SA70 Tak kenal, ngaku kenal.

Oktober 27, 2009

Kalau ditanya siapa tahu itu TV dan HP, sebagai contoh, rasanya di Msia, budak tadika dah tahu macamana nak guna remote TV dan HP. Maka kalau ditanya “tahu yang mana TV atau HP?” pasti semua kata ya! saya tahu dan kenal yang mana satu TV dan HP. Renungkan mendalam, apakah layak yang mengatakan tahu hanya mengambil manfaat untuk diri sendiri itu, kenal atau tahu pada TV atau HP. Mereka hanya tahu menggunakan, tak pernah tahu cara kerja TV atau HP.

Dari sana.


SA69 Kata, umpat dan andai.

Oktober 13, 2009

Siapa yang melakukan apa?

Mengata, mengumpat dan mengandai (membuat andaian). Bukalah cermin hitam sekiranya waktu malam menjelang atau suasana tidak secerah ketika matahari terik memancar. Sunnah Allah digunakan oleh pencipta cermin mata semasa menciptanya. Langgar Sunnah Allah, butalah (tak nampaklah) benda yang terang di hadapan kita. Saya menulis (tipu sikit, menaip) dengan dakwat halimunan. Selamat membaca.


SA68 Permata 841 di Surah Nuh.

Oktober 13, 2009

Semalam Kelas membincangkan ayat 10 – 20 Surah Nuh, yang mengingatkan kita kepada Sunnah Allah.


SA67 Permata 833 di Surah Al Qalam

Oktober 4, 2009

Mengakhiri Surah Al Qalam ialah peringatan kepada kita, Ayat 52, “Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh alam”.

Dah terang tak payah nak suluh, melainkan kita pakai sunglass hitam di waktu malam.


SA66 Permata cuti 11 hari!

Oktober 1, 2009

Enam hari sebelum HR dan lima hari selepas HR. Cuti terpanjang sejak dimulakan.

Hari ini Permata memulakan Surah ketiga di Juz 29.

Buku huraian untuk Juz 29 dan 30 dipinjam kawan dahulu dan sampai kini tidak dipulangkan (lama betul dia membacanya) jadi mulai Juz 29 tiada bacaan huraian dari Buku Orang, hanya dari saya.

Ingat … pentingkan faham Al Quran dari membacanya. Pentingkan tersirat dari tersuratnya. Pentingkan tujuan dari cara mencapainya. Pentingkan Roh dan Jasadnya. Hanya untuk yang berjaya.


SA65 Sikap dan Ops Sikap.

Oktober 1, 2009

Kereta besar tidak menjamin besarnya peluang untuk selamat ketika kemalangan

Kereta besar tidak menjamin besarnya peluang untuk selamat ketika kemalangan

Ops Sikap memberitahu kita 260 mati di jalanraya ketika berseronok nak beraya. Ops Sikap cuba mengubah sikap pemandu semasa di jalan raya. Ketika memandu kenderaan, pemandu terikut perasaan, kerana terlalu mudah mengeksploit kuasa kenderaan yang dipandunya.

Bagaiamana Ops Sikap menyerlahkan kegagalan pemandu untuk berhemah, ia juga membuktikan pemandu jasad tidak terlepas dari tuduhan yang sama. Cuai dalam pemanduan kehidupan menuju matalamat seterusnya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.