1. Saya sedar tajuk ‘Amal dan ilmu’ yang digunakan sebelum ini tidak begitu sesuai dengan isi kandungan yang dikemukakan. Saya kemukakan beberapa pandangan berhubung kata kunci ‘peraturan’ dan ‘perintah’, bagi memastikan kita berada di atas dasar yang kukuh. Tidak dapat dinafikan kecenderungan kita membezakan antara peraturan yang bernama Sunnah dengan peraturan bernama Syariah. Sunnah Allah adalah Carakerja Allah menterjemah kehendakNya menjadi makhluk, sementara Syariat Allah kemudian menjadi Sunnah Nabi, yang menterjemah kefahaman Nabi dari Kitab Al Quran yang diterimanya.
2. Kehendak Allah ialah IradahNya yang diterjemah melalui KudrahNya (kuasa) kepada kewujudan Alam ini. “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi (ghaib) …” Dari kehendakNya, menjadi Alam dengan KuasaNya. Bagaimana kita hendak memahami penyaluran KuasaNya, adalah dengan menjadi Ulil Albab, iaitu memahami bagaimana setiap peristiwa yang berlaku di Alam ini, adalah merupakan tanda kehadiran KuasaNya, yang dibuat dengan Peraturan-peraturan yang telah ditetapkanNya. Peraturan (atau perintah) ini yang disebut sebagai Sunnahtullah (Carakerja Allah).
3. Allah juga memberikan garis panduan dalam bentuk peraturan, bagaimana manusia perlu menjalani kehidupan di Alam ini. Peraturan ini dinamakan Syariat Allah. Kedua-dua peraturan (yang merupakan perintahNya) perlu dipatuhai bagi mendapatkan keredaanNya. Memahami CarakerjaNya (Sunnah) memberikan kejayaan kehidupan di Dunia, sementara memahami SyariatNya kemudian, memastikan kejayaan kehidupan di Akhirat. Dengna mengambil keduanya, barulah kehidupan maju di Dunia dan Akhirat.
4. Al Quran mengatakan bahawa Sunnah Allah tidak pernah dan tidak akan berubah mengikut masa, sementara diingatkan bagi tempat dan masa berbeza, terdapat Syariat yang berbeza. Kefahaman kita kepada perkataan feqh, atau ijtihad, dalam menterjemah Syariat Allah, untuk menjadi peraturan kehidupan, wajib dibuat bagi memastikan kehidupan dapat berkembang maju. Islam adalah Agama kemajuan, yang berdasarkan kefahaman apa yang tersirat di sebalik apa yang disuratkan.
5. Saya bersetuju dengan kenyataan awam perenggan pertama, walaupun penjelasan seterusnya menyempitkan definasi ilmu itu sendiri. Ilmu adalah segala-gala tentang Pencipta, ilmu tentang Zat, Sifat dan FealNya. Tidak sesuai dipanggil ilmu, pengatahuan tentang bagaimana terjemahan Syariat untuk dijadikan panduan hidup oleh manusia. Ilmu adalah segala yang berkaitan dengan Carakerja (sunnah) Allah. Sementara cara kerja manusia tidak layak dipanggil sebagai ilmu, ianya hanya pengetahuan, yang sepatutnya membudayakan Carakerja Allah.Sunnahtullah (carakerja Allah).
6. “Natijah ilmu mesti bermatlamatkan Iman”. Iman pula akhirnya perlu bermatalamatkan mengenal Allah, maarifatullah, bukan penghambaan diri, tana mengenali Pencipta secara menyeluruh. Tidak laya kita menyebut mengenal Allah, dengan hanya menghafal namanya sahaja, tanpa mahu mengambil tahu tentang bagaimana Allah bekerja, menyalurkan TenagaNya ke Alam ini. Tidak lengkap iman seseorang yang hanya melaksanakan Syariat, tanpa mahu mendalami SunnahNYa. Tidak dinafikan iman itu bermula dengan taklid, sebagaiman di warisi dari keturunan, tetapi akhirnya iman perlu kepada pengukuhan dalam bentuk mendapatkan pembuktian iman.