SA26 Lihat dan buat.

Ogos 13, 2009

Pak Din reply on August 3rd, 2009 9:38 am:

@amirul,
Aduhai Sdr Amirul,
Dah biasa (melihat) maksiat sangat berbeza dari dah biasa (membuat) maksiat!

1. Dengan pengalaman yang luas melihat maksiat berleluasa, sepertimana telah banyak Ustaz rakamkan dalam atrikel di SIO, memungkinkan Ustaz mencari jalan penyelesaian kepada ketagihan Muslim membuat maksiat itu. Keseluruhan konsep memberi, yang Ustaz kemukakan dalam dakwahnya adalah dengan cara yang terbaik (berhikmah), bukan hanya untuk orang yang ingin memperbaiki keislamannya, tetapi juga buat mereka yang telah biasa melakukan maksiat, seperti disebut tadi.

2. Saya melihat tekanan yang Sdr rasakan, yang kemudiannya cuba dikurangkan dengan menuduh “pokoknya x paham Islam n dah biasa dgn maksiat.. ” bukanlah cara terbaik untuk mengeluarkan diri dari ketidak-pastian mencari kebenaran hakiki (kekeliruan yang ada pada Sdr tentang Islam yang HAQ). Ia mungkin membantu melegakan perasaan tertekan Sdr, tetapi masih tidak menjadikan seseorang berada di arah yang betul untuk mencari kebenaran.

Bila dah tumbang, kita akan nampak akarnya!

Bila dah tumbang, kita akan nampak akarnya!


3. Mereka yang menjadi baik (atau merasakan diri menjadi baik), disebabkan persekitaran (atau zuriat) yang baik, tidaklah sehebat mereka yang menjadi baik, selepas dapat keluar dari persekitaran yang kurang baik. Begitu juga mereka yang terpaksa menjadi baik kerana keadaan memaksa mereka menjadi baik, bukan dari kesedaran diri sendiri. Pengalaman yang kurang baik ini, yang boleh dijadikan contoh sempadan dan tauladan, dalam menjalankan dakwah seterusnya.

4. Skrip yang Ustaz tulis untuk drama ini, adalah merupakan rakaman pengalaman Ustaz memerhatikan kerenah manusia (Muslim) melakukan kemungkaran. Kalau Ustaz mengambil pendekatan menutup mata (atau berpaling muka) kepada kemungkaran yang berlaku di persekitaran, bagaimana Ustaz mahu mencaritakan contoh terbaik semasa menyampaikan dakwahnya. Mungkin contoh yang dibawakan, tanpa pengalaman melihat sendiri, akan dikatakana sebagai plastik (tidak logik atau direka-reka).

5. Bagaimana agaknya Sdr boleh bertanyakan tentang ‘Islam yang HAQ’, pada masa yang sama merasakan diri terlalu lemah? mencarinya. Inilah penyakit was-was yang disebut di Surah An Naas, dan jangan dituduh pula kesyaitanan dari mahluk bernama jin atau iblis, yang menyebabkannya. Was-was itu sebenarnya banyak datang dari dalam diri, atau kesyaitanan hawa nafsu sendiri, yang tidak dapat dikawal dengan berkesan, akibat dari didikan yang terlalu idelistik, iaitu mungkin yang tidak mahu melihat kepada persekitaran kurang baik, untuk diambil sebagai contoh sempadan, bukan contoh untuk dilaksanakan,

6. Usaha Ustaz merakam kemungkaran yang berlaku, di dalam bentuk skrip drama, dan kemudian dilakunkan oleh orang lain, tidak menjadikan Ustaz terlibat dengan kemungkaran. Bagi pelakun juga, sekiranya mereka benar menjalani kehidupan sebagai pelakun, tidak membuatnya dalam kehidupan seharian, juga tidak terlibat dengan kemungkaran. Penulisan skrip hanya sebahagian kecil dari seluruh proses membuat sesuatu drama atau filem. Kalaulah ia menjadi kemungkaran pun, hasil pendakwahannya sangat besar impaknya.

amirul reply on August 3rd, 2009 2:23 pm:

@Pak Din

Terima kasih Pak Din atas responnya.. Cuma saya perlu masa agak lama untuk menghadam setiap poin Pak Din itu secara trsurat dan tersirat..

SIO tu apa? Saiful Islam Online ke..?

Pak Din reply on August 4th, 2009 12:18 pm:

@amirul,
Saya pun baru tersedar yang O tu untuk Online, berbanding Ustaz di Live. Dari artikel Ustaz, “Belajar Berfikir“.

Juga berkaitan
Suasana semasa


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.