2. Setiap kali menyentuh Nabi Ibrahim, saya ingatkan anak-anak betapa pentingnya memmahami kisah Nabi Ibrahim dan keturunannya. Isteri tua, yang melahirkan Bani Israel, melalui Nabi Ishaq, sementara isteri muda melahirkan keturunan Bangsa Arab melalui Nabi Ismail. Nabi Ibrahim merupakan Nabi yang disebut oleh ketiga-tiga Agama Yahudi, Kristian dan Islam. Nabi Ibrahim dan keluarga juga disebut di dalam Tahayaat Solat. Bapanya adalah seorang pembuat patung berhala.
3. Jelas disebut “contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah”. Surah Al Baqarah [2:285] mengingatkan, “[285] … Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya … ” Ini mengingatkan kita bagaimana pentingnya memahami bahawa syariat Islam itu dibawa oleh ramai Nabi-nabi terdahulu, berbilang bangsa dan keturunan, bermula dari Nabi Adam as sehinggalah Nabi terakhir, Nabi Muhammad saw. Kesemua 124,000 nabi-nabi ini memainkan peranan dalam menyampaikan Islam dan nilainya.
4. Kecenderungan Muslim sekarang ialah membeza-bezakan keturuanan dan bangsa Nabi-nabi yang diikuti dengan mengenepikan nilai Islam yang dibawa mereka. Hasilnya ialah Muslim yang mengamalkan Islam pada jasad sahaja dan tidak menghidupkan nilai Islam yang sebenar. Tanpa memahami roh Islam, agak sukar mencapai matalamat kesyumulan Islam, sebagai satu Agama merangkumi kehidupan Dunia dan Akhirat, serta mengenali Pencipta kehidupan.
5. Satu fakta yang hars diingat ialah dengan pendewaan kepada Nabi Isa, sebagai contoh, tidak menjadikan Nabi Isa terkeluar dari senarai Nabi Allah yang wajib dikenali. Hanya pengikut Nabi Isa yang terlalu taksub dan mendewakannya, yang bersalah dan tidak Nabi Isa sendiri. Semua Nabi-nabi Allah maksum dalam ertikata, tidak pernah mengulangi kesalahan yang sama kali kedua, apabila telah diberitahu oleh Allah tentang kesalahan yang dibuat mereka.
6. Memahami sejarah keseluruhan Nabi-nabi dari awal hingga ke akhir, akan memberikan pandangan menyeluruh, betapa Islam itu adalah Agama yang mengutamakan tauhid kepada Tuhannya, iaitu mengenal Tuhan Pencipta Alam Semesta. Sebagaimana disimpulkan di dalam Al Quran bahawa Sunnah Allah itu tidak pernah berubah sejak zaman berzaman, sementara syariat yang diberikan tidak begitu rupanya. Islam adalah Agama berTuhan yang sentiasa hidup dan sesuai untuk semua masa dan tempat.
Kalaulah Nabi Ibrahim lahir di zaman ini, sudah pasti dia terlibat mengetuai Projek Meneroka Mars ini!



Kerana itulah, Allah SWT memilih untuk menjadikan bangsa Arab sebagai kader umat Muhammad SAW yang pertama. Bangsa Arab Jahiliah tidak berpemikiran sebagaimana kaum Rom dan Parsi yang sudah mempunyai mindset berasaskan falsafah dan kepercayaan mereka yang sudah begitu tersimpul dan berakar umbi. Bangsa Arab Jahiliah mensyirikkan Allah dalam bentuk yang mudah, hati mereka senang untuk sampai kepada hati yang sejahtera kerana mereka tidak prejudis kepada ketuhanan. Tiada mulhid atau atheist di dalam masyarakat mereka bahkan semuanya percaya kepada Rububiyyah Allah. Mereka mengiyakan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan hujan dan mencipta langit dan bumi. Namun yang masih belum selesai hanyalah Uluhiyyah dan disiplin pengabdian mereka kepada Allah.
Seorang saintis yang luhur di dalam pengkajiannya, akan dengan mudah sampai kepada ‘menemui Tuhan’. Namun bagi saintis yang sudah ada mindset yang prejudis, hatinya akan sentiasa dilarikan daripada akur kepada Allah. Seorang pakar kejuruteraan genetik merasakan kewujudan Tuhan sudah tidak relevan kerana menemui upaya untuk mencipta makhluk mengikut kehendak dirinya. Tetapi prasangka dan prejudis telah membutakan dirinya dari suatu hakikat bahawa manusia yang paling cerdik hanya mampu mencipta sesuatu daripada ada kepada ada. Namun Tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk!
http://saifulislam.com/?p=192
DOA DAN MAKNA
Berdoalah di dalam bahasa yang kita faham. Semua bahasa adalah bahasa hamba Allah. Dia memahami apa sahaja ungkapan kita, tanpa perlu berbahasa Arab secara dipaksa-paksa. Doa di dalam Bahasa Melayu, Urdu dan Turki, dengan memaksudkan apa yang dipinta, lebih bermakna daripada doa Bahasa Arab yang panjang sedepa, tetapi kosong dari makna dan penghayatan.
http://saifulislam.com/?p=3738