SA45 Ulangtahun kedua SDC.

Ogos 29, 2009

1. Hari ini genap 2 tahun saya memulakan blog ini, Sharudin.com – SDC, dengan motto, “Falsafah Carakerja Allah”. Biarpun ia mirip seakan berfalsampah, memetik kata-kata yang tak bersetuju dengannya, ulangtahun kedua ini, saya masih mengatakan bahawa itulah tujuan blog ini dimulakan, iaitu untuk mengetahui bukan Carakerja Allah, tetapi lebih kepada memahami bagaimana Pencipta mencapai tujuanNya untuk dikenali, selaras Hadis QudsiNya, “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali, maka Aku menciptakan”.

2. Perincian Carakerja Allah terlalu luas cakupannya. Terlalu rumit dan mendalam perbahasannya. Ilmu sains yang menjadi alat untuk mengkaji CarakerjaNya, sangat rumit dan sentiasa berkemabang, untuk dapat difahami sepenuhnya. Tiada satu zarah yang wujud dan bergerak di Alam ini, tanpa diketahuiNya. Tiada sesuatu berlaku (di Alam ini), dan tiada kekuatan (untuk mahluk) melalukan sesuatu, tanpa kehadiran tenaga dariNya. Segala-galanya adalah milik Dia dan dalam ilmu dan pengetahuanNya. Tiada Tuhan melinkan Allah, dan tiada yang wujud dengan haq (atas diri sendiri) melainkan melainkan Allah.

3. SDC adalah percubaan saya untuk terus mengkaji dan memahami CarakerjaNya atau SunnahNya. SunnahNya tidak pernah dan tidak akan berubah, seperti mana dinyatakan di dalam Al Quran. Segala kejadian di Alam ini, seperti pertukaran siang dan malam, bertiup angin dan sebagainya, merupakan tanda-tanda kehadiran daya, kuasa dan tenaga dariNya. Segala kejadian ini, merupakan kajian yang terkandung di dalam ilmu sains. Dari tidak mengetahui apa-apa, Allah telah mengajar manusia melalui KalamNya (Kitab Alam) segala yang manusia perlukan. Malangnya tidak ramai yang merasakan ia satu keperluan dalam mengnaliNya.

4. Saya memulakan bolg dengan isu evolusi kerana evolusi merupakan puncak kepada ilmu sains terkini. Mengetahui asal usul manusia khasnya dan makhluk lain amnya, akan menterjemah keperluan untuk mengenal Dia sebagai Pencipta. Tidak timbul proses evolusi itu terpisah dari kehendak Allah, bagi mereka yang berpendirian tegas. Hanya apabila kita terlalu mudah terpengaruh dengan andaian orang lain, dan mengambil kesempatan, untuk mengeruhkan keadaan, maka termsuklah kita kedalam golongan orang yang menidakkan evolusi, sebagai proses yang dipilih Allah dalam melaksanakan CarakerjaNya.

Arwah K Marx ... tiada seorang manusiapun yang menghasilkan isi tanpa kulit

5. Hanya kerana dendam kesumat yang tidak berasaskan ilmu dan pengetahuan yang mendalam, Muslim telah ditarbiahkan oleh manusia, agar mengenepikan proses evolusi. Saintis yang mengkaji Carakerja Allah dicemuh dan terus diabai kajiannya. Bukan sahaja Muslim tidak dapat menjalankan kajian sendiri ke atas proses evolusi, saintis yang menjalankan kajian turut menjadi sasaran. Begitu juga ilmu tentang evolusi, yang memberikan manfaat itu diketepikan, atas sebab pengkajinya tidak percayakan kewujudan Tuhan. Saya melihatnya bahawa, tiada kiatan rapat antara yang dikaji melalui pembuktian, dengan dipegang melalui kepercayaan seseorang.

6. SDC tidak menafikan kepentingan memahami cara kerja makhluk, terutamanya manusia. Sains Sosial dan yang setara dengannya, adalah jawapan terbaik kepada persoalan cara kerja manusia. Apa yang perlu diteliti ialah dasar cara kerja manusia itu, samada berasaskan akal fikiran atau berasaskan akal perasaan. Sudah pasti, SS yang digubal Barat (kerana Muslim tak mampu menghasil kajian awal, selalunya) berjaya, kerana ianya diolah berdasarkan kepada fakta bahawa lebih ramai manusia berhubung melalui perasaan berbanding melalui akal fikiran. Pembudayaan Carakerja Allah perlu diterap dalam cara kerja manusia.


SA44 Mood Puasa.

Ogos 29, 2009

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Dari sejarah mood berpuasa bermakna,

1. 2 Ram 2H – Peristiwa Badar. Tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar.

2. 10 Ram 6H – Pembukaan Kota Mekah, peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar Perjanjian Hudaibiah.

3. 25 Ram 9H – Khalid Al Walid merunuthkan Berhala al ‘Uzza, terdiri dari 360 patung sekeliling Kaabah.

4. 28 Ram 92H – Pembukaan Andalus (sepanyol), Tariq bin Ziyad dihantar Bani Umaiyah menawan Andalus.

5. 15 Ram 658H – Tentera Islam mengalahkan Tentera Mongol.

Mr. G. Khan

Mr. G. Khan

6. 15 Ram 1294H – Tentera Islam dari Dinasti Uthmaniah dipimpin Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia.

Nampaknya apa yang saya boleh lalukan, hanya perang nafsu sendiri.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.