1. Mazhab, dari Harakah
Kumpulan Syiah Yaman dikatakan telah membina hubungan baik dengan Tehran dan juga Hizbullah di Lubnan dalam usaha berdepan tekanan. Sentimen kebangkitan Syiah seluruh Asia Barat kebelakangan ini mampu menyumbang kepada kerjasama itu.
Yaman mempunyai hubungan sukar dengan jirannya di utara itu. Menjelang Perang Teluk pertama pada awal 1990-an, Yaman dihukum keras Saudi dan sekutu Baratnya kerana tidak menyokong agenda menyerang Iraq.
Sempadan Arab Saudi dengan Yaman pula sentiasa tegang, dengan beberapa pertempuran kecil pernah berlaku melibatkan kedua-dua negara. Prospek untuk konflik lebih besar berlaku sentiasa wujud, dan ini membuka peluang kepada Iran untuk membina pengaruh, mendedahkan rantau Asia Barat dan dunia Muslim kepada satu lagi kemungkinan konflik berdarah yang berpanjangan. _
2. Sidang DUN, dari Berita HarianMesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.
Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri “Speaker” manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di “pihak kerajaan yang memerintah” di kanan “Speaker”.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.
Nota … Teringat solat dua imam, satu ketika dahulu, di sana.
3. Menteri. dari Utusan
Tiada dua menteri jaga KPI – Idris Jala
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Senator Datuk Seri Idris Jala, 51, hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan seorang menteri yang akan memberi laporan kepada seorang menteri lain dalam portfolio mengawal pelaksanaan inisiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).
Katanya, semua pihak harus dapat membezakan antara tanggungjawabnya sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
4. EGM dari NST, MCA rival camps rush to craft EGM agendas

Dari Kosmo
6. Allah? dari Aqidah … mustahil!
Indeed, knowledge and action are the fundamental elements comprising the conceptual structure of Islam. “Islam” is the verbal noun of the verb aslama, meaning “to submit”. It refers to one’s submission to God, the submission that is made consciously and willingly.
“Consciously” means “knowingly”, and “willingly” means “freely”, without compulsion.
Defined as such, the submission as demanded by Islam is not possible without knowledge.

Dikirim oleh Pak Din 31