6. Pandu-uji kenderaan besi saya (Espace) adalah selari dengan keperluan bertakwa kepada Allah, pada saya sudah pasti, tidak kebanyakan orang lain. Saya sangat takut dengan perintah Allah yang dinamakan Sunah, kerana kadar-kadar yang telah Dia tentukan tidak pernah mengenal mereka yang mematuhi Syariat atau tidak. Kalau kata kereta nak jamm di tengah jalan, Allah yang Maha Adil, tidak memilih hambanya yang telah bersolat atau tidak, tetapi berdasarkan kepada samada benih yang disemai dibaja atau tidak! Semuga usaha kecil bertakwa kepadaNya itu terlihat olehNya.
salam pak din,
aku kurang faham..
Selamat berkorban wahai aku dan pembaca lain semuanya.
Semuga sambutan Hari Raya Korban yang hanya beberapa hari ini dapat diterjemahkan kepada pengorbanan sepanjang tahun sehingga bertu lagi dengan HRK tahun depan, dan tidak hanya terlah kepada terkorbannya segala binatang ternakan.
Nabi Besar Junjungan Muhammad SAW adalah Penghulu kepada 124,000 nabi-nabi yang telah diutuskan Allah membawa risalah Tauhid, mengenal dan mengesakan Dia. Nabilah UlulAzmi dari 25 orang Rasul yang wajib diketahui namanya, terdiri dari pelbagai bangsa, budaya dan persekitaran.
Peringatan yang selalu dibaca di wirid solat ialah “Laa Nufariku bina ahadim min rusulih …”, ataupun satu peringatan untuk kita tidak memisahkan jasa, tanggungjawab dan pengorbanan yang telah 124,000 ini lakukan. Mereka semua, dari pelbagai laterbelakang mempromosikan Budaya Islam sebagai cara hidup, tetapi tidak dinafikan mempunyai cara hidup yang berbeza dari sedi budaya lain, seperti makan, pakai dan tempat tinggal.
Antara kepentingan meneruskan Budaya Islam dan nilainya, dengan budaya-budaya lain, termasuk Syariat yang berbeza, kita wajib mengenali mana yang UTAMA dan mana yang kurang. JAngan samapi kita mengutamakan yang kurang, sehinggakan ia kelihatan seperti itulah Islam. Tepuklah kepala tanya akal …