SA77 Fikiran saya kusut

Bermusuh-musuhan rupanya

“(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A’lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi,” ujarnya.

3 Responses to SA77 Fikiran saya kusut

  1. Pak Din berkata:

    10-11 hingga 25 380 spams

  2. Pak Din berkata:

    ARKIB : 25/11/2009
    Fikiran saya kusut – Nik Aziz

    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
    dan ASMA HANIM MAHMOOD
    utusankelantan@utusan.com.my

    KOTA BHARU 24 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui fikirannya kusut berikutan kemelut yang melibatkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Menurut Menteri Besar itu, keadaan tersebut menyebabkan beliau berdiam diri dan enggan mengulas perkara itu kepada pihak media sebelum ini kerana ingin mencari ketenangan.

    Jelasnya, situasi yang sama pernah berlaku kepada Nabi Muhammad SAW yang tidak berhubung dengan orang ramai lebih sebulan apabila isteri baginda, Siti Aisyah difitnah.

    “Kita sebagai manusia ada masa terganggu. Nabi Muhammad SAW lebih dari sebulan tak berjumpa dengan orang ramai bila timbul fitnah terhadap isterinya, Siti Aisyah. Peristiwa Al-Ifki itu begitu sekali mendukacitakan, mengecewakan sampai sebulan Nabi tak berhubung dengan orang ramai.

    ”Teruk saya ini sebenarnya, tapi begitulah. Kita bergantung dengan Allah, minta doa, sebelum subuh kita bangun, kalau boleh menangis sebagai saksi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.

    Bagaimanapun kata Nik Abdul Aziz, beliau berasa lega sekarang kerana isu itu dianggapnya sudah selesai berikutan arahannya kepada Abdul Ariffahmi supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK semalam.

    Beliau menafikan keputusan yang dibuatnya itu kerana tekanan kepimpinan Pas Pusat.

    “Ini yang dipanggil berpakat, tegur menegur, itu asas Islam. Saya tekan Pusat, Pusat tekan saya. Masa saya cadangkan EGM (mesyuarat agung luar biasa) baru-baru ini, ada orang setuju, sebab itu saya tekan dia (Pusat).

    “(Saya) lega yang ini selesai. Ini satu, yang depan lagi Wallahu A’lam. Biasalah kita serang musuh, musuh serang kita. Kita jangan emosi,” ujarnya.

    Semalam, rombongan Pas Pusat terdiri daripada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr. Hatta Ramli menemui Menteri Besar.

    Mereka menasihatkan Nik Abdul Aziz agar mengarahkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik kepimpinan kerajaan negeri.

    Ia berikutan pelbagai polemik dalam parti dan rakyat negeri ini yang mempertikai kewajaran menantu Menteri Besar itu dilantik ke jawatan tersebut yang boleh menjejaskan imej Pas dan kepimpinan negeri.

    Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Nik Abdul Aziz untuk menentukan tarikh sebenar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi.

    Katanya, ia adalah atas budi bicara Menteri Besar sebagai Pengerusi PMBK untuk menentukan perkara tersebut.

    Dalam masa yang sama, Mohd. Zaki menolak dakwaan bahawa Pas Kelantan sudah tidak dapat memberi teguran kepada Nik Abdul Aziz sehingga memerlukan campur tangan Pas Pusat.

    “Ini proses biasa dalam parti. Kita kena faham parti yang menguasai kerajaan, maknanya apa sahaja yang berlaku dalam negeri yang diperintah oleh Pas, kepimpinan Pusat berhak beri pandangan.

    “Sebagaimana Tok Guru kata tadi, Pas Pusat berhak beri pandangan dan ada ketikanya Tok Guru sebagai Mursyidul Am berhak beri pandangan kepada presiden dan jawatankuasa Pas Pusat seperti isu EGM baru-baru ini,” katanya.

    Tambahnya, segala yang diputuskan dalam Pas berlaku secara kolektif dan semua pandangan dari setiap peringkat sama ada Pusat, negeri atau bawahan diambil kira.

  3. Pak Din 31 berkata:

    Dari Berita Harian

    Raja Perlis dukacita negeri dilabel amal Wahabi

    KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Perlis sebagai negeri yang mengamalkan fahaman Wahabi.

    Tuduhan itu dikatakan sering dilemparkan termasuk melalui media massa dengan alasan Perlis tidak mengamalkan doa qunut semasa solat Subuh dan tidak berdoa beramai-ramai selepas solat untuk menidakkan amalan Sunnah yang diamalkan di negara ini.

    “Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang),” titah baginda.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.