Pak Din reply on June 3rd, 2009 9:41 am:
@hambatan sufi,
1. Banyak poin menarik dalam penyampaian Cikgu Sufi. Yang keras akan menjadi lembut. Sesetengah style perlu diubah, saya setuju, walaupun tidak bererti semua sikap keras, tidak berpsikologi, yang kita persepsikan tidak bersesuaian, perlu dibasuh bersih. Kepelbagian yang belajar dan persekitaran mengajar, memerlukan penyesuaian. Bukan soal keras atau lembut seseorang guru yang dipertaruhkan, tetapi bagaimana seorang guru itu dapat beradaptsi (menyesuaikan) cara dengan suasana. Tidak kira apa latarbelakang guru, bila berada dalam mode mengajar, dia dapat menyesuaikan cara mengikut keadaan.
2. Ustaz sebagai pengajar juga kelihatan begitu. Bukanlah saya bersifat judgemental, dalam konteks negatif, tetapi beradapatasi itu isu asasnya ialah making judgement kepada persekitaran. Memang egoistik adalah cara 80an sebagaimana pop-ye-ye adalah cara 60an. Tetapi hilangnya semua karektor yang Chegu nyatakan diatas dialam pengajar, akan hanya menimbulkan karektor yang serupa dikalangan yang diajar. ‘aku lebih tua’ dijawab dengan ‘dunia muda dunia aku’ oleh yang diajar, ‘aku lebih berilmu’ ditukar menjadi ‘dunia berubah’, sebagai menyebut beberapa contoh dari 1001 yang dapat dikeluarkan oleh pelajar sekarang.
3. Peliknya sebahagian dari kita (’anda’) adalah membawa erti hadirnya sebilangan yang perlu menangani situasi yang PELIK hari ini. Entah berapa kali dah kita baca dan dengar, guru disaman kerana menegur atau menghukum pelajar. Pasti ada dikalangan guru yang menyalah-gunakan kuasa, tetapi tidak kita perhatikan sikap pelajar dan penjaganya, jauh lebih banyak menyalah-gunakan kelembutan dan cara psikologi yang digunakan dewasa ini. Mereka sentiasa mencari kesempatan (loop-hole) di dalam perundangan, untuk menghalalkan penentangan. Timbul mat-rempit dari pemikiran sempit dan perundangan yang tersepit.
4. Ustaz berjaya menarik julat kepelbagaian suasana. Tambah menarik adalah dikaitkan dengan pengalaman lama yang beliau ada. Julat semakin besar dan saya faham kalau Ustaz selalu disalah-ertikan oleh persepsi pembaca, kerana dalam membaca, emosi pembaca menterjemah tulisan penulis. Penulis ke kiri, pembaca ke kanan dan sebagainya. Kepelbagaian suasana yang Ustaz paparkan mengamit, kepelbagai tarian, irama dan warna dalam respond dan komen yang diberikan. Bertemulah si lembut dan si keras, terkadang bertemu buku dan ruas. Masing-masing tak puas, kalau tak dapat memulas, sehingga suasana menjadi panas. Jangan kita tambah pula bahawa semuanya ganas.
5. Ustaz boleh bercerita tentang dendam kesumat, selang sehari kemudian lembut gigi dari gusi. Kemudiaan timbul ciri-ciri gergasi. ‘Penidur professional’ yang skor A semua subjek, macamana chegu nak sama-ratakan tindakan, melainkan dalam kem ketenteraan. Datang pula yang menceritakan dengan pelbagai kerenah, lembut dan keras, sebagai ucap-balas. Pendek-kata berbagai warna kehidupan diceritakan. Ada yang pakar mengenal isi dan kulit, tak kurang juga yang termakan kulit. Tak semua cerita pengalaman pahit, tak semua cerita pasal tersepit, memang banyaknya hanya menyelit (koman biasa-biasa aja)
6. Saya selalu mengingatkan diri, “I have the right to remain silence, anything I say, will be produce in the Court of Al-Law …” Pada masa yang sama, peringatan tiga cara, tangan, mulut dan minda. Sesungguhnya menegur dengan minda (hati) adalah terlemah iman, bermakna di bawah itu hilang imannya. Dalam keterpaksan dan kesuntukan waktu, terkadang lembut keras, jadi tak menentu, ketika fikiran menajdi buntu, bagaimana cara hendak membantu, masyarakat yang takutkan hantu (persepsi) dari terus jalan melulu, tanpa mahu berfikir dahulu. Tup-tup, jadi orang ulu.
Dikirim oleh Pak Din 31