SA73 Sunah itu mudah
Mudah dan susahnya sesuatu itu sangat relatif kepada manusia. Bersyukurlah kita sekiranya kesusahan memperincikan Sunnah Allah, atau CarakerjaNya itu, sesuatu yang mudah buat kita. Begitulah juga mudahnya, membudayakan Sunnah Allah dalam segala pekerjaan yang Allah Syariatkan kepada kita. Ia menjadi susah apabila awal pertumbuhan pemikiran kita tebantut akibat dari perangkap adat yang dipasang oleh masyarakat itu sendiri. Sebab itu Imam Al Ghazali berjihad secara rohani (jihad pemikiran) berbanding, tidak terkira sramainya Muslim sekarang, yang hanya berkobar semangat untuk berjihad jasmani.

Sekadar muhasabah:
Firman Allah Taala
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
bermaksud:
Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Nahl: Ayat 43).
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Ya, benar kalian berpegang dengan nas maksum (al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W.) yang diwahyukan dari Allah Taala tetapi kefahaman kamu terhadap nas tersebut bukanlah wahyu apatah lagi maksum, kalian hanya berpendapat berdasarkan zahir nas sahaja.
(Kitab: Kaifa Nataamalu Maa Turath).
Berkata Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi:
Sesungguhnya ramai di kalangan golongan muda pada zaman sekarang yang hanya membaca beberapa kitab terutamanya di dalam ilmu hadis. Lantas merasakan mereka sudah pakar di dalam ilmu padahal mereka belum pun mengecapi permulaannya. Mendakwa mereka mampu berijtihad di dalam urusan agama, di dalam masa yang sama ilmu Bahasa Arab serta komponen-komponenny a serta nahu dan saraf tunggang langgang. Seandainya anda menyoal mereka supaya irab sebaris ayat, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Mereka juga tidak mempelajari usul fiqh! Hanya meneka-neka sebarang dugaan kononnya mengetahui akan sebarang permasalahan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mahir dengan ilmu fiqh apatah lagi untuk menyelami lautan perbahasan yang luas yang akan menjadikan mereka lebih mahir dan berkemampuan untuk memahami dengan baik. Sesungguhnya mereka ini sepertimana kata Imam Zahabi: Teringin untuk terbang tetapi tiada bulu.
(Kitab: al-Sahwah ak-Islamiyyah Min al-Murahaqah Ila al-Rusyd).
http://us.mg2.mail.yahoo.com/dc/launch?.gx=1&.rand=0rbb2jvv9dg4f
Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti.
Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif.
Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar ‘disusah-susahkan’.
http://saifulislam.com/?p=7013#comment-64912