Pak Din
04/06/2009 | 8:39 am
Masaalah adalah rezeki.
1. Dah tua-tua ni barulah faham sedikit, selok belok melihat permasaalahan. Tiada syarikat yang mengaji seseorang untuk tidak menyelesaikan masaalah. Masaalah besar, besar udang disebaliknya, masaalah kecil, gerahau diberinya. Yang penting, perlu faham di mana ada gula di situ ada semut, di mana ada masaalah (membuat wang) di situlah terletaknya (potensi membuat) wang. Maka tidak keterlaluan kalau saya simpulkan bahawa masaalah ada rezeki. Musibah perlu menghasilkan muhasabah.
2. Dalam meneliti segala masaalah rezeki jasmani (wang dan harta) akhirnya saya diilhamkan kepada masaalah rezeki rohani (ilmu dan tahu). Lebih kritis minda kita digunakan untuk menyelesaikan masaaalah jasmani, maka secara automatik kita terlatih untuk melihat masaalah rohani. Itulah ang saya alami sepanjang hidup saya. Bermula dari sentiasa berkira-kira dengan perniagaan, rupanya AQ menerangkan bahawa perniagaan terbaik adalah perniagaan dengan Tuhan. Segala modal diberikan, hanya perlu mencari keuntungan sahaja.
3. Kini saya sangat kritis menganalisa apa sebenar Islam itu? Saya ketengahkan persoalan Tuhan yang Islam dan berciri Islam, kepada ramai. Kalaulah AQ mengatakan segala yang berlaku di Alam ini, seperti berlakunya siang dan malam, adalah tanda-tanda kekuasaan Tuhan, maka sudah pasti segala yang berlaku di Alam ini adalah bercirikan perlakuan Islam. ” …. kesemuanya bertasbih kepada Allah”, yang merujuk kepada mahluk yang tidak diberikan akal, seperti binatang, gunung-ganang dan sebagainya.
4. Meneliti permasaalahan Islam dengan lebih mendalam, yang saya kira sebagai satu masaalah besar, saya diberikan rezeki yang besar, berbentuk ilmu dan pengetahuan, untuk memahami dan menghurai perjalanan kehidupan ciptaan Tuhan. Dan segala-galanya itu adalah SunnahNya. Sesuatu yang menerangkan tentang perlakuan zat bernama Allah, yang membentuk segala dengan KuasaNya. Hanya dengan KuasaNya, dan tidak perlukan bahan lain, untuk mencipta manusia dan segala mahluk yang lain. KuasaNya itu yang bertukar menjadi jisim, jirim dan jauhar.
5. Saya sekarang tidak mendapat keizinan untuk menyelesai masaalah besar, yang boleh menghasil rezeki jasmani yang lumayan. Masa telah berlalu buat saya untuk itu, walaupun saya sentiasa mengharapkan masih diberi peluang berbuat sedemikian. Akhirnya sekarang ini saya sedar, bahawa pulangan rezeki yang lebih besar telah diberikan kepada saya, kerana menukar dari melihat permasaalahan berkaitan keluarga, yang saya rasakan terlalu rumit dahulu, kepada melihat masaalah yang lebih rumit, iaitu mengenal sebenarnya Tuhan yang Esa.
6. Tiada masaalah yang lebih besar dari membetulkan persepsai kita tentang Tuhan, yang kita kenal selama ini dengan hanya menghafal Asma’Nya, kepada mengenal Dia dengan memahami SunnahNya. Segala masaalah keluarga dan kerjaya yang dirasakan sangat besar dahulu, menjadi kecil jika dibandingkan dengan permasaalahan mengenal Tuhan hakiki. Semuga Allah terus melipat-gandakan rezeki kepada saya sezuriat. Masih banyak lagi yang belum diterokai, dengan masa untuk meneroka semangkin singkat. Mungkin saya terpaksa menyambungnya di Sana nanti.