S18 Cukup menarik!

Sebelum ini ada tajuk setuju atau tidak, dan dengan adanya komen berikut, saya ingin menyatakan persetujuan kepada isu yang dibangkitkan. Saya harap Sdr hamba99, meizinkan saya menggunakan skrip yang sama sebagai jawapan. Walaupun terdapat beberapa perubahan perkataan, secara keseluruhannyaa saya bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan.

hamba99 reply on July 11th, 2009 12:30 pm:

@Abu Saif, Alhamdulillah, secubit jawapan dari ustaz yang menjernihkan suasana, yang dapat menangkis segala tuduhan, dan macam2 lagi dari para pelawat yang kurang faham, tidak arif mengenai kekhalifahan Islam… sebaliknya meraka hanya guna “akal” semata2, berpaksikan islam sekular, bukan akal yang berpandukan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah yang suci, yang jauh dari segala kekurangan, Maha Sempurna… Ada yang saya lihat, bukan main berapi kata2 nya, guna akal la, logikla,tapi tidak berasas sama sekali….

maaf, saya masih baru, masih belajar, dulu pun saya ahli umno, sehingga hampir2 jadi ketua pemuda cawanganla… itu pun yang mencadangkan ada udang di sebalik mee, tidak iklhas untuk bangsa, apatah lagi agama Allah yang Suci lagi Mulia ni!! Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan yang lurus, baru saya tahu hakikat sebenarnya…. jgn la bercakap berfalsafah2, hakikat itu hakikat ini, tapi tidak mengambil islam secara keseluruhannya… kata islam itu syumul, tp konsep kekhalifahan tak terima.bagaimana tuh? smoga Allah bagi Hidayah dan TaufikNya pada pelawat2 disini semuanya.

Tetapi inilah jalanNya, inilah yang akan berlaku, inilah sunnahtullah yang akan berlaku, akan ada penentangan antara haq dan batil, tetapi yang haq akan menang jua.. pada para pejuang Islam yang tulen, tetapkan hatimu..mohonlah kekuatan dan kesabaran daripadaNya, kerana kekuatan dan kesabaran hanyalah daripadaNya… jalan ini memang penuh liku dan cabaran…. cabaran paling besar adalah dari Orang islam itu sendiri, yakni munafik… sama ada kita menang atau mati syahid di atas jalanNya. itu saja akhirnya kita nanti… antara dua.

PAS itu Islam
Kritik Muslim, bukan Islam
Menjadi Al Baab
Lurus bendul
Tolak Agama = kominis
Tuhan samseng
Undi PAS masuk Syurga
Cari ilmu
pasundi

17 Responses to S18 Cukup menarik!

  1. Pak Din berkata:

    encek_leman reply on July 10th, 2009 10:23 am:

    Salam,

    Saya sebenarnya mengharapkan Ustaz menjawab persoalan-persoalan saya yang diatas. Kerana saya merasakan, saya akan menjadi lebih jelas tentang apa yang Ustaz cuba utarakan bersama ayat-ayat khusus yang Ustaz gunakan.

    Malangnya Ustaz menjawab hanya dengan memberi kaedah al-ibrah bi umum al-lafz laa bi khusus al-sabab. Yang mana pada saya bercanggah dengan artikel. Sebab pada fahaman saya ada diantara lafaz-lafaz yang digunakan adalah lafaz khusus yang mendorong saya menyoal kembali dengan soalan yang khusus juga.

    Lama juga saya termenung memikirkan kembali kata-kata Ustaz yang mungkin sebenarnya salah diri saya yang gagal memahaminya dengan baik. Apa-pa pun saya tidak ingin memanjangkan hal ini . Cumanya untuk mengharapkan pembaca mengambil pengajaran yang umum , Ustaz patut meletakkan ayat yang benar-benar umum. Kerana interpretation dari artikel umum itu boleh berbeza-beza berdasarkan individu. Namun ianya masih lagi umum. Akan berlaku masalah jika kita meletakkan ayat yang khusus dan kita mengharapkan pembaca merujuknya sebagai umum. Contohnya diantara ayat-ayat dalam artikel Ustaz atau ayat-ayat dibawah didalam jawapan-jawapan komen Ustaz :-

    “Ada pun PAS vs UMNO, perbezaan antara keduanya adalah BESAR dan tidak terjejas oleh maksiat orang PAS dan taat orang UMNO.”

    Maka tidak hairanlah kalau ada yang memberi komen sehinggakan Ustaz terpaksa menjelaskan maksud sebenar Ustaz dalam perkataan dibawah:-

    “Tajuk artikel ini bermaksud manhaj salaf amat tinggi dan mulia. Pandangan-pandangan yang tidak tepat dalam politik berpunca daripada individu, bukannya kecacatan manhaj. Itulah isi utama artikel ini.”

    Ayat Ustaz itu lebih mudah dihadam berbanding ayat-ayat Ustaz yang bersimpang siur didalam artikel yang agak memeningkan orang-orang seperti saya.

    Bagaimanapun mungkin kedhaifan saya sebagai seorang manusia yang salah dalam memahami artikel Ustaz. Tapi tak mengapalah, mungkin saya boleh tak bersetuju dengan Ustaz dalam hal ini. Tapi saya tetap akan menjadi salah seorang yang akan berdiri kukuh dibelakang Ustaz dalam usaha Ustaz memartabatkan agama ini. Itu lebih penting. Cuma saya harapkan artikel umum itu biarlah benar-benar umum supaya jelas dapat difahami maksudnya . Dan biarlah kita lebih mengutamakan Agama berbanding bias kita pada parti. Walaupun saya memahami Ustaz sebagai seorang yang agak ’sastera’ dan ‘berseni’ . InsyaAllah saya boleh faham kerana saya juga mempunya jiwa seni yang baik , cuma saya jadi tidak senang bila saya jadi berlebih-lebihan dalam ’seni’. Yang pastinya Allah lebih memahami hati-hati kita. Semoga diampunkan kesalahan-kesalahan kita yang tidak sengaja.

    Bagus juga sebenarnya isu ini, saya mungkin tidak bersetuju dengan artikel Ustaz bersama sedikit prejudis terhadap Ustaz kerana berbezanya gaya pemikiran saya dan Ustaz. Tetapi yang bagusnya saya lebih terkesan kata-kata TGNA diatas dalam suratnya kepada PM berkenaan hal debat. “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS” . Pada saya PM sangat-sangat patut menjawab persoalan ini , jangan membiarkan persoalan itu tergantung. Terutamanya buat orang-orang seperti saya yang masih kelabu-kelabu asap dalam politik. UMNO perlu menjelaskan pendiriannya dengan jelas terhadap Islam . Dan PAS perlu bergerak dengan gerakan yang selari dengan tuntutan Islam selepas telah ditetapkan dasar yang jelas itu.

    Akhir kata saya memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran bahasa dan kesilapan dalam memahami maksud Ustaz. Tapi ketahuilah sedikit sebanyak perkara ini berjaya membangkitkan rasa sayangnya saya kepada Ustaz sebagai seorang saudara Islam yang mana sebelum ini agak kurang kerana berbezanya pemikiran kita. Banyak benda-benda baru yang saya belajar disini. Dan biarlah ia terus menjadi rahsia saya. Saya juga faham bahawasanya tidak ada masalah untuk kita berbeza dalam hal yang dibolehkan untuk kita berbeza , yang lebih penting kita tetap bersatu sebagai saudara dalam usaha memartabatkan agama. Dan saya setuju dasar PAS terhadap agama lebih jelas berbanding dasar UMNO yang kabur terhadap agama. Yang menjadikan saya melihat keduanya sama adalah, bila datang kepada pelaksanaan. Mungkin saya terlalu mentah dalam hal ini. Tapi saya hanya mengukur dengan kadar ilmu agama yang ada pada orang awam seperti saya.

    Semoga Ustaz terus diberi kekuatan untuk berjuang dan berkarya dengan bakat yang ada. Cuma kurangkan ayat-ayat yang dapat menjadikan pembaca memahaminya sebagai bias kepada mana-mana parti / pertubuhan atau tokoh.

    Ampun maaf dipinta sekiranya terdapat salah silap dalam berbahasa .

    Dari saudaramu.

    Wassalam.

    http://saifulislam.com/?p=6069#comment-55697

  2. manatuhanallah berkata:

    ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

  3. [...] anjuran sekolah hari Sabtu dan saya mula hantar Ana tution hujung minggu. 9. Teguran menarik dari pengunjung SIO tentang berfalsafah dan berhakikat. 10. [...]

  4. adros1428 berkata:

    Komen saya lebih kepada ragam umum pengunjung sesuatu YG/Blog, yang lebih menampakkan bahawa ramai (mereka yang muslim) yang masih tidak ‘sampai standad’ kefahaman yang diperlukan walaupun mereka sendiri sudah banyak menulis atrikel dan berjawat sebagai guru?

    Kes 1: disalah satu YG tersohor – seorang milis yang sudah banyak menulis dan mem’forward’ artikel yang tidak kurang menarik, tetapi akhirnya masih bertanyakan soalan asas seperti: siapa pula mereka yang bergelar “muttafakun’alaih” itu?

    Kes 2: Respon dari SMS yang saya hantar untuk verifikasi arah Qiblah pada Jul 16 @ 5.28ptg (di Msia), lalu dijawab semula ‘mahu cek dimana’?

    Ini baru kes-kes soalan mudah! Belum lagi menyentuh soal-saol yang jauh lebih tinggi dan serba mengelirukan, seperti diatas…

  5. Pak Din berkata:

    KEBENARAN ISLAM VS KRISTIAN

    Masalah seperti ini juga membabitkan isu kebenaran Islam dan Kristian. Saya tidak boleh secara mudah menyebut, “agama yang benar adalah Islam, manakala Kristian itu batil dan sesat, tempatnya di neraka!”. Mengapa tidak? Sebabnya mudah. Hampir 20 orang daripada anak murid saya yang ibu mereka Kristian manakala bapa mereka Muslim. Dengan menggunakan peruntukan perkahwinan bersama ahli Kitab, jumlah penduduk di Belfast yang mengahwini perempuan Kristian tempatan agak signifikan.

    “Imam, saya rasa emak saya yang Kristian lebih baik akhlaknya berbanding ayah saya yang Muslim. Takkanlah mak saya masuk neraka!”, kata salah seorang anak murid saya.

    Habis, apakah jawapan yang dapat saya berikan? Hakikatnya memang begitu.

    http://saifulislam.com/?p=325

    • Pak Din berkata:

      Penulis turut memuji akhlak penganut Kristian di gereja.

      “Sewaktu kami membuat tinjauan ini, kami berasa amat kagum melihat akhlak mereka yang hadir.

      “Mereka sangat menghormati satu sama lain dan sangat mudah mesra kerana mereka sangat berpegang kepada konsep kasih sayang dan hormat menghormati,” tulis Muhammad Ridhwan.

      “Mereka turut berjabat tangan dan diikuti dengan senyuman yang manis dengan kami apabila paderi memberi arahan ramah dan mesralah bersama saudara-saudaramu.”

      http://malaysiakini.com/news/108518

  6. [...] Selain itu ada juga beberapa bentuk ayat yang sifatnya memberikan alternatif, atau mencapai satu tujuan dengan mengikut beberapa cara mencapai tujuan. Dengan itu kepelbagaian cara dapat diserasikan [...]

  7. [...] manusia terlalu yakin dengan apa yang dibacanya. Kalau yang dibacanya itu mengemukakan ciri-ciri orang munafiq, over confident pasti akan mengatakan bahawa orang lainlah yang munafiq, sedangkan diri sendiri [...]

  8. Pak Din berkata:

    Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan

    http://drmaza.com/home/?p=674

  9. [...] dihantar ke Asrama dan Rin mengeluh, peruntukan disekat. 6. Apa nak dirisaukan orang mengatakan kita munafiq, kalau TG telah selalu takfirkan orang lain. 7. Offline Explorer (OLE) adalah satu projek [...]

  10. [...] 3. Di awal 90an, ketika saya aktif mendengar ceramah di Mesjid, saya mengalu-alukan perbezaan pendekatan Pas Umno semasa berceramah di Mesjid. Kini setelah memahami yang tersurat dan yang tersirat (konsep Islam dan nilainya), pendekatan menakut-nakutkan dan tidak menggunakan cara intelektual, hanya menambah kekotoran cara berpolitik, bagi parti politik yang menggunakan taktik begitu. Kalau dahulu … Terganggu fikiran untuk menghabiskannya. Kesimpulannya di sini. Asal di sini. Diam tanda setuju. Taubat sambal belacan. Cukup menarik. [...]

  11. krulayar berkata:

    Assalamualaikum…

    Ruangan Soaljawab LayarBahtera (web manatuhanallah) telah dibuka. Sesiapa yang tak menyempat-nyempat nak mengajukan persoalan, sila layari:

    http://krulayar.wordpress.com/

    Terima Kasih.

    Krulayar,
    Pak Malik

    • Pak Din berkata:

      Terima kasih berkunjung Pak Malik

      Belum sempat baca habis pandangan yang ada di sana, tetapi apa yang paling menarik perhatian saya, bukanlah tentang Kiamat (kemusnahan kita) tetapi dari mana, siapa, mengapa dan ke mana.

      Terbaca saya komen pembaca berbunyi,

      “LB/MTA mempunyai pemikiran tareqat di dalam bercerita tentang Zat ALLAH. Sedangkan Zat ALLAH tidak boleh dicerita oleh sesiapa.

      Kita boleh melihat Zat ALLAH ketika di Syurga nanti, insya ALLAH. Itu pun bergantung kpd amalan masing-masing.

      Apa-apa yg ada di langit dan yg ada di bumi adalah Kerajaan ALLAH semata-mata, dan bukan Zat ALLAH. ALLAH yg menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi dlm 6 masa.

      Kesemua makhluk ALLAH bergantung sepenuhnya kpd Kudrat dan Iradat ALLAH. Walaupun makhluk ALLAH berbuat kejahatan sekalipun, tetap makhluk ALLAH memerlukan ALLAH.”

      Dan Pak Malik mungin tidak selari dengan pendapat itu, dari jawapan yang diberikan,

      “Tiada ulasan dari LayarBahtera, namun begitu keimanan sesuatu ilmu yang berpandukan al-Quran hendak terendam dalam hati sejak sekecil usia lagi, dengan kepercayaan yang hakiki pada satu tujuan tanpa mencari selain al-Quran sebagai rujukan ilmuan diri untuk generasi akan datang atau pun sekarang. Hal ini lazimnya diremehkan oleh seseorang individu itu untuk menambah ilmu agar disanjung-sanjung, ramai lebih selesa dari bacaan komik-komik atau analisa-analisa kajian barat dan sebagainya untuk rujukan diri dan disebarkan sehingga terlupa kitab yang terbaik dan terunggul sepanjang zaman adalah AL QURAN.”

      Pada saya, KEHEBATAN Al Quran dan Kitab-kitab yang sebelumnya (termasuk Suhuf) tidak dapat dinafikan dan pentingnya peranan yang dimainkan olehnya sebagai Kitab Petunjuk. Kehebatan itu adalah untuk diterjemahkan kepada kehidupan kita. Kitab Petunjuk berfungsi menunjuk kepada kebenaran. Kitab Petunjuk di hadirkan bersama Nabi-nabi untuk manusia dapat memehami Kitab yang lebih besar. Kitab Petunjuk perlu dirujuk untuk kita mencari jalan keluar pengkajian ke Kitab Alam, Kitab Pertama yang Allah berkan kepada mahluknya, bersama Alam ini. Maka kalaulah Kitab itu hebat dengan 6236 ayatnya, maka Kitab Alam, lebih hebat dengan bilangan ayatNya yang tidak terkira banyaknya. Manhaj Ulul AL Bab menghubungkan keduanya.

  12. krulayar berkata:

    Assalamualaikum…

    Ruangan soaljawab layarbahtera (web manatuhanallah) telah dibuka. Kepada sesiapa yang masih tidak sabar-sabar hendak mengajukan persoalan sila layari :

    http://krulayar.wordpress.com

    Terima kasih.

    krulayar,
    Pak Malik

    • Pak Din 31 berkata:

      Dalam kefahaman yang kita miliki mengikut turutan agama sehingga mencari siapa diri ini untuk untuk sembahan ilahi, wajar kita miliki pegangan dan ikutan antaranya ikutan agama yang sedia ada sekarang ini untuk menuju destinasi. Sekiranya kita fahami, dalam kitab-kitab seringkali diterangkan perihal kiamat, dan kita manusia beragama untuk yang punya milik. Adakah hakikat berkenaan milik kita? Atau kita diwajibkan melakukan demi agama atas dasar ketaatan kepada rasul-rasul? Sememangnya ada yang mencari hakikat insan di sebalik agama berkenaan sehingga kita kenal diri sebagai insan sejati milik diri, namun kita jangan lupa bahawa diri ini masih dimiliki oleh Si Pemilik yang memberi masa dan waktu untuk kita.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.