SA29 Tak faham Al Quran.

Ogos 17, 2009

1. Petikan dari blog,

JERUSALEM – Hamas officials have said that Jund Ansar Allah leader Abdel-Latif Moussa, a.k.a Abu al-Nour al-Maqdessi, killed himself during an armed confrontation early on Saturday by detonating an explosive belt that was wrapped around his waist.
They said that the suicide took place after Moussa and his supporters were trapped inside his house in the southern town of Rafah.
Hamas banned journalists from entering Rafah or interviewing the wounded in hospitals.

2. Semasa ditemuramah di Al Jazerra, Jurucakap Hamas, Sdr Ghazi Hamad, menegaskan bahawa inilah contoh di mana adanya kumpulan yang tidak memahami kandungan AL Quran. Mereka membaca Al Quran tetapi tidak memahami Islam yang sebenar, menurutnya. Seorang pengkritik lain yang ditemuramah, menyangkal dakwaan itu, kerana Hamas sendiri pun begitu juga. Kumpulan Jund Ansar Allah (JAA) adalah serpihan dari Hamas, yang menguasai gaza.
safsdfsd_01
3. Berterusanlah tuduh menuduh, antara Umat Islam, siapa yang lebih memahami Islam. Kalau dilihat pertelingkahan tertua, antara Sunni dan Si’ah, asasnya juga adalah sama. Yang pasti kedua-dua membaca Al Quran dan menghormati Sunnah Nabi, dan kerana terlalu yakin dengan kefahaman sendiri, kedua-dua pehak sanggup mati kerana akidah mereka. Kedua-dua pehak melakukan jihad atas nama Allah, dan berdasarkan kepada ayat yang serupa, tetapi penafsiran berbeza.

4. Semalam, Kelas Permata melepasi ayat Al Hasyr, [59:21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. [22] Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

5. …

6. …


SA28 Evolution at works.

Ogos 16, 2009

Sharudin
16/08/2007 | 3:50 am

Jutaan terima kasih kepada ust kerana membincangkan isu ini.

Saya menyokong penuh pendapat ust yang mirip kepada mengiakan sains. Tidak ramai yang sanggup mededahkan diri kepada kontrovesi isu Darwin terutama mereka yang memikirkan risiko ekonomi yang mungkin timbul dari mengambil pehak.

Allah sentiasa menyuruh kita berfikir … terutama tentangNya (zikrullah) … semasa berdiri duduk dan berbaring (24 jamm walaupun di dalam mumpi) bagaimanapun awas “Jangan berfikir tentang zatNya tetapi fikirkanlah tentang feal-perbuatanNya (Sunahtullah).

Sains itu adalah ilmu tentang Alam Semulajadi (Nature) bagi mereka yang tidak beriman dan sebenarnya ilmu tentang Sunahtullah (cara Allah bekerja) bagi mereka yang percaya (beriman). “Di dalam penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam terdapat ayat2 (tanda2 adanya Allah) bagi orang2 yang berfikir (Al-Bab).

Sains mengambil pendekatan empirikal (sesuatu yang boleh diekspiriman berulangkali) dari sesuatu yang hypotetikal (yang diilhamkan oleh akal). Oleh itu kedudukkan sains seperti ilmu membuat rumah, tidak dapat membuktikan tidakadanya Allah dan ilmu sains itu bersifat neutral – tidak kafir. Ketidakfahaman (selalunya prasangka) mereka yang mempelajari sains itu yang sebenarnya boleh mempunyai charge -ve atau +ve.

1. Genap 2 tahun, pertama kali saya menulis di SIO dan di bermulanya era berblog. Terima kasih kepada Adros dan Ustaz, yang telah memberikan semangat dan peluang untuk saya menulis. Sebagaimana ayat pertama, “Saya menyokong penuh pendapat ust yang mirip kepada mengiakan sains”, saya telah berubah dari tahap tidak pasti kepada tahap pasti.
dcac9
2. Apa yang berlaku dengan virus H1N1 sekarang ini adalah bukti kepada berlakunya evolusi. Virus selsema yang biasa kita kenali, telah berevolusi dari bentuk biasanya kepada bentuk luar biasanya (baru) menjadikan ianya tidak dikenali dan tidak dapat dikawal dengan ubatan yang ada sekarang. Yang pasti, perubahan itu dimungkinkan berlaku, di dalam sistem jasmani seekor binatang yang bernama khinzir.

3. Evolusi adalah Carakerja Allah dalam membentuk makhluk melalui proses berdikit-dikit, yang Al Quran nyatakna sebagai fi sittati ayyam. Sebagai makhluk paling komplek, manusia terbena dari sistem-sistem yang lebih mudah, bermula dari Simple Living Cells. Setiap satu tahap, yang lebih mudah ini, terbentuk kepada keadaan sediaadanya melalui proses evolusi dan design, menjadikan evolusi dan intelligent design terlibat dalam prosesnya.

4. Evolusi adalah tentang perubahan dan perkembangan yang melibatkan perubahan design (rekaan). DNA sebagai, Bill of Quantity (BOQ) setiap mahluk yang dijadikan Allah, diwariskan oleh leluhur kepada warisannya. Sepanjang hayat leluhur, segala perubahan kepada persekiratan, dirakam ke dalam sistem jasmaninya, yang kemudian menjadi design baru kepada warisannya. Sesuatu yang berlaku secara berdikit-dikit dan mengambil masa yang lama.

5. Tidak timbul isu, perubahaan rekaan tidak melibatkan ilmu Allah. Tiada sesuatu akan berlaku dan tiada kekuatan mahluk melakukan sesuatum melainkan dengan kehadiran Allah, sebagai Empunya segala Kuasa. Maka Evolusi adalah cerita tentang proses bagaimana Allah membentuk mahluknya yang melibatkan intelligent designNya.

6. Gabungan kefahaman bahawa segala Kuasa adalah milikNya, dengan proses fi sittati ayyam dan DNA (intelligent design), maka terbentuklah segala yang ada di Alam ini. Yang terbentuk secara kun fayakun adalah Qadar Allah, yang kemudian menentukan segala rupa bantuk yang berevolusi melalui warisan DNA. Yang masih dalam kajian ahli saintis ialah the how to manual dengan bahan-bahan digunakan telah disebut oleh DNA.

Let’s have a cup for the success story!

FluRecombinationHistory


SA27 Kritik, kutuk dan kata.

Ogos 15, 2009

sio2… menghasilkan perbuatan mengkritik, mengutuk dan mengata.

crit·i·cize (krt-sz)
v. crit·i·cized, crit·i·ciz·ing, crit·i·ciz·es
v.tr.
1. To find fault with: criticized the decision as unrealistic. See Usage Note at critique.
2. To judge the merits and faults of; analyze and evaluate.

As-Saaffat [37:27] Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.

mengutuk … tak payah define, sebab selalu sangat dah buat, macam kat PBB, asyik kutuk Israel tapi NATO (No Action Talk Only)

Artikel berkaitan

Semuanya BUKAN untuk dibaca, tetapi untuk di FIKIR-ZIKIR kan.

isdmap

Fikir dan rasa.


SA26 Lihat dan buat.

Ogos 13, 2009

Pak Din reply on August 3rd, 2009 9:38 am:

@amirul,
Aduhai Sdr Amirul,
Dah biasa (melihat) maksiat sangat berbeza dari dah biasa (membuat) maksiat!

1. Dengan pengalaman yang luas melihat maksiat berleluasa, sepertimana telah banyak Ustaz rakamkan dalam atrikel di SIO, memungkinkan Ustaz mencari jalan penyelesaian kepada ketagihan Muslim membuat maksiat itu. Keseluruhan konsep memberi, yang Ustaz kemukakan dalam dakwahnya adalah dengan cara yang terbaik (berhikmah), bukan hanya untuk orang yang ingin memperbaiki keislamannya, tetapi juga buat mereka yang telah biasa melakukan maksiat, seperti disebut tadi.

2. Saya melihat tekanan yang Sdr rasakan, yang kemudiannya cuba dikurangkan dengan menuduh “pokoknya x paham Islam n dah biasa dgn maksiat.. ” bukanlah cara terbaik untuk mengeluarkan diri dari ketidak-pastian mencari kebenaran hakiki (kekeliruan yang ada pada Sdr tentang Islam yang HAQ). Ia mungkin membantu melegakan perasaan tertekan Sdr, tetapi masih tidak menjadikan seseorang berada di arah yang betul untuk mencari kebenaran.

Bila dah tumbang, kita akan nampak akarnya!

Bila dah tumbang, kita akan nampak akarnya!


3. Mereka yang menjadi baik (atau merasakan diri menjadi baik), disebabkan persekitaran (atau zuriat) yang baik, tidaklah sehebat mereka yang menjadi baik, selepas dapat keluar dari persekitaran yang kurang baik. Begitu juga mereka yang terpaksa menjadi baik kerana keadaan memaksa mereka menjadi baik, bukan dari kesedaran diri sendiri. Pengalaman yang kurang baik ini, yang boleh dijadikan contoh sempadan dan tauladan, dalam menjalankan dakwah seterusnya.

4. Skrip yang Ustaz tulis untuk drama ini, adalah merupakan rakaman pengalaman Ustaz memerhatikan kerenah manusia (Muslim) melakukan kemungkaran. Kalau Ustaz mengambil pendekatan menutup mata (atau berpaling muka) kepada kemungkaran yang berlaku di persekitaran, bagaimana Ustaz mahu mencaritakan contoh terbaik semasa menyampaikan dakwahnya. Mungkin contoh yang dibawakan, tanpa pengalaman melihat sendiri, akan dikatakana sebagai plastik (tidak logik atau direka-reka).

5. Bagaimana agaknya Sdr boleh bertanyakan tentang ‘Islam yang HAQ’, pada masa yang sama merasakan diri terlalu lemah? mencarinya. Inilah penyakit was-was yang disebut di Surah An Naas, dan jangan dituduh pula kesyaitanan dari mahluk bernama jin atau iblis, yang menyebabkannya. Was-was itu sebenarnya banyak datang dari dalam diri, atau kesyaitanan hawa nafsu sendiri, yang tidak dapat dikawal dengan berkesan, akibat dari didikan yang terlalu idelistik, iaitu mungkin yang tidak mahu melihat kepada persekitaran kurang baik, untuk diambil sebagai contoh sempadan, bukan contoh untuk dilaksanakan,

6. Usaha Ustaz merakam kemungkaran yang berlaku, di dalam bentuk skrip drama, dan kemudian dilakunkan oleh orang lain, tidak menjadikan Ustaz terlibat dengan kemungkaran. Bagi pelakun juga, sekiranya mereka benar menjalani kehidupan sebagai pelakun, tidak membuatnya dalam kehidupan seharian, juga tidak terlibat dengan kemungkaran. Penulisan skrip hanya sebahagian kecil dari seluruh proses membuat sesuatu drama atau filem. Kalaulah ia menjadi kemungkaran pun, hasil pendakwahannya sangat besar impaknya.

amirul reply on August 3rd, 2009 2:23 pm:

@Pak Din

Terima kasih Pak Din atas responnya.. Cuma saya perlu masa agak lama untuk menghadam setiap poin Pak Din itu secara trsurat dan tersirat..

SIO tu apa? Saiful Islam Online ke..?

Pak Din reply on August 4th, 2009 12:18 pm:

@amirul,
Saya pun baru tersedar yang O tu untuk Online, berbanding Ustaz di Live. Dari artikel Ustaz, “Belajar Berfikir“.

Juga berkaitan
Suasana semasa


SA25 Kembara jasmani rohani.

Ogos 12, 2009

Sunting dari SIO

Sunting dari SIO

@Pak Din,
1. Tiga kali tajuk ini berubah, dan saya rasakan itu menunjukkan betapa pekanya Ustaz keapada keadaan dan kemudian menyesuaikan tajuk kepda keadaan. Sudah pasti tajuk terakhir, “Engkau Belum Saling Mengenal Tanpa Kembara” membawa makna tersendiri yang luas dan mendalam. Tidak dapat dinafikan, pengembaraan bersama adalah jawapan kepada soalan mencari dan mengukur keserasian.

2. Lihat sahaja contoh terbaik dalam kehidupan menghadapi ujian Tuhan. Pengembaraan kehidupan, suami iateri adalah ujian pengembaraan terbesar bagi seseorang semasa di Dunia, yang daripada hasilnya, akan menentukan ukuran kejayaan pengembaraan bersama itu. Yang kalah melaksanakan tanggung-jawab bersama akan berpisah di tengah jalan, yang mana dingatkan bahawa antara pekara halal yang paling Allah tidak suka adalah penceraian suami isteri.

3. Di dalam apa sahaja kerja kita lakukan, terdapat unsur keseronokan dan pertanggung-jawaban. Cinta di waktu remaja, sebagai contoh, selalunya hanya melibatkan unsur keseronokan, menyebabkan banyak kegagalan dalam pengembaraan suami-isteri semasa berumah tangga, yang selalunya disebabkan oleh hanya mengharapkan unsur keseronokan dalam melaksanakan tanggung-jawab tersebut.

4. Maka tidak hairanlah keluhan Ustaz dalam isu pengagihan tugas semasa pengembaraan, menjadi sesuatu yang membebankan. Ramai yang mengharapkan unsur keseronohkan sahaja, tanpa mahu melibatkan diri di dalam unsur yang satu lagi. Saya melihatnya keseronokan adalah fungsi perasaan, sementara memikul tanggung-jawab adalah fungsi akal, sekiranya ia memerlukan hasil berkesan.

5. Satu pekara yang selalu perlu diingatkan ialah hadirnya rohani kepada segala jasmani. Kalau ada pengembaraan jasmani, maka ada juga pengembaraan rohani. Kalau ada dua unsur dalam pengembaraan jasmani, maka dua unsur tersebut juga ada disebalik pengembaraan rohani. Pengembaraan rohani melibatkan pemikiran dan minda, untuk bersama-sama menghasilkan kesimpulan tentang sesuatu isu dikemukakan.

6. Memberikan idea ke dalam blog, juga merupakan satu pengembaraan rohani atau pemikiran. Kita menuangkan apa yang tersirat di minda kepada ayat-ayat yang menyurat hasrat di hati. Besama-sama mengembara dengan membincangkan isu yang di kemukakan adalah satu bentuk pengembaraan rohani. Mungkin ramai juga yang menulis untuk keseronokan, tetapi saya pasti pelawat SIO datang untuk unsur pertanggung-jawaban kepada Tuhan. Kepada idea yang dikeluarkan, untuk melambangkan akidah pegangan.


SA24 Salam faham

Ogos 11, 2009

Sharudin
20/10/2007 | 1:11 am

Salam kefahaman

1. Terlalu banyak yang perlu saya proses dari penulisan Ustaz, saya kira terpaksalah saya ambil secara rawak artikel yang hendak difahami tersebut. Saya cuba menanfaatkan ketahap maksimum apa yang Ustaz telah kaji dan kemudian tuangkan kesimpulannya di dalam penulisan. Tidak dinafikan saya memang tidak salah memilih blog Ustaz untuk berinteraksi. Keterbukaan, ketajaman dan kepekaan pemikiran Ustaz, dalam menghubungkait isu-isu global menjadi lokal, isu agama lain menjadi landasan kepada Islam, isu musuh menjadi isu utama untuk difikirkan dan pelbagai lagi melambangkan jangkauan mindah Ustaz sangat luas dan tiada batasannya.

Dari SIO "http://saifulislam.com/?p=194"

2. Bukan ramai yang mahu mendengar sejarah Europe dari orang Europe, sepertimana kononnya mendengar penjelasan dari musuh menjadikan kita sebahagian dari mereka. Tetapi ini semua memang telah diduga, bagi mereka yang suka menyempitkan pemikiran, menutup telinga dan mata dari cacian musuh (yang bukan cacian pun kadang-kadang disapurata sebagai sama). Penyempit fikiran ini terhibur dan tenang dengan pujian dari teman, dan merasakan hidup ini bagaikan dibentuk hanya untuk mereka, oleh Tuhan, tanpa mahu mengetahui warna-warna pelangi sebenar yang ada.

3. Kadang-kadang difikirkan mendalam, tak apa juga tak mahu mendengar sejarah orang kafir, malangnya kata-kata Muslim yang lain dari mazhabnya pun mereka tidak mahu mendengarnya. Itu yang saya pernah kategorikan mereka yang anti-pluralisma juga sebenarnya anti-mazhab. Lebih teruk dari itu, mereka ini tidak juga mahu mendengar ayat-ayat Al Quran yang datangnya dari orang yang mereka tidak suka bacaannya (tafsirannya). Pada mereka hanya satu yang ingin didengarnya, pandangan mereka sendiri. Pandangan orang lain semuanya ditolak ke tepi dan tiada harga buat mereka.

4. Sebenarnya, betul juga kalau pendirian tersebut dibuat setelah mereka memastikan keperluan hidup mereka di atas dunia ini, sudah serba mencukupi. Kalau segala-gala dari yang kecil kepada yang besar, yang asas kepada yang cabang semuanya cukup lengkap di dalam sistem mereka, bolehlah juga diterima cara demikian. Hakikatnya segalanya bergantung pada orang yang kategorikan sebagai musuh. Yang tadi pandangannya tidak mahu didengar. Tidakkah mereka merasa malu?

5. Sekiranya kita mendengar cacian musuh lantas kita terus menjadi marah, itu adalah tanda kepekaan yang tersalah guna. Kepekaan kita sepatutnya pada pemikiran dan bukan emosi. Kalau kita merasa rendah diri dan tak bersemangat selepas mendengar cacian (bukan semua cacian pun, selalunya) musuh, itu bermakna kita tidak berhikmah pada diri sendiri. Yang tidak tahu tapi sombong tak mahu mendengar, adalah jauh lebih teruk dari yang memberitahu dengan sombong.

6. Sejarah orang Barat adalah sejarah orang-orang yang faham Sunahtullah. Ya memang mereka ada yang tidak nampak Tuhan dihujungnya, tetapi kepercayaan mereka kuat kepada alam semulajadi (nature). Itu adalah segala-galanya. Mereka percaya yang segala kekuasaan ada pada nature atau Tuhan yang mereka sangka, bukan pada Allah. Sebenarnya ramai juga Muslin yang membaca Al Quran dan Hadis, tetapi masih termasuk di dalam kategori tidak mengenal Allah. Buktinya sekiranya semua Muslim bertuhankan Allah yang Esa, sudah pasti mereka tidak tergamak membunuh sesama sendiri. Malah peperangan saudara Muslim lebih teruk dari perang saudara orang yang mereka anggap Kafir.

7. Penilitian kepada Sunahtullah akan membawa kepada kesimpulan bahawa alam ini dijadikan dalam dua pasangan asas iaitu kebaikan dan kejahatan. Malah kita perlu mendalami sehingga dapat memahami bahawa Allah hanya perlu menciptakan kebaikan, kejahatan itu datanganya dari penciptaan kebaikan yang hilang dan tidak dapat dikekalkan oleh mahluk, maka timbullah kejahatan. Segala kemungkinan dan sumber asas kekuatan yang membentuk kebaikan dan kejahatan adalah tidak bersumberkan yang lain, melainkan Allah. Tiada yang terlepas dari keizinannya.

8. Sejarah orang Barat yang sebahagian besar mulanya berasaskan kepercayaan dan ketuhanan, akhirnya semakin berkurangan pengaruhnya di zaman pencerahan. Keterbukaan pemikiran orang-orang Barat memberi laluan kepada perkembangan pemahaman yang lebih mendalam tentang Sunahtullah (ilmu sains). Ilmu sains tidak dapat dicampur-adukkan dengan kepercayaan yang tidak berasas (tidak boleh diulangi ujikajinya). Ilmu sains memerlukan laluan dan pendekatan tersendiri dan selepas hasilnya diperolehi, barulah boleh diserasikan dengan kepercayaan, bagi menampung pekara-pekara yang masih tidak dapat dijawab walaupun telah difikirkan. Pekara-pekara meta sains.

9. Pengunaan hasil sains dari penelitian nature tetapi bertentangan dengan nilai kehidupan yang diterima pakai (contoh penggunaan survival of the fittest dalam peperangan), saya lihat digunakan oleh Barat untuk mencabar mereka yang tidak faham dan tidak mahu memahai nature (Sunahtullah). Mereka mahu melihat sejauh mana ketahanan jasmani dan rohani melalui kepercayaan semata-mata. Sebenarnya Allah sendiri tidak menilai kepercayaan semata-mata yang tidak disulami dengan keilmuan mengenali (maarifat) terhadapNya.

10. Saya mungkin mengulangi asas-asas perbahasan yang sama dalam menghurai permasaalahan berbeza. Saya sebenarnya mahu diri ini betul-betul faham dan dapat difahami dalam merakam apa yang tersirat di fikiran. Setiap kali pengulangan dibuat saya cuba mengubah perkataan dari sudut berbeza. Semuga dengan percubaan ini, satu daripada perakaman dari sudut yang berbeza, akan menghasilkan titik tolak untuk kita sama-sama berfikir, semasa berkembara mencari Tuhan. Bukan tak jelas apa yang dicari, hanya belum berjumpa. Yang ada dirasai ialah kesan carakerjaNya.

Terima kasih


S23 Lebah dan Tabuan.

Ogos 11, 2009

Lebah dan tabuan.

@hamba99, http://saifulislam.com/?p=6419#comment-58216

1. Nampakanya Sdr lebih rapat dengan Ustaz, alhamdullilah, berbanding saya. Paling tidak, Sdr lebih banyak menghadiri ceramah Ustaz berbanding saya, menjadikan secara jasmaninya Sdr lebih rapat kepada Usatz. Tetapi tak apa, saya pula cuba menghampiri pola pemikiran Ustaz (rohaninya, kalau itu tidak menjadi keterlaluan kata). Juga setelah beberapa kali Sdr menyebut Sunaahtullah, saya berminat juga nak menghampiri minda Sdr. Jika tiada halangan berbicara!

2. Saya setuju sepenuhnya kenyataan Sdr tentang Sunnah Allah yang menentukan segalanya, termasuk membolak-balikkan hati manusia. Saya juga seperti Sdr, malah juga Ustaz dan semua, sangat bergantung harap kepada Dia, kerana seperti peringatan Sdr “Dialah Pemilik segala”. Tiada siapa lain yang kita harapkan dan begitu juga tida siapa lain yang kita takutkan, melainkan Dia. Malah pada saya, tiada yang wujud melainkan Dia.

3. Boleh saya katakan, saya mengenali Ustaz disebabkan ingin tahu tentang Sunnah Allah. Pertama kali saya berjumpa Ustaz, tidak lain dan tidak bukan utntuk mendapat pandangan tentang Sunnah Allah (Adam-adam sebelum Adam), yang akhirnya saya ungkapkan selalu sebagai Carakerja Allah. Ilmu Sains pada saya adalah ilmu yang membantu kita mencari perincian tentang Carakerja Allah, setelah Kitab Al Quran (sebagai rujukan awal) memberikan petunjuk tentangnya.

4. Sunnah Allah, antara contoh, mengilhamkan (ayat asalnya mengwahyukan) kepada lebah untuk bersarang di busut atau di pokok. Kalau difikirkan mendalam, apakah Allah memberikan ilham kepada lebah sahaja? atau hanya mengwahyukan ilmuNya kepada Nabi dan RasulNya sahaja? Pancaran ilham dari Allah itu meliputi semua mahlukNya. Bezanya kesedaran kita tentang kehadiran ilham itu yang mendatangkan kesan. Oleh kerana kita mencemari diri dengan mengikut kata nafsu, maka ilham yang baik dari Allah itu menjadi tercemar.

5. Antara mahlukNya, manusia diberikan pilihan sepenuhnya dalam kehidupan, dan kemudian dipertanggung-jawabkan dengan pilihan tersebut, setelah kita diberikan cukup akal bagi mengadili dan menilai ilham (tarbiah) yang diberikan. Kalau Allah memberikan ilham kepada tabuan (sepupu lebah) untuk menyengat manusia, tabuan akan melaksanakannya apabila perlu dan tidak dipertanggung-jawabkan dengan kerosakan atau kesakitan yang terkena sengatnya. Sebagai mahluk tidak diberikan cukup akal, tabuan dan lebah, sentiasa bertasbih kepada Penciptanya dengan menyengat, antaranya.

6. Maka kita sebagai manusia, yang diberikan cukup akal, dan diarah menjadi khalifah, perlu memikirkan kesan kita berinteraksi dengan Alam, atau tabuan dan lebah tadi. Dah Orang Tua-tua pesan, “Jangan dijolok sarang tabuan …”, begitu juga Sunnah Allah telah menentukan tabuan menyengat, maka kita kena hadapai akibat dari pilihan dan tindakan kita menjolok sarang tabuan. Jangan disalahkan tabuan menyengat. Jangan disalahkan babi membawa H1N1. Jangan salahkan Adese membawa denggi. Jangan salahkan doktor tak pesan bersihkan rumah. Semuanya pada kita … diri kita!


S22 Peristiwa dan semasa.

Ogos 6, 2009

Prtikan dari analisis Tafsir Nur Al Ihsan.

Prtikan dari analisis Tafsir Nur Al Ihsan.


Dari SIO, terima kasih.

Dari SIO, terima kasih.

Ini kerana terdapat pekara lain yang lebih besar seperti kejadian Alam ini dan segala mahluk ciptaan Allah swt.

Keratan dari SIO.

Keratan dari SIO.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.