SA49 Permata 814 & 815.

Ogos 31, 2009

Permata 814.

63-1

63-1


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?

Permata 815

63:5

63:5


[5] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

[6] (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, samada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik.

[7] Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

[8] Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


SA48 Petikan Puasa 6 – Virus ketuhanan parah.

Ogos 31, 2009

Tiada tanda H1N1 tukar bentuk jadi virus lebih teruk
30/08/2009 8:27pm

PULAU PINANG 30 Ogos — Tiada tanda-tanda virus Influenza A(H1N1) berubah bentuk menjadi virus lebih teruk di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sentiasa memantau perkembangan wabak itu dan tidak ada laporan mengenai perkara itu dimaklumkan kepadanya.

“Sehingga sekarang ia masih virus A(H1N1) dan belum ada perubahan baru kepada virus itu dikesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog antara MCA dan persatuan-persatuan masyarakat Cina di Pulau Pinang di sini hari ini.

Virus ... tak virus, beli ... kena beli!

Virus ... tak virus, beli ... kena beli!


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kewujudan influenza yang lebih teruk daripada A(H1N1) yang boleh menyerang paru-paru dan menyebabkan sakit yang teruk kepada orang yang dijangkiti.

Liow berkata, walaupun tiada jangkitan virus A(H1N1) jenis teruk dicatatkan di negara ini, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan dengan pasukan khas mengadakan ujian saringan berkala.

“Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya terdapat penularan virus jenis teruk itu dan di peringkat ini semua pihak diminta menjaga kesihatan dan kebersihan serta mematuhi langkah berjaga-jaga yang disarankan kementerian,” katanya. – Bernama

———–

TGNA kata yang plastik tu ialah yang memisahkan agama (muslim) dari iman (mukmin) … tetapi yang lebih parah ialah apabila Muslim yang Mukmin, hanya melaksanakan Rukun Islam dan Iman, tetapi tidak menterjemah Rukun Ikhsan sebagai ‘adanya kehadiran Allah bersama, ketika melaksanakan 2 Rukun di atas’. Inilah virus ketuhanan, mengenal hanya pada Nama dan tidak pada Hakikat.


SA47 Petikan Puasa 5 – Tahniah Ustaz.

Ogos 30, 2009

Dari B-POP

Dari B-POP

Dari B-POP.

“Ada yang kata ia drama dakwah, drama Islamik dan sebagainya. Ini sebenarnya sangat subjektif. Sebagai penerbit, saya menyerahkan kepada penonton untuk membuat penilaian. Saya mungkin beranggapan lain, begitu juga pengarah, penulis skrip dan penonton.

“Cuma, apa yang boleh saya perkatakan, drama ini bukan sekadar mahu menghiburkan penonton, sebaliknya mahu memberikan kesedaran melalui mesej-mesej positif yang disampaikan. Saya mahu penonton di luar berfikir apabila menontonnya nanti,” katanya.

Menampilkan Fizo Omar, Ashraf Muslim dan Tengku Tiara Yasmin Sofea sebagai pelakon utama , Cinta Sempurna dijangka mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi menggunakan penulis skripnya, Zabidi Mohamed sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi dua bukunya, Tersungkur Di Pintu Syurga dan Al-Maunah.

“Inilah percubaan pertama beliau, yang juga bekas peguam Al-Arqam menulis skrip. Ia diadaptasikan dari pengalaman hidup pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasri sebelum ini pernah menceritakan kisah benar itu di blognya (http://saifulislam.blogspot.com).

“Sebenarnya, ramai tidak tahu blognya itu dilayari kira-kira 40 juta pelayar dari seluruh dunia, jauh lebih ramai dari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ustaz Hasri memang popular di luar (negara), malah sering dijemput untuk berceramah ,” katanya.

Cinta Sempurna berkisarkan dua beradik, Shila dan Najib yang dihantar bersekolah di London oleh ibu bapa mereka kerana tidak mahu terkongkong dengan kehidupan masyarakat tempatan yang begitu kuat berpegang kepada tuntutan agama.

Tahniah sekali lagi Ustaz HAJ, belum sempat menonton siri itu.


SA46 Permata 812 & 813.

Ogos 30, 2009

Permata 812.

62:6

62:6


[6] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!

[7] Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

[8] Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Permata 813.

62:9

62:9


[62:9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

[62:10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

[62:11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.


SA45 Ulangtahun kedua SDC.

Ogos 29, 2009

1. Hari ini genap 2 tahun saya memulakan blog ini, Sharudin.com – SDC, dengan motto, “Falsafah Carakerja Allah”. Biarpun ia mirip seakan berfalsampah, memetik kata-kata yang tak bersetuju dengannya, ulangtahun kedua ini, saya masih mengatakan bahawa itulah tujuan blog ini dimulakan, iaitu untuk mengetahui bukan Carakerja Allah, tetapi lebih kepada memahami bagaimana Pencipta mencapai tujuanNya untuk dikenali, selaras Hadis QudsiNya, “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali, maka Aku menciptakan”.

2. Perincian Carakerja Allah terlalu luas cakupannya. Terlalu rumit dan mendalam perbahasannya. Ilmu sains yang menjadi alat untuk mengkaji CarakerjaNya, sangat rumit dan sentiasa berkemabang, untuk dapat difahami sepenuhnya. Tiada satu zarah yang wujud dan bergerak di Alam ini, tanpa diketahuiNya. Tiada sesuatu berlaku (di Alam ini), dan tiada kekuatan (untuk mahluk) melalukan sesuatu, tanpa kehadiran tenaga dariNya. Segala-galanya adalah milik Dia dan dalam ilmu dan pengetahuanNya. Tiada Tuhan melinkan Allah, dan tiada yang wujud dengan haq (atas diri sendiri) melainkan melainkan Allah.

3. SDC adalah percubaan saya untuk terus mengkaji dan memahami CarakerjaNya atau SunnahNya. SunnahNya tidak pernah dan tidak akan berubah, seperti mana dinyatakan di dalam Al Quran. Segala kejadian di Alam ini, seperti pertukaran siang dan malam, bertiup angin dan sebagainya, merupakan tanda-tanda kehadiran daya, kuasa dan tenaga dariNya. Segala kejadian ini, merupakan kajian yang terkandung di dalam ilmu sains. Dari tidak mengetahui apa-apa, Allah telah mengajar manusia melalui KalamNya (Kitab Alam) segala yang manusia perlukan. Malangnya tidak ramai yang merasakan ia satu keperluan dalam mengnaliNya.

4. Saya memulakan bolg dengan isu evolusi kerana evolusi merupakan puncak kepada ilmu sains terkini. Mengetahui asal usul manusia khasnya dan makhluk lain amnya, akan menterjemah keperluan untuk mengenal Dia sebagai Pencipta. Tidak timbul proses evolusi itu terpisah dari kehendak Allah, bagi mereka yang berpendirian tegas. Hanya apabila kita terlalu mudah terpengaruh dengan andaian orang lain, dan mengambil kesempatan, untuk mengeruhkan keadaan, maka termsuklah kita kedalam golongan orang yang menidakkan evolusi, sebagai proses yang dipilih Allah dalam melaksanakan CarakerjaNya.

Arwah K Marx ... tiada seorang manusiapun yang menghasilkan isi tanpa kulit

5. Hanya kerana dendam kesumat yang tidak berasaskan ilmu dan pengetahuan yang mendalam, Muslim telah ditarbiahkan oleh manusia, agar mengenepikan proses evolusi. Saintis yang mengkaji Carakerja Allah dicemuh dan terus diabai kajiannya. Bukan sahaja Muslim tidak dapat menjalankan kajian sendiri ke atas proses evolusi, saintis yang menjalankan kajian turut menjadi sasaran. Begitu juga ilmu tentang evolusi, yang memberikan manfaat itu diketepikan, atas sebab pengkajinya tidak percayakan kewujudan Tuhan. Saya melihatnya bahawa, tiada kiatan rapat antara yang dikaji melalui pembuktian, dengan dipegang melalui kepercayaan seseorang.

6. SDC tidak menafikan kepentingan memahami cara kerja makhluk, terutamanya manusia. Sains Sosial dan yang setara dengannya, adalah jawapan terbaik kepada persoalan cara kerja manusia. Apa yang perlu diteliti ialah dasar cara kerja manusia itu, samada berasaskan akal fikiran atau berasaskan akal perasaan. Sudah pasti, SS yang digubal Barat (kerana Muslim tak mampu menghasil kajian awal, selalunya) berjaya, kerana ianya diolah berdasarkan kepada fakta bahawa lebih ramai manusia berhubung melalui perasaan berbanding melalui akal fikiran. Pembudayaan Carakerja Allah perlu diterap dalam cara kerja manusia.


SA44 Mood Puasa.

Ogos 29, 2009

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Dari sejarah mood berpuasa bermakna,

1. 2 Ram 2H – Peristiwa Badar. Tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar.

2. 10 Ram 6H – Pembukaan Kota Mekah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar Perjanjian Hudaibiah.

3. 25 Ram 9H – Khalid Al Walid merunuthkan Berhala al ‘Uzza, terdiri dari 360 patung sekeliling Kaabah.

4. 28 Ram 92H – Pembukaan Andalus (sepanyol), Tariq bin Ziyad dihantar Bani Umaiyah menawan Andalus.

5. 15 Ram 658H – Tentera Islam mengalahkan Tentera Mongol.

Mr. G. Khan

Mr. G. Khan

6. 15 Ram 1294H – Tentera Islam dari Dinasti Uthmaniah dipimpin Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia.

Nampaknya apa yang saya boleh lalukan, hanya perang nafsu sendiri.


SA43 Petikan Puasa 4

Ogos 28, 2009

Patahkan saja semangat keris! (cerita lama .. 1 bulan)

Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa “negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”.

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa “kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

“Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu”.

————–

Tuhan tidak bersalah membuat ciptaan – cerita baru.

Allah berhak membuat ciptaannya dan kita tak boleh menyalahkan Tuhan jika ciptaan itu telah dijadikan suatu bentuk yang lain.

Dalam kes arak misalnya, memang ‘wine’ itu datang daripada anggur. Tetapi, bukankah manusia itu sendiri yang telah merumuskan bahan-bahan, menyusun ramuan, menyediakan resipi untuk menukar anggur menjadi minuman keras yang memabukkan, mengkhayalkan dan akhirnya menimbulkan lain-lain kesan pergolakan di dalam masyarakat?

Diriwayatkan ketika British mula mewujudkan ladang-ladang dan menjadikan kaum India sebagai pekerja mereka di Tanah Melayu, mereka membuka warung todi dan hasilnya, kebanyakan kaum minoriti itu telah banyak menderita kerana arak itu. Keadaan sama saja di China. Tapi, di sana British memperkenal madat, dadah dan candu.

Dari sana ...

Dari sana ...


Ya, rumah tangga jadi bergolak dengan sebab arak. Dan, banyak pemanduan yang sepatutnya selamat telah pun terbabas di jalan raya dengan sebab diserang kemabukan menggila ini.

Diriwayatkan, ulamak Bani Israel, Barsisha pernah juga cuba disesatkan oleh Iblis tapi rencana mereka ini tak pernah berhasil. Akhirnya, menurut maklumat risikan yang berjaya dicuri dari langit, ulamak ini mati dengan sebab arak.

Maka, berusaha keraslah syaitan dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan Barsisha dengan arak. Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa murid-murid Barsisha ini sudah dapat terbang ke langit. Wallahu’alam.

Apa yang penting, kisah ini menunjukkan bahawa sehebat-hebat manusia itu, akhirnya telah dikalahkan dengan arak. Dan, tiba-tiba, ada seorang kenalan yang pertahankan pentadbiran Mahathir yang meluluskan arak, lalu seolah-olah dia telah ‘menyalahkan’ Tuhan sendiri sebagai Zat yang mencipta anggur. Hal inilah yang menyebabkan kita sedikit beremosi.

Islam mempunyai sikap dan pendirian yang jelas mengenai arak ini. Tapi, anggur ini tidak pernah diharamkan. Anggur boleh dijadikan minuman lain yang tidak memabukkan juga. Anggur boleh dikeringkan menjadi kismis.

Kita juga pernah membeli kismis dalam kotak kecil dan kononnya kismis itu daripada California, Amerika, sebuah negara yang mana rakyatnya terbiasa dengan tabiat melanggah arak.

Di negara beriklim empat musim, arak diminum sedikit untuk memberikan kehangatan kepada tubuh. Ini bermaksud ada alasan untuk mereka minum. Tapi, di Malaysia yang tidak bersalji, tiada alasan untuk minum atas nama menghangatkan tubuh melainkan ia adalah sejenis acara untuk bersosial, berfoya-foya dan berparti mengikut budaya Barat.

Kesimpulannya, bukan salah anggur, salah kita sendiri yang mengolah ramuan, menggubah adunan dan meramu resipi anggur sehingga menjadi minuman keras yang memabukkan.

Bukan salah dadah. Dadah boleh digunakan secara bijaksana untuk proses rawatan. Bukan salah bom C4 ketika meletupkan tubuh Altantuya. Bom C4 itu boleh meletupkan alat senjata Israel jika Ahmad Zahid berani mengusik Ehud Barak.

Allah tidak bersalah. Tapi, manusia itulah yang bersalah kerana menyalahgunakan C4, dadah dan anggur. Wallahu’alam.

Syaitan juga …


SA42 Surah Al Jumu’a.

Ogos 27, 2009

62:1

62:1

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[62:1] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[62:2] Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Rahmatal lil 'Alamin

Rahmatal lil 'Alamin


[62:3] Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[62:4] (Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.


SA41 Petikan Puasa 3.

Ogos 26, 2009

Kontrak solat 5 waktu
Posted on November 25, 2008 by sulaiman
Solat itu hubungan peribadi manusia dengan Allah, ia umpama bercakap dengan Allah. Solat adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu solat cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.

Allah sayang kita umat Muhammad, bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Asalnya Allah bagi 50, tapi setelah Nabi Musa nasihat, tinggal 5 waktu – kerana mengikut pengalaman dakwahnya manusia tak mampu siapkan projek 50 waktu solat. Allah kurangkan kontrak dari 50 waktu solat ke 5 waktu tapi bayarannya sama. Allah bagi kita berbagai kontrak seperti solat dan puasa agar kita dapat kedudukan yang tinggi di syurga.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari )

An-Nisa[4:103]…Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya

Waktu-waktu Solat:-

Baqarah [2:238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk

Al-Israa’ [17:78] Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Gelincir matahari – Zohor dan Asar

Gelap malam – Maghrib dan Isya’

Hud [11:114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
masjidil-haram-mekah-saudi-arabia[1]


SA40 Petikan Puasa 2.

Ogos 25, 2009

Dari Utusan

Dari Utusan


Hukuman sebat ditangguh kerana tiada jurusebat
25/08/2009 4:21pm

PUTRAJAYA 25 Ogos – Hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguh kerana Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai jurusebat bertauliah untuk laksana hukuman syariah, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -

Utusan

Eh, eh, eh … semua puasa kot?

Sana sini ramai guru tak bertauliah, yang akhirnya menyebabkan perpecahan ummah … tak apa!

——————-

Tangguh sebat cetus debat
Oleh Nik Sukry Ramli & Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
Ramai bercanggah pendapat Jaip tunda rotan Kartika

KUALA LUMPUR: Tokoh agama serta pemimpin masyarakat dan politik bercanggah pendapat berhubung keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno berhubung kesalahan meminum arak.

Sesetengah pihak menyifatkan keputusan itu boleh menimbulkan tanggapan negatif di kalangan masyarakat, manakala ada pula menganggap penangguhan itu wajar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah.

“Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan.

“Alasan yang dikemukakan cukup rapuh, saya fikir ada pihak berasa serba salah untuk melaksanakannya, sedangkan pesalah terbabit sendiri sedia menjalani hukuman ini, malah mahu ia dilaksanakan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Jaip menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika yang sepatutnya dilaksanakan minggu ini, sehingga menimbulkan kekecohan selepas model sambilan itu berkeras mahu dibawa ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Bekas Yang Dipertua Yadim, Datuk Dasuki Ahmad, juga berpendapat hukuman itu seharusnya diteruskan walaupun pada bulan Ramadan bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang syariah.

“Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan pesalah sedia menerima hukuman terbabit, apa salahnya jika melaksanakannya walaupun di bulan Ramadan. Tujuan kita hendak mendidik bukannya mendera.

“Kita perlu jelas dari segi hukuman apakah ia bertujuan untuk mendera atau menghukum. Perkara ini diheboh-hebohkan dan ia bukan saja menjejaskan imej Islam, malah menampakkan kita ingin melakukan penderaan,” katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, pula menjelaskan tiga aspek perlu diambil kira sebelum membuat keputusan menangguhkan hukuman terbabit, iaitu pesalah, pemerintah atau pelaksana undang-undang dan masyarakat.

“Pertama pesalah menerima keputusan mahkamah dengan penuh keinsafan dan penghargaan sepatutnya diberikan kepada beliau. Satu pahala besar akan beliau peroleh sekiranya bertaubat nasuha.

“Kedua, Nabi Muhammad SAW sewaktu menjatuhkan hukuman terhadap perempuan yang mengaku berzina, pernah menangguhkan hukuman itu sehingga wanita terbabit bersalin kerana tertuduh sudah insaf dan sedia menerima hukuman. Pandangan masyarakat juga perlu diambil kira supaya orang ramai tidak melihat Islam itu zalim.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris, berkata keputusan Jaip yang meletakkan asas pada Ramadan bagi menangguhkan hukuman terhadap Kartika perlu dihormati.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini.

“Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah. Jika kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan undangan atau melalui fatwa oleh ulama, bolehkah tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim.

“Dalam al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan, apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya. Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita 2009, beliau berkata, penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini.

“Kami di kementerian sentiasa mengikuti perkembangan kes ini dan tidak mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan itu.

“Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim,” katanya.

Shahrizat berkata, Kartika juga masih mempunyai ruang untuk meminta semakan semula hukuman yang dijatuhkan itu, namun kementerian dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk memaksanya berbuat demikian.

“Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak.

“Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita,” katanya.


SA39 Permata 810 & 811.

Ogos 24, 2009

61:7

61:7


[61:7] Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang dia diajak kepada memeluk Islam dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

[61:8] Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[61:9] Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Huraian di Kelas (dah tersirat belum tersurat).

Permata 811 (24/8/09 Mon)

61:10

61:10


[61:10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[61:11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[61:12] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.

[61:13] Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

[61:14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.


SA38 Petikan Puasa 1

Ogos 24, 2009

Syaitan tak bersalah menjalankan tugasnya, kita yang tergoda dan tidak menjalankan tugas, bagaimana nak jtuhkan hukum?

Baca dan fikirkanlah ini …

Syariah court judge says Kartika’s detention is illegal
2009/08/23

Aniza Damis

KUALA LUMPUR: The order to detain part-time model Kartika Sari Dewi Shukarno in prison for the execution of a syariah whipping sentence is ultra vires, said a senior Syariah court judge.

Terengganu Chief Syariah Judge Datuk Ismail Yahya said if the government went ahead with the detention and whipping, it might open itself up to a suit.

“Kartika can sue. This is because her detention, and subsequently the whipping, is illegal,” he said, one day before
Kartika has to surrender herself to the authorities at Kajang Women’s Prison to receive six lashes of the rotan for consuming alcohol.

Although Kartika was sentenced to a fine of RM5,000 and six lashes, she was not given a jail sentence. However, prison rules say that only someone who is a prisoner can be whipped.

The only way for her to end up in jail is if she doesn’t pay her fine. But from what I understand, she has paid it.

“So, this means that there is no way that the whipping sentence can be executed,” said Ismail.

On Tuesday, Pahang syariah deputy public prosecutor Saiful Idham Sahimi applied for a warrant of arrest to detain Kartika in prison for seven days.

Kartika will be released after the punishment is served.

Pahang Syariah High Court judge Datuk Abdul Rahman Yunus, who had sentenced Kartika to the initial punishment, approved the application.

Ismail said neither the judge nor the DPP were following procedures.

“If there was a need for Kartika to be jailed, the DPP should have appealed for her to also be given a prison sentence. The DPP did not do this.”

Ismail questioned how a warrant could have been applied for without a jail sentence.

“The judge has given the wrong direction and the DPP has made the wrong application.

“If the prosecution wants to appeal the sentence, they should file a notice of appeal. But the appeal should be heard by a different judge.”

Ismail said he had raised the issue with other judges and legal officers.

“What we want to achieve is justice, not just trying to mete out punishment.”

Senior law lecturer Professor Shad Saleem Faruqi agreed that what Rahman did was illegal.

“The judge is functus officio, that is, his role came to an end as soon as the trial ended.

“He cannot handle the case any more. Once he has pronounced the sentence, the matter is closed.

“We’ve got a lacuna, that is the person who is to be whipped must be jailed.

“According to the law, nobody can be deprived of his life or liberty, except by the law.

“In this case, the law came to an end when the trial ended.”

Shad said in giving out the detention order, what the judge was doing was giving Kartika a second sentencing.

“The judge imposed only two punishments. He cannot now turn around and impose a third punishment.

“This is illegal. It’s almost like double jeopardy.”

Shad added that Article 7 of the Federal Constitution stated that if a person had been convicted of an offence, he or she could not be tried again for that offence.

“Kartika was not sentenced to jail initially.

It would be unjust for the court to impose a new penalty.

“Only the Syariah Appeal Court can deal with this matter now. So, the DPP should appeal to have the sentence increased. But the judge of the first instance should not be increasing the sentence himself. That is wrong.”

Although in Islamic jurisprudence it was permissible for a syariah judge to rectify an error himself, Shad said that was not the case with the Malaysian legal system.

Anything that involved the prisons came under federal law.

Islamic Development Department (Jakim) legal adviser Mohd Zulbahrin Zainuddin, however, refuted the idea that the warrant was an additional sentence.

“It is not a warrant of arrest. It merely requires Kartika to surrender herself to the Kajang Women’s Prison on Monday.

“She has to show up on Monday. The prison has seven days to implement the whipping.

“If they do it early in the week, then the prosecutor can apply for a warrant for her to be released. She doesn’t have to stay in the prison the entire seven days.

“So, it’s not a jail sentence. It’s not the same as normal prisoners, who are made to work.

“Kartika will just be detained. The prison is just a place for her to wait,” Zulbahrin said.

He added that since Kartika had not appealed the conviction within the stipulated 14 days (which ended on Aug 3), the prosecution applied for the sentence to be executed and the court issued the warrant.

According to Zulbahrin, Section 125 (4) of the Syariah Criminal Procedure Act 2002 allowed the court to order her detention.

“If Kartika wants to object, she has to go to the Syariah High Court and file an appeal. Since she has not done so, it is considered a straightforward case.”

Shad, however, disagreed.

“I’m not impressed with the argument that this is not a prison sentence.

“Please ask any husband whose wife is being detained whether he thinks it’s not imprisonment.

“This attitude is totally insensitive to human feelings. The law should not be absurd.”

Shad said what was planned for Kartika seemed to be neither detention nor a jail sentence.

This is because a person detained on suspicion of committing a crime is held in a remand centre, while a convicted person is held in a prison.

“There are only two types of detention: remand and prison.

“It can’t be remand because Kartika was convicted. And it can’t be imprisonment because she was not given a jail sentence.”

Shad said since the whipping sentence could not be executed, the courts should give Kartika the benefit of the doubt.

He also urged the prison authorities to express their inability to do the whipping.

Shad said the punishment meted to Kartika was cruel and disproportionate to the crime.

Citing Surah Shura, Verse 40, Shad said Islam demanded that the punishment be equal to the offence.

“For a Muslim girl who drinks beer in public to get a RM5,000 fine, six lashes of the rotan and now jail is too much.

“A custodial sentence is not right. She should be given rehabilitation instead, and advice. This is more appropriate.”

Shad said it was “morally reprehensible” to use Kartika’s punishment as a lesson for other Muslims who might consume alcohol in public.

Kartika, 32, committed the offence on July 12, 2007, at a nightclub in Cherating. She was arrested with two others by the Pahang Religious Department officials in a raid. Kartika pleaded guilty and chose not to appeal.

Akhirkata, susah juga nak hukum orang bersalah, tetapi terlalu mudah nampaknya untuk mengkafirkan orang.


SA37 Permata 808 & 809.

Ogos 23, 2009

61:1

61:1

[61:1] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[61:2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

[61:3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

[61:4] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Huraian di Kelas.

Permata 809.

61:5

61:5


[61:5] Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka).

[61:6] Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang jelas nyata!


SA36 Permata 806 & 807.

Ogos 22, 2009

1. Alhamdullilah menjelang Ramadan tahun ini, Kelas Permata menamatkan Surat Al Mumtahanah, di Juz 28. Siri 806 membaca ayat-ayat 7 – 9, sementara Siri 807 dengan ayat-ayat 10 – 13. “[60:8] Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

2. bla bla bla

3. [60:10] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri) dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami)

Life is a game?

Life is Allah's game?

4. bla bla bla

5. Selamat berpuasa dan beramal soleh.

6. Selamat berbuka dan bertrawikh.


SA35 Petikan terhebat 3

Ogos 22, 2009

Petikan dari SIO.

1. Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

2. Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

3. Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

4. Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Dari SIO

Dari SIO

5. Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

6. Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Kesimpulan pemetik, “Tanpa disedari kita semua adalah ahli SIO – Sceptics In Operations”


SA34 Petikan Terhebat 2.

Ogos 21, 2009

Kehebatan TGNA.

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dan dipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutan kenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawa penyokongnya ke syurga.

Nik Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu membuat kenyataan tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dulu dan berikutan itu beliau sedia berdepan pihak berkenaan bagi memberi penjelasan.

“Dia (Jawatankuasa) dengar laporan surat khabar, kenapa tak tanya saya dulu. Nak penjelasan, bagi surat pada saya atau jumpa saya bila-bila masa. Menjadi kewajipan, seorang pendakwah macam saya berdakwah, saya pegang kerajaan ini (Kelantan) atas dasar dakwah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Menyambung kerja Nabi

Menyambung kerja Nabi? - kata beliau

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau tidak akan berhenti daripada bercakap mengenai perkara itu dan terpulang kepada semua pihak sama ada mahu mendengarnya atau tidak.

Mengenai kenyataan pelbagai pihak yang menyifatkan kenyataan terbaru beliau itu keterlaluan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau sedia menerima kritikan secara terbuka jika disertakan dengan hujah.

Mengulas lanjut isu berkenan, beliau menjelaskan, jalan bagi seseorang ke syurga atau neraka memang bukan ditentukan manusia, sebaliknya hanya Allah SWT.

“Yang menentukan jalan syurga neraka ini Allah SWT. Yang memberitahu kepada kita ialah Nabi Muhammad SAW. Bila nabi wafat, tugas itu disambung alim ulama. Saya bukan menentukan syurga neraka, cuma menerangkan. Nak dengar, dengar… tak nak dengar, dia punya pasal,” katanya.

Ditanya mengenai desakan pelbagai pihak supaya tindakan diambil terhadap beliau, Nik Abdul Aziz berkata: “Kerana apa? Tak ada apa, tapi kalau boleh dia mari sendiri atau beri surat kepada saya, yang pentingnya jalan syurga neraka ditentukan oleh Allah, manusia tiada hak, jadi saya sambung kerja alim ulama… kerja nabi.”

Beliau turut mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa dasar yang diamalkan Umno selama ini adalah salah berikutan tindakan mengasingkan agama dengan politik.

Komen pemetik,
7-23Hebat, hebat TGNA, satu panduan yang sangat berguna untuk kehidupan saya, menjelang 50. Apapun, saya menzalimi diri sekiranya tidak menggunakan akal kritikal mengikut arahan manusia.
[23] Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.


SA33 Petikan Terhebat.

Ogos 20, 2009

Dari Berita Harian

Dari Berita Harian

Dr M ‘bangga’ kebolehan MB Kelantan

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai ‘seorang yang lebih daripada manusia biasa’ kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.

Justeru, bekas Perdana Menteri berkata, beliau ‘berbangga’ dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu memandangkan tiada manusia biasa lain dapat berbuat sedemikian.

“Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa.

“Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata.

“Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap.

“Jadi, saya ‘berbangga’ dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia,” kata Dr Mahathir sinis pada sidang akhbar selepas Konvokesyen Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), di sini semalam.

Diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir berpendapat perkara itu tidak perlu.

“Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka,” katanya.

Nota pemetik, “Saya juga turut bangga, melihat DMM merasa bangga, dengan kebanggaan pengikut TG, yang rata-rata bangga dengan kenyataan tak masuk Syurga itu. Sama-sama kita berbangga.”


SA32 Hadhari, Adahari & Dahlari.

Ogos 20, 2009

Berbagai definasi Islam yang telah kelihatan. Antara disebutkan 3 yang menarik. Tidak dinafikan semuanya ada menyerap nilai-nilai Islam, kerana hanya dengan Islam dan nilainya, dapat membena tamadun Dunia.

a. Definasi Islam Hadhari, dengan 10 prinsip teras (kanan).
Islam had
b. Definasi Islam Adahari.

c. Islam Dahlari (yang menentukan siapa masuk Syurga)
1. Yang tidak tahu tentang Islam, tak mengapa kalau mereka memburukan Islam.
2. Menjual Islam untuk kepentingan politik adalah sebahagian dari fi sabillilah.
3. Apakah perlu berpisah hanya kerana mereka nak kandang babi?
4. Bukan sahaja tiup lilin, malah pegang lilin.
5. Kritik, kutuh dan kata dijadikan fatwa, petua dan fakta.

10. Tuhan samseng.

Rumah di sana.

Rumah di sana.

Beliau berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

Dengan ini, Islam yang diperjuangkan oleh 124,000 Nabi-nabi itu adalah terbaik, dengan Al Quran sebagai Kitab Petunjuk dan Alam Semesta sebagai Kitab Pembuktian.


SA31 Surah Mumtahanah 4-6.

Ogos 18, 2009

N Ibrahim mencari Tuhan hingga ke bulan bintang!

N Ibrahim mencari Tuhan hingga ke bulan bintang!

1. Sambungan dari Surah Mumtahanah semalam, Kelas meneruskan ayat 4 – 6, yang menceritaka tentang Nabi Ibrahim, “[6] Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

60-62. Setiap kali menyentuh Nabi Ibrahim, saya ingatkan anak-anak betapa pentingnya memmahami kisah Nabi Ibrahim dan keturunannya. Isteri tua, yang melahirkan Bani Israel, melalui Nabi Ishaq, sementara isteri muda melahirkan keturunan Bangsa Arab melalui Nabi Ismail. Nabi Ibrahim merupakan Nabi yang disebut oleh ketiga-tiga Agama Yahudi, Kristian dan Islam. Nabi Ibrahim dan keluarga juga disebut di dalam Tahayaat Solat. Bapanya adalah seorang pembuat patung berhala.

3. Jelas disebut “contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah”. Surah Al Baqarah [2:285] mengingatkan, “[285] … Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya … ” Ini mengingatkan kita bagaimana pentingnya memahami bahawa syariat Islam itu dibawa oleh ramai Nabi-nabi terdahulu, berbilang bangsa dan keturunan, bermula dari Nabi Adam as sehinggalah Nabi terakhir, Nabi Muhammad saw. Kesemua 124,000 nabi-nabi ini memainkan peranan dalam menyampaikan Islam dan nilainya.

Tentang hati di SIO

Tentang hati di SIO


4. Kecenderungan Muslim sekarang ialah membeza-bezakan keturuanan dan bangsa Nabi-nabi yang diikuti dengan mengenepikan nilai Islam yang dibawa mereka. Hasilnya ialah Muslim yang mengamalkan Islam pada jasad sahaja dan tidak menghidupkan nilai Islam yang sebenar. Tanpa memahami roh Islam, agak sukar mencapai matalamat kesyumulan Islam, sebagai satu Agama merangkumi kehidupan Dunia dan Akhirat, serta mengenali Pencipta kehidupan.

5. Satu fakta yang hars diingat ialah dengan pendewaan kepada Nabi Isa, sebagai contoh, tidak menjadikan Nabi Isa terkeluar dari senarai Nabi Allah yang wajib dikenali. Hanya pengikut Nabi Isa yang terlalu taksub dan mendewakannya, yang bersalah dan tidak Nabi Isa sendiri. Semua Nabi-nabi Allah maksum dalam ertikata, tidak pernah mengulangi kesalahan yang sama kali kedua, apabila telah diberitahu oleh Allah tentang kesalahan yang dibuat mereka.

6. Memahami sejarah keseluruhan Nabi-nabi dari awal hingga ke akhir, akan memberikan pandangan menyeluruh, betapa Islam itu adalah Agama yang mengutamakan tauhid kepada Tuhannya, iaitu mengenal Tuhan Pencipta Alam Semesta. Sebagaimana disimpulkan di dalam Al Quran bahawa Sunnah Allah itu tidak pernah berubah sejak zaman berzaman, sementara syariat yang diberikan tidak begitu rupanya. Islam adalah Agama berTuhan yang sentiasa hidup dan sesuai untuk semua masa dan tempat.

Mars lander?

Mars lander?


Kalaulah Nabi Ibrahim lahir di zaman ini, sudah pasti dia terlibat mengetuai Projek Meneroka Mars ini!


SA30 Kelas Permata 803

Ogos 18, 2009

Cicak baca jam di SIO

Cicak baca jam di SIO

1. Kelas semalam memasuki Surah Mumtahanah (60) dengan membaca ayat 1 – 3. Surah ke 3 dalam Juz 28 ini hanya mempunyai 13 ayat yang sebahagiannya agak panjang. Ayat mulanya sangat jelas tentang engkarnya Muslim sekarang, “[1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu …”

2. Mengambil sempadan tunjuk ajar dari TG, kedua-dua Ulamak Terkeno dan Melepas, sama sahaja, “macam kominis” dan macam-macam lagi. Na’uzubiLlah.

3. Ayat ke 3 juga menarik (semua ayat-ayat Al Quran adalah menarik) untuk diperingatkan kepada semua, “[3] Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu) dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan.”
60-3
4. Perlu diketahui juga bahawa Al Quran perlu dibaca secara menyeluruh, sebagai contoh ayat di atas, perlu diimbangi dengan ayat yang menegaskan bahawa sebagai manusia berakal, “Lindungi dirimu, dan keluargamu dari Api Neraka” dan beberapa ayat lain yang meletakkan tanggung-jawab penuh kepada ketua keluarga untuk memastikan setiap ahli keluarga memahami Islam, terutamanya tentang mengenal Allah sebagai Pencipta Alam ini.

5. Tidak menajdi masaalah sebenar, sekiranya hidup kita diuji dengan resah gelisah, kerana tanpa ujian sebegitu keimanan yang dipegang adalah tidak teruji dan sangat rapuh. Menjadi masalah besar sekiranya jiwa kita tidak ditarbiahkan untuk merasai warna kehidupan, sebagaimana alpanya jasmani yang tidak pernah sakit menjadikan jiwa tidak kenal pada penyakit. Apapun potensi Akhsanul Takwim yang ada perlu dicapai, dengan sentiasa mendedahkan jiwa kepada ujian resah gelisah dan takut harap.

Tasik dari kawah gunung berapi berhampiran Medan.

Tasik dari kawah gunung berapi berhampiran Medan.


6. Biarlah kehidupan kita berasaskan kepada berfikir dengan perasaan, daripada sebaliknya cenderung kepada berperasaan tanpa berfikir. Atau perasaan mengusai pemikiran. Ianya sama seperti mengatakan kehidupan Dunia lebih baik dari kehidupan Akhirat. Sesungguhnya kehidupan Akhirat adalah lebih baik dan kehidupan Dunia memerlukan yang terbaik (dengan mengenal Allah melalui CarakerjaNya, bukan hanya NamaNya).


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.