SA92 Kenderaan kita dari tanah.

Disember 13, 2009

Rindu nasi dulang!

Dari sana,

Pak Din Berkata:

Disember 9, 2009 at 9:36 am | Balas sunting

Saya masih berkeras untuk mengingatkan bahawa, kita yang berasal dari unsur tanah itu adalah kurang penting dari kita yang berasal dari Roh, kerana yang berasal dari unsur tanah itu hanyalah kenderaan di dunia. Apabila telah siap kenderaan kita dengan segala pekakasnya, terutama nafsu sebagai enjennya, barulah roh ditiup atau memasuki kenderaan dan memandunya. Maka setelah sampai masa kenderaan tidak dapat digunakan lagi, keluarlah roh dari jasad (kenderaan) untuk ke Alam Barzah (bukan kubur), sementara yang ke kubur ialah kenderaan kita.

Ibarat memahami apa yang tersurat dan tersirat, setiap kali ke kubur, saya masih mengatakan kita tidak ke kubur, melainkan ke Alam Barzah. Jasad kita yang ke kubur menjadi suratan sementara roh kita ke Alam Barzah menjadi apa yang tersirat disebalik suratan itu. Bukan tidak penting apa yang tersurat itu, tetapi memahami apa yang tersirat aldalah jauh lebih memberikan makna kepada hakikat kehidupan. Tidak mencari apa yang tersirat menghilangkan segala yang haq, yang dicipta Allah.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.