Pak Din
08/06/2009 | 12:09 pm
1. Cantik dan berkesan olahan Ustaz kembali kepada persoalan asas. Yang terjerit-jerit kepada pemain di padang, kalau diberi kasut, berani ke mereka turun padang? Persoalan ini sudah didengar berkali-kali dan seharusnya sentiasa di kumandangkan. “Golongan bijak pandai, banyak pandangan, banyak kritikan tidak serius dengan kritikan mereka dan selesa berbahas dari jauh hingga kalam beransur menjadi hipokrisi tatkala teguran tidak datang dengan cadangan, jalan keluar dan penyelesaian.” Pedas sekali, tetapi itulah kita selalu sediakan air suam di sebelah, kalau tahu nak makan sambal.
2. Peringatan yang diberikan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi atau sesiapapun, sememangnya benar. Tamadun tidak dibena oleh was-was atau boleh-ke-tidak. Sejarah besar terbena atas keyakinan persepsi seseorang. Ya … hanya perlukan persepsi dan kita berpegang kuat kepada persepsi itu. Kebenaran tidak menjadi rencah utama membena kemajuan yang kita capai sekarang ini. Dunia modern dengan segala kecanggihan peralatan dan pemikiran, semua berasaskan kepada keyakinan. Ilmu sains hanya mula berkembang pesat sejak 200 tahun dahulu, tetapi tamadun besar sudah berusia ribuan tahun.
3. Penerangan Ustaz tentang Bank Islam yang mengambil 30 tahun untuk diterima ramai adalah jawapan terbaik. Hasil dari sakit hati pemain, ditegur kaki bangku, dicampur dengan kaki bangku sebenar yang hanya tahu menjerit, dan beberapa faktur persekitaran lain, menghasilkan sesuatu bernama Bank Islam. Tetapi tidakkah kita fikirkan bahawa Bank yang Islam itu, hanya berperanan sebagai mengagih (distribution) kekayaan, sedangkan yang diperlukan ialah Ekonomi Islam. Masih terlalu jauh untuk mencapai ekonomi Islam sekiranya, kita selalu disajikan dengan fakta bahawa ekonomi kita berkait dengan ekomoni Dunia atau lebih ketara ekonomi Barat.
4. Setelah melalui zaman berumur 30an, dimana sebagai orang jenis A tidak tahu berdiam diri, sentiasa mahukan tindakan, saya akhirnya menghabiskan umur 40an menganalisa kenapa kegirahan mengambil tindakan di umur 30an tidak menghasilkan yang terbaik, walaupun jasmani ketika itu, daya-tolak ketika itu pada tahap maksimum. Rupa-rupanya semasa saya berumur 30an, ada orang berumur 40an, 50an dan seterusnya. Mereka yang banyak bilang umurnya tidak punya daya-tolak yang tinggi, tetapi mereka punya daya-tahan lain yang menentukan keadaan. “punya wang untuk menerbitkan …” Mereka yang punya wang merasakan ada lakunan lain yang lebih perlukan keutamaan.
5. Apapun, penat menolak idea ketika 30an, tidaklah menajdi sesuatu yang sia-sia belaka. Akhirnya ia akan mengumpul pengalaman. Akhirnya setelah penat, dan masuk kelab 40an dan ke atas, dan berkemungkinan dari bekerja untuk wang, menjadikan wang bekerja untuk dirinya, pandangan menjadi berbeza. Sekurang-kurang itu pengalaman saya, mungkin tidak pada yang lain. Dari tertarik skrip pengarah, saya lebih tertarik dengan skrip Pengarah. Dari lakonan di depan kamera, terasa pula kita membawa kamera setiap hari, ke hulu ke hilir. Memang kita rasakan ada kepentingan mengubah lakunan di depan kamera, tetapi Kamera yang dua itu tak pernah off.
6. Bukanlah nak memperkecil semangat yang besar. Pada masa yang sama tidaklah dapat ditolak begitu sahaja keperitan mengumpul pengalaman. Gabungan daya-tolak dan daya-tahan perlu pupukan. Resultant kepada kedua daya itu menentukan hasil. Kata Newton, yang memetik Kitab Alam. Perlu dingat 30an hanya 1/7 dari keseluruhan (berdasarkan purata sampai ke umur 70). Teruskan perjuangan. Teruskan penulisan. Begitu juga terus ketidak-puasan kepada keadaan. Kerana itu sahaja yang akan memastikan bersemangat meneruskan kehidupan. Kita semua dalam perjalanan dan belum samapi ke destinasi. Kehidupan itu sebuah perjalanan bukan sebaliknya.