SA33 Petikan Terhebat.

Dari Berita Harian

Dari Berita Harian

Dr M ‘bangga’ kebolehan MB Kelantan

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai ‘seorang yang lebih daripada manusia biasa’ kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.

Justeru, bekas Perdana Menteri berkata, beliau ‘berbangga’ dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu memandangkan tiada manusia biasa lain dapat berbuat sedemikian.

“Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa.

“Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata.

“Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap.

“Jadi, saya ‘berbangga’ dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia,” kata Dr Mahathir sinis pada sidang akhbar selepas Konvokesyen Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), di sini semalam.

Diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir berpendapat perkara itu tidak perlu.

“Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka,” katanya.

Nota pemetik, “Saya juga turut bangga, melihat DMM merasa bangga, dengan kebanggaan pengikut TG, yang rata-rata bangga dengan kenyataan tak masuk Syurga itu. Sama-sama kita berbangga.”

3 Responses to SA33 Petikan Terhebat.

  1. Pak Din berkata:

    Bacalah perubahan yang berlaku di dalam masyarakat. Manfaatkan prinsip-prinsip Islam yang teguh untuk membentuk kecenderungan masyarakat agar sentiasa memuliakan keadilan dan amanah. Justeru dalam setahun dua berbaki sebelum PRU13 akan datang, isilah masa ini dengan agenda membentuk manusia, kerana tiada kemenangan yang bertahan tanpa usaha.

    Dan…

    Apakah 21,860 undi itu juga merupakan ’sembah derhaka’ rakyat kepada baginda Sultan? Patik mohon agar baginda Tuanku menimbang kembali atas bijaksana Tuanku tentang resah jiwa raga rakyat jelata dengan kejadian malang yang menimpa Perak negeri jajah takluk Tuanku.

    http://saifulislam.com/?p=5195

    Ke Syurga PAS, Ke Syurga Adil, Ke Syurga DAP!

    ———-

    “Macam mana kita tidak hilang kepandaian? Segala-galanya menjadi mangsa politik. Bola dipolitikkan, guru dipolitikkan, profesor di universiti dipolitikkan, semuanya dipergunakan hanya untuk parti yang satu itu! Segala-galanya lemah, kerana kebijaksanaan orang kita ditenggelamkan oleh kepentingan politik mereka”, saya meneruskan ucapan.

    “Tetapi kami, tuan puan dan kita semua, adalah pasukan yang menghormati kepandaian semua. Kita akan serahkan bola kepada pakar bola. Kita akan serahkan kajian universiti kepada pakar-pakar di universiti. Kita akan serahkan pendidikan kembali kepada pakar pendidikan. Kita akan hormati pakar bahasa untuk memperbaiki soal bahasa. Kita akan pulangkan amanah kepada ahlinya!” ucapan diteruskan lagi.

    http://saifulislam.com/?p=1528

  2. Pak Din berkata:

    ‘Jawatankuasa Fatwa tak profesional’

    KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dan dipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutan kenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawa penyokongnya ke syurga.

    Nik Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu membuat kenyataan tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dulu dan berikutan itu beliau sedia berdepan pihak berkenaan bagi memberi penjelasan.

    “Dia (Jawatankuasa) dengar laporan surat khabar, kenapa tak tanya saya dulu. Nak penjelasan, bagi surat pada saya atau jumpa saya bila-bila masa. Menjadi kewajipan, seorang pendakwah macam saya berdakwah, saya pegang kerajaan ini (Kelantan) atas dasar dakwah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20090820234600/Article/index_html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.