SA47 Petikan Puasa 5 – Tahniah Ustaz.

Ogos 30, 2009

Dari B-POP

Dari B-POP

Dari B-POP.

“Ada yang kata ia drama dakwah, drama Islamik dan sebagainya. Ini sebenarnya sangat subjektif. Sebagai penerbit, saya menyerahkan kepada penonton untuk membuat penilaian. Saya mungkin beranggapan lain, begitu juga pengarah, penulis skrip dan penonton.

“Cuma, apa yang boleh saya perkatakan, drama ini bukan sekadar mahu menghiburkan penonton, sebaliknya mahu memberikan kesedaran melalui mesej-mesej positif yang disampaikan. Saya mahu penonton di luar berfikir apabila menontonnya nanti,” katanya.

Menampilkan Fizo Omar, Ashraf Muslim dan Tengku Tiara Yasmin Sofea sebagai pelakon utama , Cinta Sempurna dijangka mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi menggunakan penulis skripnya, Zabidi Mohamed sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi menerusi dua bukunya, Tersungkur Di Pintu Syurga dan Al-Maunah.

“Inilah percubaan pertama beliau, yang juga bekas peguam Al-Arqam menulis skrip. Ia diadaptasikan dari pengalaman hidup pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hasrizal Abdul Jamil. Ustaz Hasri sebelum ini pernah menceritakan kisah benar itu di blognya (http://saifulislam.blogspot.com).

“Sebenarnya, ramai tidak tahu blognya itu dilayari kira-kira 40 juta pelayar dari seluruh dunia, jauh lebih ramai dari blog mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ustaz Hasri memang popular di luar (negara), malah sering dijemput untuk berceramah ,” katanya.

Cinta Sempurna berkisarkan dua beradik, Shila dan Najib yang dihantar bersekolah di London oleh ibu bapa mereka kerana tidak mahu terkongkong dengan kehidupan masyarakat tempatan yang begitu kuat berpegang kepada tuntutan agama.

Tahniah sekali lagi Ustaz HAJ, belum sempat menonton siri itu.


SA46 Permata 812 & 813.

Ogos 30, 2009

Permata 812.

62:6

62:6


[6] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!

[7] Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

[8] Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Permata 813.

62:9

62:9


[62:9] Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

[62:10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

[62:11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.