tarbiah kebenaran, yang mengajar menggunakan kewarasan akal fikiran. Akal yang menjadi modal asas dari Tuhan, bagi membezakan manusai dari mahluk yang lain. Ini yang perlu ditarbiahkan, bukan perasaan, yang juga ada pada mahluk yang bernama binatang. Memang lebih mudah menyemarakkan semangat dengan perasaan, terutama kalau diapi-apikan dengan hasutan pelbagai ragam. Bila semangat berahi dah teransang, ke lautan api sanggup direnangi, dan kemudian semangat padam tiba-tiba, kerana tidak berasaskan pemikiran.

3 Responses to “S16 In, Out & On.”

  1. Pak Din berkata:

    Walaupun pada dasarnya kita tidak perlu mengetahui bagaimana Allah melaksanakan kerjaNya (melalui SunnahNya), kita mencapai keimanan yang lebih tinggi dengan dapat membuktikan apa yang dipercayai. Kita bernasib baik, saudara kita bukan-Muslim, sebagai saintis, tidak jemu-jemu mengkaji kejadian Alam. Tanpa mereka tidak mungkin kita dapat mengetahui sejauh kini. Saya faham satu masa dahulu, saintist Islam berkembang maju mendahului zaman, tetapi kerana ombak tsumani kepercayaan (tanpa berfikiran kritikal) yang tersebar luas selepas itu, telah memadamkan semangat saintis Muslim, kemudian diambilalih kemajuan oleh sainstis bukan-Muslim.

    http://sharudin.com/darwin/#comment-736

  2. Pak Din berkata:

    Pas tidak tutup pintu – Hadi
    KUALA KRAI 11 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak akan menutup pintu bagi berbincang dengan UMNO dan pihak-pihak lain mengenai Islam.

    Katanya, walaupun pakatan pembangkang berusaha mengukuhkan hubungan kerjasama mereka, namun perbincangan mengenainya dengan semua pihak termasuk UMNO selaku parti yang menerajui pemerintahan perlu terus dibuka.

    Beliau berkata, perbincangan mengenai Islam haruslah berlandaskan tuntutan sebenar ajaran al-Quran dan hadis.

    ”Kita adalah satu bangsa satu agama tapi mestilah kita melaksanakan Islam dan sebab itu kita membuka pintu untuk berbincang dengan UMNO mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan hadis.

    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

  3. Pak Din berkata:

    Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya.

    Penyertaan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam telah meletakkannya sedikit ke hadapan jika dibandingkan dengan gerakan sosioagama dan pertubuhan Islam yang lain, terutama dalam usahanya untuk mewujudkan sebuah komuniti Islam sebagai landasan ke arah pembentukan sebuah negara Islam yang menjadi kemuncak kepada perjuangannya. Meskipun apa yang dicita-citakan oleh Al-Arqam itu , tidak menjadi kenyataan selepas para pemimpin utama ditahan di bawah akta ISA tetapi asas yang dibina oleh Al-Arqam masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Organisasi Al-Arqam barangkali sudah runtuh tetapi asas perjuangannya masih lagi kental terutamanya untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam.

    http://www.ujanailmu.com.my/pd_al.cfm

Tinggalkan Jawapan