أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (88:17)
88:17 Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,
وَإِلَى السَّمَاء كَيْفَ رُفِعَتْ (88:18)
88:18 Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?
وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (88:19)
88:19 Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (88:20)
88:20 Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?
فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ (88:21)
88:21 (Malay) Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.
Kelihatannya sekarang, Muslim seakan mengatakan semua soalan dari Allah itu perlu dikaji oleh saintis yang dikatakan Bukan Islam. Kita ikut Syariah sahaja cukuplah. Sunnah Allah itu hal orang lain.
Pak Din Berkata di sana pada Disember 9, 2009 at 9:42 am
Keratan ini )bukan Surah di atas) memaparkan kerana kasih dan sayang, tetapi apakan yang tersurat itu benar-benar kebenarannya. Apakah ada unsur takut dan hormat pada arahan sahaja?, mungkin, menyebabkan anak-aank yang tidak berakal panjang ini terus terjun, terfikirkan ibubapanya telah memberikan peringatan untuk menjaga adik kecilnya dengan segalanya (termasuk nyawa). Saya melihatnya sebagai kes kekurangan panduan (yang diajar) untuk kecemasan. Dan kurang jangkauan ketika menerangkan sesuatu. Hal ini banyak berlaku kepada Muslim ketika di ajar tentang ilmu ketuhanan.
Kesilapan terbesar dalam hal ini ialah tafsiran agama yang sebahagian besarnya bersifat arkaik dan tidak mentafsirkan agama untuk kehidupan dunia yang jauh berbeza daripada tempat dan masa yang dijadikan rujukan utama golongan agamawan. Kritikan ini bukan baru dan telah banyak kali dikemukakan.
Wacana dominan golongan agama ini juga, seperti yang banyak dilihat di banyak negara majoriti Muslim seluruh dunia, sebenarnya bersifat sekular, kerana memisahkan apa yang disebut agama dengan kehidupan seharian, walaupun kelompok ini sangat memusuhi sekularisme.
Dapat dilihat dengan jelas pemisahan domain yang disebut sebagai agama dan “dunia” oleh kelompok ini. Walaupun menurut tafsiran mereka sendiri setiap tindakan manusia di dunia ini dinilai oleh Tuhan dan boleh dikira sebagai ibadat, pemisahan ini sebenarnya memang diwujudkan dan sentiasa diperkukuhkan, contohnya pembahagian “hal agama” dengan “isu politik,” walaupun telah mereka tegaskan agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
http://us.mg2.mail.yahoo.com/dc/launch?.gx=1&.rand=dam04m8sj2gon
Matematik memang dikenali sebagai ratu sains, mengatasi displin-displin sains yang lain. Namun, dalam matematik ini terpecah kepada beberapa mazhab. Ini termasuklah intuisisme, logikisme, formalisme, dll. Sebenarnya, apakah bezanya antara kesemua mazhab ini?
Perbezaan mazhab-mazhab ini selalunya ditimbulkan oleh berbezanya pandangan setiap mereka dalam beberapa isu utama seperti ontologi, epistemologi dan logik. Contohnya, Frege-Russell mempercayai wujudnya benda yang dinamakan Matematik itu, tetapi Brouwer tidak mempercayainya dan mengatakan semuanya adalah produk fikiran. Contoh lagi, Frege-Russell dan Hilbert menyetujui penggunnaan Hukum Tengah Berkecuali (Excluded Middle Law), yang merupakan teras kepada pembuktian menggunakan kaedah percanggahan. Tetapi Brouwer tidak mempercayainya. Kalau mengikut Lawvere, Frege-Russell dan Brouwer bercakap tentang pembuktian pada peringkat yang berlainan. Tapi apa pembuktian pada peringkat-2, peringkat-3, dll?
http://us.mg2.mail.yahoo.com/dc/launch?.gx=1&.rand=dam04m8sj2gon