Computer saya telah dilarang menghubungi web Al Quran Al Islam. Orang yang menghidap virus ketuhanan telah menghantar virus ke kumputer saya. Laman Al Quran yang lain tidak terjejas.
Entri ini dikirim pada hari Isnin, 7 September 2009, 6:43 am dan diletakkan dalam kategori DARWIN. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0.
Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
3. “Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).” – dari R56 ke SI.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia mengagungkan (Allah SWT).
( Al-A’la: 14-15 )
Keterangan:
Tuhan
= rab
= Allah SWT
Nama
= berasal dari perkataan ‘Isma’ (sesuatu sebagai pembentukan)
= sesuatu sebagai penzahiran
= jasad
Maka, nama Tuhannya
= jasad Allah, sebagai pegangannya
= jasad manusia yang menzahirkan Zat Allah, sebagai pegangannya.
= Manusia yang menzahirkan Zat Allah SWT, sebagai pegangannya.
Solat
= mengagungkan
Mudahnya, ayat ini dibaca sebegini:
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
dan dia ingat Manusia yang menzahirkan Zat Allah SWT, sebagai pegangannya, lalu dia mengagungkan (Si Penzahir).
( Al-A’la: 14-15 )
Masihkah kita tidak akui yang kita ini adalah sifatnya, yang lemah dan tak terdaya? Usahlah kita lupa, apabila diberi nyawa untuk hidup, kita bermaharajalela. Siapa kita? Sekadar sifat atau kita ini Allah? Ingatlah kita ini sebenarnya sekadar sifat sahaja bukan bererti kita ini berkuasa. Malah dalam agama, kita sekadar ikut tok atau moyang kita, namun ada pula yang pantas lagi pintar bagaikan rasul, membuat andaian agama sesuka hati sedangkan kita sendiri tak mengerti. Ingat, jangan merasakan nama atau pangkat yang kita jawat selama di dunia ini mampu membawa kita ke jalan yang diredhai Allah, malah agama yang sebenarnya kita anuti kita sendiri tidak tahu melainkan malaikat dan rasul-rasulnya.
“Manusia yang menzahirkan Zat Allah”, agak berbeza dengan “Alam (manusia dan semua mahluk bukan manusia) yang menzahirkan Hasilkerja Allah”. Zat Allah tidak hadir di Alam ini, tetapi Sifat dan PerbuatanNya (Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja) yang hadir.
Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dari sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan duji Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah.
Komen yang menggunakan nama saya Sharudin, Shar atau Pak Din, yang diakhiri dengan alamat web, selalunya adalah petikan dari alamat tersebut. Ia sebagai pautan dan tidak berkaitan dengan setuju atau tidak saya kepadanya. Semua pendapat adalah bagi tujuan kefahaman dan pendidikan.
3. “Sudah pasti kehilangan akal, mereka yang mengatakan ‘tiada apa di dalam jubahku melainkan Dia’, begitu juga ‘Ana ul Haq’ (Mansur Al-Hallaj) dan sememangnya patut dipisah roh dan jasadnya. Tetapi melalui Al Quran dan kajian ilmu sains, pencarian hakikat menghala ke arah itu. Sudah pasti ada persimpangan yang mengelirukan, tetapi simpang yang perlu di ambil berhampiran persimpangan yang telah salah di ambil. Jadi kenapa kita harus takut mengarah ke persimpangan itu. Hanya akal yang digunakan secara besyukur (ke atas pemberiannya) yang dapat masalahah dalam jubah itu. Ia bukan ke arah pantheism, wahdat al-wujud, Bahá’í Faith’s unity atau sebagainya, tetapi kesatuan ke arah Theory of Everyhing, dengan pandangan dari sudut mereka yang mempunyai benih iman (bukan taklid dan taasub).” – dari R56 ke SI.
http://sharudin.com/2008/07/08/s017-harun-yahaya-ww/
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia mengagungkan (Allah SWT).
( Al-A’la: 14-15 )
http://manatuhanallah.com/?page_id=41
“Manusia yang menzahirkan Zat Allah”, agak berbeza dengan “Alam (manusia dan semua mahluk bukan manusia) yang menzahirkan Hasilkerja Allah”. Zat Allah tidak hadir di Alam ini, tetapi Sifat dan PerbuatanNya (Carakerja, Gerakkerja dan Hasilkerja) yang hadir.
Dari http://alqasam.hadithuna.com/2009/09/03/repost-ramadan-14-hilangkan-sifat-keakuan/