SA64 Selamat Hari Raya Aidilfitri.

September 26, 2009

Saya mengucapkan kepada semua … Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semuga Kelas Tarbiah Ramadhan kekal semangatnya sehingga dibuka lagi tahun depan. Jangan sampai semangat dan roh Ramadhan padam sebelum smapai Ramadhan akan datang. Selamat menghidupkan puasa yang lepas.


SA63 Permata 822

September 9, 2009

Surah At-Talaq

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

4. Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

ذَٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

5. Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

6. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

7. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


SA62 Petikan 15 – Kembara rohani.

September 9, 2009

From Wiki

From Wiki

Saya terdiam lalu memikirkan sesuatu. Dari mana Raja Qin mendapat tahu bahawa akan wujudnya hari kebangkitan, kehidupan selepas mati di mana dia akan hidup semula?

Adakah dia terpaut dengan ajaran falsafah atau memang dalam faham nenek moyangnya, telah ada kepercayaan sebegitu? Dalam filem itu telah ditunjukkan bagaimana Raja Qin bangkit semula lalu bersama para tentera Terracotta yang dipimpinnya, dia pun membuat kacau-bilau semula di dunia moden hari ini.

Ada juga kita dengar satu ungkapan (atau mungkin hadis) berbunyi, ‘Tuntutlah ilmu hatta ke negeri China.’ Walaupun ada kalangan ulama’ mendebatkan kesahihan hadis ini, tetapi adakah kerana hal ini, maka Laluan Sutera terbuka merentang dari Istanbul ke Xian?

“Dialah yang telah menghapuskan semua kitab-kitab lama ini dan mewujudkan Mandarin sebagai bahasa untuk enyatukan semua kaum Cina di bawah kekuasaannya. Jadi, semua orang akan menyatu di bawah bumbung bahasa,” kata Encik Allan.

Suku kaum atau ‘Bani’ Qin
Qin Shi Huang adalah Maharaja Dinasti ‘Bani’ Qin yang pertama setelah baginda berjaya menyerang, memerangi dan menggempur sekalian puak untuk tunduk menyatu di bawah kekuasaannya. Menurut catatan, kekuasaan baginda
bermula seawal 221 sehinggalah 210 sebelum Masihi.

Setelah menyatukan China, beliau membina Tembok Besar China. Juga dibinanya sebuah makam kota yang dijaga patung-patung Tentera Terracotta bersaiz manusia. Melihatkan semua ini, kita barangkali terfikir, apakah yang sebenarnya ingin dicapai Raja Qin?

Laluan Sutera itu yang berpenghujung di Xian itu sendiri menyebabkan kita semua berasa terpanggil berfikir; bahawa hubungan Islam dan Tamadun China itu sangat rapi dan rapat sekali. Ertinya, Islam telah mara untuk menjalin hubungan dengan dunia Timur melalui dinasti kemaharajaan yang agung itu.

Dari Sekolah Pemikiran Pendang, HD

—————

Tingkatan AMAL di Bulan Ramadan antaranya dengan KEMBARA ROHANI. Sesungguhnya Roh kita terus hidup selepas jemu dengan jasad yang diberikan. Imbang amal jasadi dengan amal rohani, yang akan mengembara lebih lama. “Akhirat itu lebih baik dari Dunia”, maka tingkatkan amal fikir dan zikir.


SA61 Permata 820 & 821.

September 8, 2009

Permata 821 memulakan Surah At Talalq [65:1]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

1. Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


SA60 Petikan 14 – Ganjaran-ist

September 8, 2009

ia adalah suatu persoalan. kemudian dalil-dalil yang dipetik dari al quran cuma menjelaskan kedudukan syurga yang merupakan ganjaran terbaik dan teragung dari Allah buat hambaNya yang bertaqwa. dalil-dalil itu tidak langsung mampu membuktikan bahawa suatu yang menjadi kesalahan kerana beribadah semata-mata demi Allah dan kerana Allah. malah sememangnya itulah yang dituntut buat kita.

ganjaran2 Allah cuma sebagai berita2 gembira membuktikan bahawa Allah tak pernah mensia-siakan hambaNya yang mengabdikan diri padaNya. namun bukanlah matlamat beribadah itu untuk meraih ganjaran syurga. namun jika ada kemahuan dan keinginan itu tidaklah salah pula, cuma hati2 dengan jiwa kita kerana kita mesti faham bahawa syarat ibadah diterima sebagai ibadah ialah ikhlas.

Jalan ke Syurga banyak sign-board!

Jalan ke Syurga banyak sign-board!


bagi ahli sufi, untuk mendidik jiwa maka jangan difikirkan atas ganjaran, malah di dunia lagi para ahli sufi telah cuba menjauhkan kemewahan dengan bersikap zuhud. supaya sifat cinta dunia tidak wujud dalam diri. ini semua merupakan sifat berhati-hati supaya hati sentiasa terjaga. sentiasa beribadah kepada Allah kerana diri kita hamba Allah. kita dijadikan semata-mata untuk beribadah pada Allah. moga2 Allah redha dengan diri kita dan ampunkan dosa2 kita. itulah pendirian ahli sufi yang tidak mengharapkan syurga. kerana hanya mahu tumpu pada keredhaan Allah.

namun bukanlah bermakna bahawa ahli sufi memandang hina syurga Allah seperti memandang hina kelazatan dunia. syurga Allah itu ganjaran Allah sebagai bukti Allah redha buat kita, maka tentulah kita menerima ganjaran itu. namun bukan kita beribadah mahu diberi ganjaran.

Sebuntil masa ni = 1000 buntil masa tu!

Sebuntil masa ni = 1000 buntil masa tu!

Dari saudara kita. Terima kasih.

———-

Seakan serupa semacam Material-ist. Tetapi, yang tak bekerja kerana takut akan dapat duit, lagi teruk dari Ganjaran-ist/Material-ist. Susah juga!


SA59 Petikan 13 – Nuzul Al Quran.

September 7, 2009

Jasad Al Quran

Jasad Al Quran

1. Dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

2. Dari http://sharudin.com/2007/09/29/28-2/

8. Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw berpringkat-pringkat, selama 23 tahun. Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradidinya menyambut Nuzul Al Quran pada 17 Ramada, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat mengenai turunnya Al Quran ialah padam malam Isnin tanggal 24 Ramadan bersamaan 13 Ogos 610 Masihi. Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadan adalah berpandukan ayat 41, surah Al Anfal memfokuskan kepada peristiwa perang Badar bukannya Al Quran. Rujuk Bahagian Agama Ms 15 Berita Harian bertarikh 17 Ramadan 2007.

3. Dari http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/home.htm

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

4. Dari http://www.mindamadani.my/content/view/148/2/

Keistimewaan al-Quran sebagai dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah.” (al-Nah, ayat 89)

5. Dari http://inijalanku.wordpress.com/2009/09/03/mengingati-nuzul-quran-17-ramadan/

(4) Betapa hebat dan kuatnya jiwa Rasulullah saw dalam bukan sahaja menerima ayat-ayat Al-Quran tetapi juga menerima bebanan Dakwah yang terkandung didalam ayat-ayat tersebut. Baginda saw hanya menggigil ketakutan tetapi tidak binasa jiwanya. Sekiranya pada malam itu Al-Quran diturunkan bukan kepada Baginda saw, tetapi kepada Gua Hirak atau Jabal Nur itu sendiri, nescaya akan pecah bukit tersebut lantaran tidak tertanggung amanah yang diberikan oleh Allah swt. “Kalau Kami turunkan Al-Quran ini keatas bukit, nescaya engkau akan melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah. Demikian perumpamaan Kami berikan kepada manusia supaya mereka berfikir” (Al-Quran). Alangkah jauhnya ramai umat Islam zaman kini yang tidak membaca Al-Quran. Jika membacanya, ramai pula yang tidak memahaminya. Jika memahaminya, ramai pula yang tidak takut, tidak kecut, tidak mengigil kerana takut kepada Penurunnya dan kepada amanah-amanah yang terkandung didalamnya yang mesti dilaksanakan !!

6. Dari http://www.danialzainalabidin.com/2008/09/16/tazkirah-nuzul-quran/

Ramai dari kalangan umat Islam di Nusantara pada hari ini lebih mengutamakan pembacaan al-Quran mengikut tajwid yang betul tanpa banyak memberi tumpuan kepada kefahaman ayat, sedangkan Allah menghendaki umat Islam memahami dan mengkaji isi-isi Al-Quran. Apabila mesej al-Quran dapat difahami dengan betul, barulah penghayatan akan dapat dilaksanakan dengan baik.


SA58 SIO – Salam fikrah.

September 7, 2009

Komen saya di SIO yang belum di masukkan (tertinggal) ke SDC.

Sharudin
10/10/2007 | 6:34 pm

Salam fikrah

1. Kiasan ‘Pokok berbuah’ memang kena pada menerangkan ketiga-tiga rukun yang membentuk Islam. Memang hasil yang dipelukan ialah buah yang lebat dan berkualiti tinggi. Tidak ada makna kita menanam pokok sekiranya ia tidak mengeluarkan hasil, kalu buah yang diharapkan, maka buahlah yang sepatutnya menjagi hasil dan kalau daun yang diharapkan (seperti sayur) maka kita mengharapkan sayur yang menghijau yang dapat membantu dapam menjaga kesihatan manusia. Tetapi ada juga pokok yang kita tak harapkan buahnya atau daunnya, tetapi batang kayunya, untuk bermacam kegunaan.

2. Maka kalau dilihat secara mendalam, walau apa jenis tumbuhan pun (buah, daun, batang, perhiasan dan sebagainaya), termasuklah yang tidak jejak ke bumi (duit-duit dan tumpang-tumpang) kesemuanya melibatkan akar, yang dikiaskan di dalam rencana Ustaz sebagai akidah. Dari akarlah bermulanya pertumbuhan pokok. Dengan akarlah pokok itu mendapatkan makanan utamanya, samada terus dari bumi atau yang bertawassul atau berwakil kepada pokok lain. Menumpang di pokok lain ini selalunya membawa konotasi negatif, terutama sekiranya pokok yang ditumpangnya mati akibat pertumbuhannya.

1

Namanya manja Liana, tetapi bila membelit pokok lain ... membunuh

3. Maka saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan ustaz, “Tak apa, kalau Aqidah dah betul, Ibadah dah sahih, eloklah nanti akhlaqnya” daripada kenyataan Ustaz, “sukar benar untuk mencari petani yang menyemai buah Akhlaq… mencari ‘ilmu’ Akhlaq amatlah payah” dan “jika kita meminta sesiapa mengajar bab Akhlaq, ramai guru yang tidak selesa. Kalau ada yang mahu, dipakejkan pula ke dalam Tariqah, lantas yang awam menggaru kepala.”. Maafkan saya berterus terang dalam hal ini kerana ianya sangat asas dan menentukan.

4. Suka juga dibawa petikan dari Muhammad Abduh yang merupakan petikan dari rencana Ustaz, “Aku ke Paris dan kutemui Islam tanpa Muslim. Kupulang ke Mesir, kutemui Muslim tanpa Islam” dan satu petikan yang saya pernah baca tetapi sedang mencari sumbernya, lebihkurang begini, “Tidaklah aku menenui Tuhan hanya di Baitullah, bahkan aku menemuiNya di kampung halamanku”.

5. Kita jelas dengan kata-kata “Matalamat tidak menghalalkan cara”, yang pernah saya sambungkan dengan “Cara tidak mewajibkan matalamat (tujuan)”. Terpegunnya kita melihat Paris memaparkan ahlak masyarakat yang jauh lebih teratur dari Mesir, tidak membolehkan kita menyimpulkan bahawa Paris lebih Islam dari Mesir dalam segi aqidah (mengenali Allah) kerana matalamat tidak menghalalkan cara. Begitu juga hal Islamnya Mesir, tidak dapat disimpulkan dengan mudah sebagai belawanan dengan Paris, kerana cara (ritual yang nampak seakan Islam) itu tidak mewajibkan matlamat untuk hadir bersamanya. Dari sudut muhasabah diri, sudah semestinya petikan Muhammad Abduh itu sangat berharga, tetapi mendalami situasi sebenar perlu dilakukan, untuk kefahaman yang jitu kepada pentingnya aqidah kepada manusia, sebagaimana pentingnya akar pada tumbuhan-tumbuhan di atas.

6. Kita tidak akan dapat mencari “mencari petani yang menyemai buah Akhlaq” kerana seperti yang Ustaz jelaskan “bermula dengan benih dan baja, penjagaan yang rapi sepanjang masa, agar nantinya pokok berbuah… menghasilkan Akhlaq.” Bermakna aqidah itu yang sebenarnya akan menghasilkan dan memantapkan ahlak, dan bukan menyemai bauh ahlak. Saya faham Ustaz hendak mengatakan penemyaian biji benih yang baik, tetapi, biji benih itulah yang akan mengeluarkan akarnya (aqidah) dahulu, sebelum keluar daun pertamanya.

7. Saya berpeluang mengikuti perkembangan pengajaran ilmu Tauhid di masjid berhampiran rumah saya oleh seorang penceramah Usuluddin tersohor, keturunan Patani. Selama 20 tahun dia mengajar jemaah lelaki dan perempuan, “dibahas hingga tersembam ke muka bumi” seperti pengamatan Ustaz, akhirnya terpaksa berundur dengan kata penamat “belum baliq lagi dari segi aqidah”. Kesimpulan saya pada masa itu, kegagalan kedua pehak kerana tidak mahu menggunakan pendekatan minda terbuka ilmu mantiq (logik termasuk sains dan sebagainya).

8. Kepentingan penyemaian benih agama (yang mengandungi benih ahlak), yang kita rujuk sebagai penyuburan akidah, sangat penting, kerana aqidah itu adalah tujuan beragama. Kita tidak perlu beragama sekiranya tidak untuk mengenal Allah swt, sebagaimana “Bermulanya agama itu adalah mengenal Allah (mari’fahtul Allah)”. InsyaAllah dengan biji benih yang betul dan pemahaman Tauhid yang mantap, akan menghasilkan carakerja Ibadah yang tidak berbentuk ritual (auto pilot, kata Ustaz, tanpa disedari) dan menghasilkan ahlak yang mulia, yang sebenarnya melambangkan akidah yang baik.

9. Dari Bhg 14 Teori Darwin, penekanan saya adalah kepada pemahaman TCP (Tujuan, Cara dan Penilaian) dalam mendalami apa yang hendak disampaikan melalui tiga serangkai agama (Rukun Iman, Islam dan Ikhsan). Tidak dinafikan kiasan Ustaz ‘Pokok berbuah’ itu memberikan gambaran yang terang, dengan beberapa tasawur (konsep) diberikan sentuhan berbeza. Dengan TCP kita jelas pada tujuan hidup dan bertuhan kepada Allah. Berevolusinya kehidupan adalah untuk kita mengenal siapa pencipta kita dan dengan mengambil sarananNya sebagai carakerja (Ibadah), Dia akan memimpin kita ke arah mengaenaliNya. Tetapi sekiranya kita melihat kepada ‘buah’ dikhuatiri kita tidak akan mengenal pencipta ‘buah’ tersebut. Untuk sama-sama difikirkan.

10. Begitulah pandangan dari sudut yang saya amati, sekadar berusaha mengubah pandangan dari sudut sediada. Yang pentingnya saya tidak berkerut muka atau menggunakan emosi saya dalam menghasil pandang yang berbeza ini. Hasilnya akan ditentukan oleh Allah dari Qadar yang telah saya pilih. Semuga bersama-sama kita manfaat ruangan untuk bertukar pendapat ini.

Selamat berbuka dan selamat menyempurnakan terawikh.


SA57 Permata 816 – 819.

September 7, 2009

Computer saya telah dilarang menghubungi web Al Quran Al Islam. Orang yang menghidap virus ketuhanan telah menghantar virus ke kumputer saya. Laman Al Quran yang lain tidak terjejas.

Sementara itu bacalah teori ini,

RAHMAN

RAHMAN


Lebih terkejut baca kandungannya dari logonya!

Lebih terkejut baca kandungannya dari logonya!


SA56 Petikan Puasa 12 – Sebab akibat.

September 6, 2009

Dari sana dan sini.

Bantahan al-Ghazzali terhadap kepastian hukum sebab-akibat bukan tanpa alasan. Sebab kepastian bentuk hubungan (wajh al-iqtiran) sebab-akibat itu tidak dapat dibuktikan secara empiris. Yang ada hanya pengalaman bahwa setiap ada sebab biasanya diikuti oleh akibat (nafs al-iqtiran). Inilah yang ditiru oleh David Hume. Tapi, berbeda dari Hume, al-Ghazzali menganggap apa yang kita saksikan sebagai kebiasaan (‘adah) sebab-akibat ini tunduk pada kehendak Allah.

Posisi al-Ghazzali dalam masalah ini berada di antara mutakallimun dan falasifah. Al-Ghazzali menggunakan teori jawhar (atom) para mutakallimun (Asy’ariyyah dan Mu’tazilah). Segala benda dan makhluk di dunia ini terdiri dari substansi (jawhar) dan aksidensi (‘ard). Dan semua itu diciptakan Allah secara terus menerus (dawam al-khalq wa al-in’idam). Tapi ia tidak sependapat dengan mutakallimun yang menolak adanya sebab-akibat. Al-Ghazzali justeru sepakat dengan falasifah bahwa di alam semesta ini terdapat hukum sebab-akibat. Hanya saja ia tidak sependapat dengan falasifah yang mengatakan bahwa hubungan sebab dan akibat dalam alam semesta ini adalah pasti. Di mana ada sebab pasti di situ akan ada akibat. Setiap api (sebab) pasti membakar (akibat). Bagi al-Ghazzali ini akan membatasi kekuasaan Tuhan. Ertinya dengan menerapkan konsep Aristotle ini maka hubungan antara alam semesta dengan Tuhan menjadi tidak langsung. Tuhan tidak mempunyai peranan langsung dalam mengatur kejadian alam yang berupa sebab akibat ini. Dengan teori ini bererti hukum-hukum alam ini berjalan sendiri tanpa peranan langsung Tuhan.

Pokok Syariah dari SIO

Pokok Syariah dari SIO


Pandangan falasifah sejalan atau bahkan dapat dikatakan berasal dari konsep limpahan di mana Tuhan sebagai Sebab Pertama dan Makhluk sebagai akibat berkaitan secara pasti. Dari Penyebab Pertama ke akal pertama hingga akal ke sepuluh merupakan kaitan serial yang pasti (necessary). Namun, dalam teori ini akhirnya Tuhan tidak lagi berkaitan langsung dengan dunia material, termasuk dalam menentukan hubungan sebab-akibat.

Kajian tentang perdebatan al-Ghazzali dan para falasifah ini tidak dapat didekati dalam perspektif jadali. Ia lebih tepat didekati dengan teori atau framework worldview. Dengan menggunakan falasifah ini, konsep sebab-akibat al-Ghazzali ditelusuri dari konsepnya tentang Tuhan, yang merupakan realiti Mutlak, konsep alam, konsep manusia dan konsep ilmu. Kesemuanya itu diperlukan sebagai matriks perbedaan.

Dari matrik sini maka dapat diketahui bahawa dalam konsep al-Ghazzali sebab-akibat di dalam realiti fizik dilihat dalam kaitan dengan realiti metafizik. Bahkan sebab-akibat di dunia fizik sebagai bahagian daripada sebab-akibat dalam realiti metafizika. Jika demikian maka ilmu pengetahuan tentang fenomena fizik yang empiris tidak bisa dilepaskan dari pengetahuan metafizik. Ini bererti bahwa sains merupakan sebahagian daripada teologi. Inilah landasan dari teori sebab-akibat al-Ghazzali yang secara diametrikal bertentangan dengan pandangan sains Barat modenn yang terpisah dari metafizika (teologi).

Tapi dapatkah kita memperoleh pengetahuan dari hukum kausalitas yang mungkin dikaitkan dengan realiti metafizik. Menurut al-Ghazzali dapat, sebab ia memiliki prinsip integrasi bahwa setiap ilmu pengetahuan agama adalah rasional dan setiap pengetahuan rasional adalah bersifat spiritual. Dalam proses epistemologinya ia menggunakan metod demonstrasi (al-burhan) para filsuf yang ia modifikasi agar sejalan dengan prinsip-prinsip sebab-akibatnya. Walhasil, pengetahuan yang diperoleh daripada sebab-akibat dalam fenomena alam itu tidak pasti (daruri/necessary), tapi hanya sebatas “tentu” (certain). Jadi tuduhan Ibn Rushd bahwa al-Ghazzali menolak ilmu pengetahuan ternyata tidak benar.


SA55 Petikan 11 – IQ EQ SQ

September 5, 2009

eisqh1-300x275KESEIMBANGAN IQ, EQ DAN SQ DALAM
PERSPEKTIF ISLAM
Oleh Hj. Husnaini A. (Terima kasih Pak Haji)

Pendahuluan.

….

Kecerdasan spiritual adalah kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna atau value, yakni kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup dalam konteks makna yang lebih luas. Kecerdasan untuk menilai bahwa tindakan atau jalan hidup seseorang lebih bermakna dibanding dengan yang lain. Dapat juga dikatakan bahwa kecerdasan spiritual merupakan kemampuan untuk memberi makna ibadah terhadap setiap perilaku dan kegiatan, melalui langkah- langkah dan pemikiran yang bersifat fitrah dalam upaya menggapai kualitas hanif dan ikhlas5. SQ adalah suara hati Ilahiyah yang memotivasi seseorang untuk berbuat atau tidak berbuat .

Kalau EQ berpusat di hati, maka SQ berpusat pada “hati nurani” (Fuad/dhamir). Kebenaran suara fuad tidak perlu diragukan Sejak awal kejadiannya, “fuad” telah tunduk kepada perjanjian ketuhanan ” Bukankah Aku ini Tuhanmu ?” Mereka menjawab :” Betul (Engkau Tuhan kami ), kami bersaksi “( al-A’raaf,7:172 ). Di samping itu, secara eksplisit Allah SWT menyatakan bahwa penciptaan Fuad/ al-Af’idah selaku komponen utama manusia terjadi pada saat manusia masih dalam rahim ibunya (al-Sajadah,32:9). Tentunya ada makna yang tersirat di balik informasi Allah tentang saat penciptaan fuad karena Sang Pencipta tidak memberikan informasi yang sama tentang waktu penciptaan akal dan qalbu. Isyarat yang dapat ditangkap dari perbedaan tersebut adalah bahwa kebenaran suara fuad jauh melampaui kebenaran suara akal dan qalbu .

Hati di dada?

Hati di dada?


Agar SQ dapat bekerja optimal, maka “Fuad” harus sesering mungkin diaktifkan. Manusia dipanggil untuk setiap saat berkomunikasi dengan fuad-nya Untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu, tanya dulu pendapat fuad/dhamir. Dengan cara demikian maka daya kerja SQ akan optimal, sehingga dapat memandu pola hidup seseorang. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan sabda beliau “sal dhamiruka” (tanya hati nuranimu). Fuad ibarat battery, yang kalau jarang dipakai maka daya kerjanya akan lemah, malah mungkin tidak dapat bekerja sama sekali. Dalam kaitan ini lah, agama menyeru manusia agar mengagungkan Allah, membersihkan pakaian dan meninggalkan perbuatan dosa. (al-Mudatstir, 74:1-5) Semuanya itu diperintahkan dalam kerangka optimalisasi daya kerja fuad / mempertinggi SQ seseorang.

Mengacu kepada paparan di atas, dapat ditegaskan bahwa Islam memberikan apresiasi yang tinggi terhadap SQ. Tinggal lagi bagaimana manusia memelihara SQ-nya agar dapat berfungsi optimal. Sebagai perbandingan ada baiknya penulis mengambil contoh berikut : “Apabila kita lupa sesuatu , bukan berarti hal yang terlupakan itu telah hilang dari tempat penyimpanannya, melainkan karena sistem untuk mengakses ke tempat penyimpanan memori tersebut sudah lemah. Akses ke tempat penyimpanan akan kembali kuat bila sering dipergunakan. Begitu pula sebaliknya.”6 Demikian juga halnya dengan SQ, kalau sistem untuk mengaksesnya sering dipergunakan, maka daya kerjanya akan optimal. Allah SWT menjamin kebenaran SQ , karena ia merupakan pancaran sinar Ilahiyah. (al-Najmu, 53:11). Penegasan al-Qur’an ini menunjukkan bahwa SQ adalah landasan yang diperlukan untuk memfungsikan IQ dan EQ secara efektif. Bahkan SQ merupakan kecerdasan tertinggi.7

Penutup

Jantung = hati ?

Jantung = hati ?


Sentuhan al-Qur’an dan al-Hadis yang begitu halus dan gamblang terhadap akal , qalbu dan fuad sebagai pusat IQ , EQ dan SQ menunjukkan bahwa Islam memberikan apresiasi yang sama terhadap ketiga sistem kecerdasan tersebut. Hubungan ketiganya dapat dikatakan saling membutuhkan dan melengkapi . Namun kalau akan dibedakan , maka SQ merupakan “Prima Causa ” dari IQ dan EQ. SQ mengajarkan interaksi manusia dengan al-Khalik , sementara IQ dan EQ mengajarkan interaksi manusia dengan dirinya dan alam di sekitarnya. Tanpa ketiganya bekerja proporsional, maka manusia tidak akan dapat menggapai statusnya sebagai “Khalifah” di muka bumi.

Oleh karena Islam memberikan penekanan yang sama terhadap ” hablun min Allah ” dan “hablun min al-naas “, maka dapat diyakini bahwa keseimbangan IQ, EQ dan SQ merupakan substansi dari ajaran Islam. Jika selama ini orang Islam sadar atau tidak, turut mengagungkan dan memberi penekanan terhadap pendidikan akal dengan mengenyampingkan pendidikan hati dan hati nurani berarti orang Islam telah mengabaikan semangat dan ajaran agamanya. Kondisi yang tidak ideal tersebut sudah waktunya diakhiri , dengan memberikan pendidikan dan kepedulian yang sama terhadap IQ, EQ dan SQ .
Wa Allah ‘alamu bi al-shawab

1 A. Winarno dan Tri Saksono, Kecerdasan Emosional, Jakarta, LAN, 2001, hal. 4.
2 Ibid, hal. 8
3 Ary Ginanjar Agustian, ESQ, Jakarta, Penerbit Arga, 2002, Cet. 7, hal. xliii
4 Daniel Goleman, Working with Emotional Intelligence, (New York : Bantam Books, 1999) hal. 13.
5 Ary Ginanjar Agustian, ESQ, Op. cit., hal 57
6 Taufik Bahaudin, Brainware Management, Jakarta : PT Gramedia, 2000, cet. Kedua, hal. 60
7 Ary Ginanjar Agustia, loc.cit


SA54 Permata 814 & 815.

September 4, 2009

Tak dapat menghubungi Al Quran Al Islam website.

Sementara itu, dan hanya selepas baca AQ, kena juga tahu bagaimana Pelakun berlakun.


SA53 Petikan Puasa 10 – Pengalaman …

September 4, 2009

Al-Gazali dan Ibn Arabi

Kecerdasan spiritual menurut Al-Gazali dapat diperoleh melalui wahyu dan atau ilham. Wahyu merupakan “kata-kata” yang menggambarkan hal-hal yang tidak dapat dilihat secara umum, yang diturunkan Allah kepada Nabi-Nya dengan maksud supaya disampaikan kepada orang lain sebagai petunjuk_nya. Sedangkan ilham hanya merupakan “pengungkapan” (mukasyafah) kepada manusia pribadi yang disampaikan melalui batinnya. Al-Gazali tidak membatasi ilham itu hanya pada wali tetapi diperuntukkan kepada siapapun juga yang diperkenankan oleh Allah.

Menurut Al-Gazali, tidak ada perantara antara manusia dan pencipta-Nya. Ilham diserupakan dengan cahaya yang jatuh di atas hati yang murni dan sejati, bersih, dan lembut. Dari sini Al-Gazali tidak setuju ilham disebut atau diterjemahkan dengan intuisi. Ilham berada di wilayah supra conciousnes sedangkan intuisi hanya merupakan sub-conciousnes. Allah Swt sewaktu-waktu dapat saja mengangkat tabir yang membatasi Dirinya dengan makhluk-Nya. Ilmu yang diperoleh secara langsung dari Allah Swt, itulah yang disebut ‘Ilm al-Ladunny oleh Al-Gazali.[12]

Orang yang tidak dapat mengakses langsung ilmu pengetahuan dari-Nya tidak akan menjadi pandai, karena kepandaian itu dari Allah Swt. Al-Gazali mengukuhkan pendapatnya dengan mengutip Q.S. Al-Baqarah [2:269] Allah menganugrahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran

Ibn Arabi menganalisis lebih mikro lagi tentang kecerdasan spiritual dengan dihubungkannya kepada tiga sifat ilmu pengetahuan ini, yaitu yaitu pengetahuan kudus (‘ilm al-ladunni), ilmu pengetahuan misteri-misteri (‘ilm al-asr±r) dan ilmu pengetahuan tentang gaib (‘ilm al-gaib).[14] Ketiga jenis ilmu pengetahuan ini tidak dapat diakses oleh kecerdasan intelektual. Tentang kecerdasan intelektual, Ibn ‘Arabi cenderung mengikuti pendapat Al-Hallaj yang menyatakan bahwa intelektualitas manusia tidak mampu memahami realitas-realitas. Hanya dengan kecerdasan spirituallah yang mampu memahami ketiga sifat ilmu pengetahuan tersebut di atas.

Al-Gazali dan Ibn ‘Arabi mempunyai kedekatan pendapat di sekitar aksessibilitas kecerdasan spiritual. Menurut Al-Gazali, jika seseorang mampu mensinergikan berbagai kemampuan dan kecerdasan yang ada pada diri manusia, maka yang bersangkutan dapat “membaca” alam semesta. Kemampuan membaca alam semesta di sini merupakan anak tangga menuju pengetahuan (ma’rifah) tentang pencipta-Nya. Karena alam semesta menurut Al-Gazali merupaka “tulisan” Allah Swt.

Menurut Al-Gazali, hampir seluruh manusia pada dasarnya dilengkapi dengan kemampuan untuk mencapai tingkat kenabian dalam mengetahui kebenaran, antara lain dengan kemampuan membaca alam semesta tadi. Fenomena “kenabian” bukanlah sesuatu yang supernatural, yang tidak memberi peluang bagi manusia dengan sifat-sifatnya untuk “menerimanya”. Dengan pemberian kemampuan dan berbagai kecerdasan kepada manusia, maka “kenabian” menjadi fenomena alami. Keajaiban yang menyertai para Rasul sebelum Nabi Muhammad bukanlah aspek integral dari “kenabian”, tetapi hanyalah alat untuk pelengkap alam mempercepat umat percaya dan meyakini risalah para Rasul


SA52 Petikan Puasa 9 – Dua …

September 3, 2009

1. Mazhab, dari Harakah

Kumpulan Syiah Yaman dikatakan telah membina hubungan baik dengan Tehran dan juga Hizbullah di Lubnan dalam usaha berdepan tekanan. Sentimen kebangkitan Syiah seluruh Asia Barat kebelakangan ini mampu menyumbang kepada kerjasama itu.

Yaman mempunyai hubungan sukar dengan jirannya di utara itu. Menjelang Perang Teluk pertama pada awal 1990-an, Yaman dihukum keras Saudi dan sekutu Baratnya kerana tidak menyokong agenda menyerang Iraq.

Sempadan Arab Saudi dengan Yaman pula sentiasa tegang, dengan beberapa pertempuran kecil pernah berlaku melibatkan kedua-dua negara. Prospek untuk konflik lebih besar berlaku sentiasa wujud, dan ini membuka peluang kepada Iran untuk membina pengaruh, mendedahkan rantau Asia Barat dan dunia Muslim kepada satu lagi kemungkinan konflik berdarah yang berpanjangan. _

Dari BH

Dari BH

2. Sidang DUN, dari Berita Harian

Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.

Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri “Speaker” manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di “pihak kerajaan yang memerintah” di kanan “Speaker”.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.

Nota … Teringat solat dua imam, satu ketika dahulu, di sana.

3. Menteri. dari Utusan

Tiada dua menteri jaga KPI – Idris Jala

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Senator Datuk Seri Idris Jala, 51, hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan seorang menteri yang akan memberi laporan kepada seorang menteri lain dalam portfolio mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Katanya, semua pihak harus dapat membezakan antara tanggungjawabnya sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).

4. EGM dari NST, MCA rival camps rush to craft EGM agendas

Dari Kosmo

Dari Kosmo

5. Cara dari Kosmo (dengan izin atau tidak) ‘Spiderman’ buat kejutan lagi

6. Allah? dari Aqidah … mustahil!

Indeed, knowledge and action are the fundamental elements comprising the conceptual structure of Islam. “Islam” is the verbal noun of the verb aslama, meaning “to submit”. It refers to one’s submission to God, the submission that is made consciously and willingly.

“Consciously” means “knowingly”, and “willingly” means “freely”, without compulsion.

Defined as such, the submission as demanded by Islam is not possible without knowledge.


SA51 Petikan Puasa 8 – Assets up.

September 2, 2009

ASSETS held by the world’s 100 biggest Islamic banks grew 66 per cent in 2008 from the previous year despite the financial turmoil that clobbered mainstream lenders, a report said on Friday.

The top 100 Islamic banks held assets totalling US$580 billion (S$836 billion) last year, up from US$350 billion in 2007, according to an annual report by The Asian Banker, a magazine for financial professionals.

In the same period, Asia’s 300 biggest banks saw their assets rise by a much slower 13.4 per cent, it said.

A financial storm sparked by a crisis in the US housing market swept across the world late last year. Its impact spilled over into the general economy and sent several countries into recession.

Prominent US investment bank Lehman Brothers collapsed into bankruptcy, while several other major Western banks suffered massive losses.

Dari utusan

Dari utusan


‘Despite the financial turmoil in late 2008 that crippled so many large Western institutions, Islamic banks have continued to grow in prominence and size,’ the magazine said in a press statement.

Emmanuel Daniel, the magazine’s president and chief executive, added: ‘Islamic finance has seen an incredible surge in popularity, based on stronger regulatory regimes and a better international understanding of its dynamics.’

Islamic banking fuses principles of sharia or Islamic law and modern banking. Islamic funds are banned from investing in companies associated with tobacco, alcohol or gambling.

Iranian banks were the biggest players in the global Islamic banking sector, holding seven out of the top 10 rankings and 12 out of the 100, but Saudi Arabian lenders were more profitable, the report said.

Saudi Arabia’s Al Rajhi Bank had the highest net income of US$1.74 billion, which is more than five times the earnings of Bank Tejarat, Iran’s most profitable lender.

Iranian banks also took up 40 per cent of the total assets of the top 100 banks, with the UAE, Malaysia, Saudi Arabia and Kuwait accounting for a combined 40 per cent. Smaller banks in 10 other markets accounted for the rest. — AFP

————

Physical Assets seem to go up, but spiritual assets divided by different percieved beliefs (down).

Gambar di pohon buluh … Hj Google kata, “dah takdir bercerai” ada 35,000 carian. Mudahnya menyalahkan Tuhan!


SA50 Petikan Puasa 7 – Pembangkang menang!

September 1, 2009

Parti pembangkang menang besar Utusan

TOKYO 30 Ogos – Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini hari ini, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso.

Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh TV Asahi, sebaik-baik pengundian tamat hari ini, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah, manakala Tokyo Broadcasting System pula meramalkan parti pembangkang berhaluan tengah-kiri itu akan memenangi 321 kerusi.

Badan penyiaran awam, NHK pula meramalkan DPJ akan memenangi antara 298 dan 329 kerusi, berbanding antara 84 hingga 131 kerusi oleh parti konservatif LDP pimpinan Perdana Menteri Taro Aso, 68 tahun.

Nippon Television pula menjangkakan DPJ memenangi 324 kerusi berbanding LDP sebanyak 96 kerusi.

“Ia merupakan kemenangan besar. Ia pilihan raya yang dramatik,” kata wartawan veteran yang berkhidmat dengan akhbar harian Asahi Shimbun, Hiroshi Hoshi kepada TV Asahi.

Yukio Hatoyama - Dari Utusan

Yukio Hatoyama - Dari Utusan


LDP – yang telah memerintah Jepun sejak 1955 kecuali ‘berehat sekejap’ selama 10-bulan pada 1993-1994, mempunyai 303 kerusi di Parlimen berbanding DPJ sebanyak 112 kerusi sebelum Parlimen dibubarkan Julai lalu.

DPJ yang diketuai Yukio Hatoyama, 62, dijangka menubuhkan Kabinet baru, dalam masa beberapa minggu lagi. Kemenangan besar ini akan memudahkan debat berhubung polisi di Parlimen, yang sebelum ini menghadapi kebuntuan berikutan kejayaan DPJ dan sekutunya menguasai Dewan Tinggi pada 2007.

“Parti pemerintah (LDP) telah mengkhianati rakyat sejak empat tahun lalu, menyebabkan ekonomi semakin parah, hutang awam meningkat melebihi enam trilion yen (RM225 bilion), pembaziran, merosakkan jaringan keselamatan sosial dan menjarakkan lagi jurang antara golongan miskin dan kaya,” demikian menurut kenyataan DPJ ketika proses pengundian bermula pagi tadi.

———–

Mereka tidak menyalah-gunakan Agama semasa berkempen, menjadikan demokrasi dwi-parti berkembang biak. Tidak timbul isu parti lawan masuk Neraka atau tidak.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.