6. Tanpa disedari kehidupan kita di Alam ini, adalah pada dasar landasan yang sama. Nafsu atau potensi negatif menjadi pendorong kepada merwanai kehidupan. Tanpa nafsu, maka tiada pekara yang bernama kehidupan. Tanpa Allah berkehendak menjadikan kebaikan, maka tidak akan terhasil by-product atau hasil sampingan bernama kejahatan. Maka kejahatan itu sebenarnya ialah tiadanya kebaikan, sebagaimana kosongnya gelas itu adalah kerana ketiadaan (penuh) air. Tidak sekali-kali Allah mencipta kejahatan TETAPI tidak sekali-kali kejahatan itu hadir hanya dengan adanya SYAITAN.
salam pakdin,
macamana kalau aku kata yg baik itu dari Allah, yg jahat pun dari Allah..
Yang memungkinkan segalanya berlaku adalah Allah, kerana tiada kuasa lain, selain dari kuasa Allah yang hadir di Alam ini, menyebabkan kita boleh membuat kesimpulan kedua-duanya adalah dari Allah. Allah tidak terlibat dengan pilihan menjadi baik atau jahat, tetapi kuasaNya meliputi baik dan jahat. Satu ibarat yang selalu saya gunakan ialah perlindungan yang diberikan oleh sebuah rumah sebagai tempat berlindung dari perubahan cuaca, seperti dari panas terik kepada ribut hujan. Apakah disebabkan rumah memberikan perlindungan itu, maka rumah terlibat dengan kegiatan yang dipilih oleh penghuninya, samada melakukan sesuatu yang baik atau sesuatu yang jahat. Rumah boleh dikatakan terlibat melindungi kegiatan jahat, sekiranya berlaku, tetapi kita tidak mengatakan rumah bertanggungjawab dalam pilihan penghuninya, apabila berlakunya kegiatan jahat itu.
Saya berterima kasih aku sudi menggunakan ruangan ini untuk berbincang tentang hakikat. Kita hanya berusaha memahami segalanya, tetapi perlu diingatkan keterbatasan akal kita memikirkan tentang segalanya. Apapun kita perlu berusaha membuka minda agar ilham dariNya setiasa terus membasahi pemikiran kita, berbanding terlalu gopoh dalam berpemikiran dengan menutup minda dari idea yang kita anggap pelik, sebelum lagi kita mengambil usaha memikirkan tentangnya. Inilah kelemahan yang banyak kita lihat dalam beragama semasa ini. Seperti diingatkan di Surah Al Alaq, bahawa “Dia yang mengajar dengan Kalam”, yang membawa maksud, antara lain, bahawa tarbiah atau pengajaran darinya adalah termaktub (tersirat, tertulis) di dalam Alam.
4. Setelah mendalami kajian Sunnah Allah (CarakerjaNya), FT memberikan peluang untuk saya menserasikan Agama dan Sians, untuk menjawab hubungan Esanya (Wahid fi Asma’ wa Sifat wa Af’al) Khaliq dengan tak terkira banyaknya (infinite) makhluk. FT kepada an infinitely huge pulse, is a frequency spectrum consisting of all frequency. Terjemahannya, semua mahluk yang di Alam ini dicipta dan terbentuk dari Kuasa Yang Satu.
http://yamah.wordpress.com/2010/11/09/p671-fourier-transform/