SA61 Permata 820 & 821.

September 8, 2009

Permata 821 memulakan Surah At Talalq [65:1]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

1. Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

2. Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

3. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


SA60 Petikan 14 – Ganjaran-ist

September 8, 2009

ia adalah suatu persoalan. kemudian dalil-dalil yang dipetik dari al quran cuma menjelaskan kedudukan syurga yang merupakan ganjaran terbaik dan teragung dari Allah buat hambaNya yang bertaqwa. dalil-dalil itu tidak langsung mampu membuktikan bahawa suatu yang menjadi kesalahan kerana beribadah semata-mata demi Allah dan kerana Allah. malah sememangnya itulah yang dituntut buat kita.

ganjaran2 Allah cuma sebagai berita2 gembira membuktikan bahawa Allah tak pernah mensia-siakan hambaNya yang mengabdikan diri padaNya. namun bukanlah matlamat beribadah itu untuk meraih ganjaran syurga. namun jika ada kemahuan dan keinginan itu tidaklah salah pula, cuma hati2 dengan jiwa kita kerana kita mesti faham bahawa syarat ibadah diterima sebagai ibadah ialah ikhlas.

Jalan ke Syurga banyak sign-board!

Jalan ke Syurga banyak sign-board!


bagi ahli sufi, untuk mendidik jiwa maka jangan difikirkan atas ganjaran, malah di dunia lagi para ahli sufi telah cuba menjauhkan kemewahan dengan bersikap zuhud. supaya sifat cinta dunia tidak wujud dalam diri. ini semua merupakan sifat berhati-hati supaya hati sentiasa terjaga. sentiasa beribadah kepada Allah kerana diri kita hamba Allah. kita dijadikan semata-mata untuk beribadah pada Allah. moga2 Allah redha dengan diri kita dan ampunkan dosa2 kita. itulah pendirian ahli sufi yang tidak mengharapkan syurga. kerana hanya mahu tumpu pada keredhaan Allah.

namun bukanlah bermakna bahawa ahli sufi memandang hina syurga Allah seperti memandang hina kelazatan dunia. syurga Allah itu ganjaran Allah sebagai bukti Allah redha buat kita, maka tentulah kita menerima ganjaran itu. namun bukan kita beribadah mahu diberi ganjaran.

Sebuntil masa ni = 1000 buntil masa tu!

Sebuntil masa ni = 1000 buntil masa tu!

Dari saudara kita. Terima kasih.

———-

Seakan serupa semacam Material-ist. Tetapi, yang tak bekerja kerana takut akan dapat duit, lagi teruk dari Ganjaran-ist/Material-ist. Susah juga!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.