Kontrak solat 5 waktu
Posted on November 25, 2008 by sulaiman
Solat itu hubungan peribadi manusia dengan Allah, ia umpama bercakap dengan Allah. Solat adalah ibadat yang mula diperkenalkan, sejak zaman Nabi Adam. Bezanya dulu solat cuma 2 waktu (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), sekarang 5 waktu.
Allah sayang kita umat Muhammad, bagi kontrak solat 5 waktu. (seperti kontrak dunia, lagi banyak kerjanya, lagi banyak bayaran). Asalnya Allah bagi 50, tapi setelah Nabi Musa nasihat, tinggal 5 waktu – kerana mengikut pengalaman dakwahnya manusia tak mampu siapkan projek 50 waktu solat. Allah kurangkan kontrak dari 50 waktu solat ke 5 waktu tapi bayarannya sama. Allah bagi kita berbagai kontrak seperti solat dan puasa agar kita dapat kedudukan yang tinggi di syurga.
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :…(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti…” ( Riwayat Bukhari )
An-Nisa[4:103]…Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya
Waktu-waktu Solat:-
Baqarah [2:238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk
Al-Israa’ [17:78] Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).
Gelincir matahari – Zohor dan Asar
Gelap malam – Maghrib dan Isya’
Hud [11:114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
![masjidil-haram-mekah-saudi-arabia[1] masjidil-haram-mekah-saudi-arabia[1]](http://sharudin.files.wordpress.com/2009/08/masjidil-haram-mekah-saudi-arabia1.jpg?w=450&h=337)
Dikirim oleh Pak Din 31