SA86 Tauhid Muslim dan Kafir.

Sesungguhnya perkara yang paling pelik ialah menganggap orang kafir sebagai ahli tauhid dan menganggap orang Islam yang telah mengucapkan kalimah tauhid sebagai bukan ahli tauhid.

Renungilah! Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat 70 tahun. Ibadah Abu Darda’ r.a yang paling utama selepas melaksanakan kefarduan ialah bertafakur kerana dengannya dia sampai kepada hakikat suatu perkara dan membezakan di antara yang hak dan batil.

Bahkan, dengannya juga dia dapat menilik kerosakan dan helah nafsu yang halus, tipu daya dunia, dan mengenali helah-helah untuk lebih berwaspada dengannya.

Petikan dari Utusan

One Response to SA86 Tauhid Muslim dan Kafir.

  1. Pak Din berkata:

    Yusof al-Qaradhawi pula menegaskan ada enam ciri syariah Islam iaitu:

    •Robbaniyah (ketuhanan) – oleh kerana ia bersifat ‘ketuhanan’ maka seseorang Muslim tidak mempunyai alasan untuk menolak syariah kerana seorang Muslim mesti meyakini hukum syariah yang paling adil dan sempurna.

    •Insaniyah (kemanusiaan) – syariah mengangkat martabat manusia serta memeliharanya. Ia dicipta untuk manusia dan sesuai dengan kapasiti manusia itu sendiri tanpa mengira ras, warna kulit atau status.

    •Syumuliah (komprehensif) – syariah Islam mengatur seluruh kehidupan manusia dan tidak secara terpilih dalam bidang tertentu saja.

    •Akhlaqiah (peribadi mulia) – akhlak dan moral menjadi benteng kepada keindahan syariah Islam kerana tujuan Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia;

    •Waqiyyah (realistik) – syariah Islam adalah benar dan realistik, tidak ketinggalan zaman, memacu kejayaan dan praktikal; dan

    •Tanasuq (keteraturan) – sifat saling lengkap melengkapi dalam syariah menjadikannya suatu sistem atau tanzim yang terbaik kerana ia tidak bertentangan antara satu sama lain.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.