SA76 Hard or hardly working?

4. Antara yang paling menarik tentang Dr MM ialah sikap muhasabah diri atau self critic. Tidak ramai orang yang boleh melakukan ini. Arus Perdana dilatih untuk bermotivasi, iaitu sentiasa memandang ke atas, “capai bulan dan bintang”, sementara dalam hal bermuhasabah, bukan kejayaan apa yang telah kita lakukan yang perlu dilihat, tetapi melihat tanggung-jawab mana yang belum kita laksanakan. Bukan melihat apa yang telah kita lakukan untuk merasakan lega atau kepuasan dalam menyatakan kesyukuran, tetapi menganalisanya untuk berkira-kira apa yang belum lagi kita tunaikan.

One Response to SA76 Hard or hardly working?

  1. Pak Din berkata:

    Respond with both empathy and symphaty,

    Sdr Abdullah,
    Salam

    Sebagai seorang yang diberikan kurnia masa, biarlah saya mengambil jalan jauh sedikit, berbanding jalan pintas dan senang yang kebanyakan orang suka ambil. Jauh pun tak jauh sangat, cuma nak memastikan saya dapat memahamkan diri sendiri lebih dari memahamkankan ornag lain. Saya belum berkesempatan membaca buku hebat yang dirujuk, tetapi cukuplah
    kesimpulan lebihkurang yang Sdr kemukakan,

    Takdir adalah perkatan Melayau yang datang dari perkataan Arab. Qa Da Ra ialah kata asasnya yang membawa makna telah mengkadarkan atau telah menetapkan piawaian atau ciri-ciri sesuatu berlaku. Penambahan ta pada perkataan Arab menandakan dari perbuatan yang telah lepas menjadi kepada perbuatan yang sedang berlaku. Bermakna Allah sentiasa menguat-kuasakan kadar-kadar yang telah ditetapkan sejak dari Azali.

    Mengatakan bahawa segala yang berlaku hanya bergantung sepenuhnya kepada usaha kita, kalau silap ditafsir mungkin menjadikan kita menjadi Kaum Qadariah, iaitu yang mengatkan bahawa segalanya bergantung kepada usaha dan kudrat kita. Sebaliknya orang yang sebaliknya, yang memulangkan segalanya kepada nasib, akan tergolong di dalam Kaum Jabariah. Maka bagaimanakah untuk berada dipertengahan?

    Kita tunggu jawapan dari ustaz-ustaz yang bertauliah, kerana sekarang ini tanpa tauliah bertulis susah juga nak komen.

    http://saifulislam.com/?p=956#comment-65114

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.