Kehebatan TGNA.
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan tidak profesional dan dipengaruhi pihak lain ketika memutuskan beliau menyeleweng berikutan kenyataannya mendakwa ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak akan membawa penyokongnya ke syurga.
Nik Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu membuat kenyataan tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dulu dan berikutan itu beliau sedia berdepan pihak berkenaan bagi memberi penjelasan.
“Dia (Jawatankuasa) dengar laporan surat khabar, kenapa tak tanya saya dulu. Nak penjelasan, bagi surat pada saya atau jumpa saya bila-bila masa. Menjadi kewajipan, seorang pendakwah macam saya berdakwah, saya pegang kerajaan ini (Kelantan) atas dasar dakwah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau tidak akan berhenti daripada bercakap mengenai perkara itu dan terpulang kepada semua pihak sama ada mahu mendengarnya atau tidak.
Mengenai kenyataan pelbagai pihak yang menyifatkan kenyataan terbaru beliau itu keterlaluan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau sedia menerima kritikan secara terbuka jika disertakan dengan hujah.
Mengulas lanjut isu berkenan, beliau menjelaskan, jalan bagi seseorang ke syurga atau neraka memang bukan ditentukan manusia, sebaliknya hanya Allah SWT.
“Yang menentukan jalan syurga neraka ini Allah SWT. Yang memberitahu kepada kita ialah Nabi Muhammad SAW. Bila nabi wafat, tugas itu disambung alim ulama. Saya bukan menentukan syurga neraka, cuma menerangkan. Nak dengar, dengar… tak nak dengar, dia punya pasal,” katanya.
Ditanya mengenai desakan pelbagai pihak supaya tindakan diambil terhadap beliau, Nik Abdul Aziz berkata: “Kerana apa? Tak ada apa, tapi kalau boleh dia mari sendiri atau beri surat kepada saya, yang pentingnya jalan syurga neraka ditentukan oleh Allah, manusia tiada hak, jadi saya sambung kerja alim ulama… kerja nabi.”
Beliau turut mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa dasar yang diamalkan Umno selama ini adalah salah berikutan tindakan mengasingkan agama dengan politik.
Komen pemetik,
Hebat, hebat TGNA, satu panduan yang sangat berguna untuk kehidupan saya, menjelang 50. Apapun, saya menzalimi diri sekiranya tidak menggunakan akal kritikal mengikut arahan manusia.
[23] Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

Dikirim oleh Pak Din 31