1. Tiga kali tajuk ini berubah, dan saya rasakan itu menunjukkan betapa pekanya Ustaz keapada keadaan dan kemudian menyesuaikan tajuk kepda keadaan. Sudah pasti tajuk terakhir, “Engkau Belum Saling Mengenal Tanpa Kembara” membawa makna tersendiri yang luas dan mendalam. Tidak dapat dinafikan, pengembaraan bersama adalah jawapan kepada soalan mencari dan mengukur keserasian.
2. Lihat sahaja contoh terbaik dalam kehidupan menghadapi ujian Tuhan. Pengembaraan kehidupan, suami iateri adalah ujian pengembaraan terbesar bagi seseorang semasa di Dunia, yang daripada hasilnya, akan menentukan ukuran kejayaan pengembaraan bersama itu. Yang kalah melaksanakan tanggung-jawab bersama akan berpisah di tengah jalan, yang mana dingatkan bahawa antara pekara halal yang paling Allah tidak suka adalah penceraian suami isteri.
3. Di dalam apa sahaja kerja kita lakukan, terdapat unsur keseronokan dan pertanggung-jawaban. Cinta di waktu remaja, sebagai contoh, selalunya hanya melibatkan unsur keseronokan, menyebabkan banyak kegagalan dalam pengembaraan suami-isteri semasa berumah tangga, yang selalunya disebabkan oleh hanya mengharapkan unsur keseronokan dalam melaksanakan tanggung-jawab tersebut.
4. Maka tidak hairanlah keluhan Ustaz dalam isu pengagihan tugas semasa pengembaraan, menjadi sesuatu yang membebankan. Ramai yang mengharapkan unsur keseronohkan sahaja, tanpa mahu melibatkan diri di dalam unsur yang satu lagi. Saya melihatnya keseronokan adalah fungsi perasaan, sementara memikul tanggung-jawab adalah fungsi akal, sekiranya ia memerlukan hasil berkesan.
5. Satu pekara yang selalu perlu diingatkan ialah hadirnya rohani kepada segala jasmani. Kalau ada pengembaraan jasmani, maka ada juga pengembaraan rohani. Kalau ada dua unsur dalam pengembaraan jasmani, maka dua unsur tersebut juga ada disebalik pengembaraan rohani. Pengembaraan rohani melibatkan pemikiran dan minda, untuk bersama-sama menghasilkan kesimpulan tentang sesuatu isu dikemukakan.
6. Memberikan idea ke dalam blog, juga merupakan satu pengembaraan rohani atau pemikiran. Kita menuangkan apa yang tersirat di minda kepada ayat-ayat yang menyurat hasrat di hati. Besama-sama mengembara dengan membincangkan isu yang di kemukakan adalah satu bentuk pengembaraan rohani. Mungkin ramai juga yang menulis untuk keseronokan, tetapi saya pasti pelawat SIO datang untuk unsur pertanggung-jawaban kepada Tuhan. Kepada idea yang dikeluarkan, untuk melambangkan akidah pegangan.

Dikirim oleh Pak Din 31