SA49 Permata 814 & 815.

Ogos 31, 2009

Permata 814.

63-1

63-1


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan petah sekalipun kosong). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?

Permata 815

63:5

63:5


[5] Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

[6] (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, samada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik.

[7] Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).

[8] Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


SA48 Petikan Puasa 6 – Virus ketuhanan parah.

Ogos 31, 2009

Tiada tanda H1N1 tukar bentuk jadi virus lebih teruk
30/08/2009 8:27pm

PULAU PINANG 30 Ogos — Tiada tanda-tanda virus Influenza A(H1N1) berubah bentuk menjadi virus lebih teruk di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sentiasa memantau perkembangan wabak itu dan tidak ada laporan mengenai perkara itu dimaklumkan kepadanya.

“Sehingga sekarang ia masih virus A(H1N1) dan belum ada perubahan baru kepada virus itu dikesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog antara MCA dan persatuan-persatuan masyarakat Cina di Pulau Pinang di sini hari ini.

Virus ... tak virus, beli ... kena beli!

Virus ... tak virus, beli ... kena beli!


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kewujudan influenza yang lebih teruk daripada A(H1N1) yang boleh menyerang paru-paru dan menyebabkan sakit yang teruk kepada orang yang dijangkiti.

Liow berkata, walaupun tiada jangkitan virus A(H1N1) jenis teruk dicatatkan di negara ini, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan dengan pasukan khas mengadakan ujian saringan berkala.

“Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya terdapat penularan virus jenis teruk itu dan di peringkat ini semua pihak diminta menjaga kesihatan dan kebersihan serta mematuhi langkah berjaga-jaga yang disarankan kementerian,” katanya. – Bernama

———–

TGNA kata yang plastik tu ialah yang memisahkan agama (muslim) dari iman (mukmin) … tetapi yang lebih parah ialah apabila Muslim yang Mukmin, hanya melaksanakan Rukun Islam dan Iman, tetapi tidak menterjemah Rukun Ikhsan sebagai ‘adanya kehadiran Allah bersama, ketika melaksanakan 2 Rukun di atas’. Inilah virus ketuhanan, mengenal hanya pada Nama dan tidak pada Hakikat.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.