SA63 Permata 822

September 9, 2009

Surah At-Talaq

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

4. Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

ذَٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

5. Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

6. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

7. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.


SA62 Petikan 15 – Kembara rohani.

September 9, 2009

From Wiki

From Wiki

Saya terdiam lalu memikirkan sesuatu. Dari mana Raja Qin mendapat tahu bahawa akan wujudnya hari kebangkitan, kehidupan selepas mati di mana dia akan hidup semula?

Adakah dia terpaut dengan ajaran falsafah atau memang dalam faham nenek moyangnya, telah ada kepercayaan sebegitu? Dalam filem itu telah ditunjukkan bagaimana Raja Qin bangkit semula lalu bersama para tentera Terracotta yang dipimpinnya, dia pun membuat kacau-bilau semula di dunia moden hari ini.

Ada juga kita dengar satu ungkapan (atau mungkin hadis) berbunyi, ‘Tuntutlah ilmu hatta ke negeri China.’ Walaupun ada kalangan ulama’ mendebatkan kesahihan hadis ini, tetapi adakah kerana hal ini, maka Laluan Sutera terbuka merentang dari Istanbul ke Xian?

“Dialah yang telah menghapuskan semua kitab-kitab lama ini dan mewujudkan Mandarin sebagai bahasa untuk enyatukan semua kaum Cina di bawah kekuasaannya. Jadi, semua orang akan menyatu di bawah bumbung bahasa,” kata Encik Allan.

Suku kaum atau ‘Bani’ Qin
Qin Shi Huang adalah Maharaja Dinasti ‘Bani’ Qin yang pertama setelah baginda berjaya menyerang, memerangi dan menggempur sekalian puak untuk tunduk menyatu di bawah kekuasaannya. Menurut catatan, kekuasaan baginda
bermula seawal 221 sehinggalah 210 sebelum Masihi.

Setelah menyatukan China, beliau membina Tembok Besar China. Juga dibinanya sebuah makam kota yang dijaga patung-patung Tentera Terracotta bersaiz manusia. Melihatkan semua ini, kita barangkali terfikir, apakah yang sebenarnya ingin dicapai Raja Qin?

Laluan Sutera itu yang berpenghujung di Xian itu sendiri menyebabkan kita semua berasa terpanggil berfikir; bahawa hubungan Islam dan Tamadun China itu sangat rapi dan rapat sekali. Ertinya, Islam telah mara untuk menjalin hubungan dengan dunia Timur melalui dinasti kemaharajaan yang agung itu.

Dari Sekolah Pemikiran Pendang, HD

—————

Tingkatan AMAL di Bulan Ramadan antaranya dengan KEMBARA ROHANI. Sesungguhnya Roh kita terus hidup selepas jemu dengan jasad yang diberikan. Imbang amal jasadi dengan amal rohani, yang akan mengembara lebih lama. “Akhirat itu lebih baik dari Dunia”, maka tingkatkan amal fikir dan zikir.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.