SA92 Kenderaan kita dari tanah.

Rindu nasi dulang!

Dari sana,

Pak Din Berkata:

Disember 9, 2009 at 9:36 am | Balas sunting

Saya masih berkeras untuk mengingatkan bahawa, kita yang berasal dari unsur tanah itu adalah kurang penting dari kita yang berasal dari Roh, kerana yang berasal dari unsur tanah itu hanyalah kenderaan di dunia. Apabila telah siap kenderaan kita dengan segala pekakasnya, terutama nafsu sebagai enjennya, barulah roh ditiup atau memasuki kenderaan dan memandunya. Maka setelah sampai masa kenderaan tidak dapat digunakan lagi, keluarlah roh dari jasad (kenderaan) untuk ke Alam Barzah (bukan kubur), sementara yang ke kubur ialah kenderaan kita.

Ibarat memahami apa yang tersurat dan tersirat, setiap kali ke kubur, saya masih mengatakan kita tidak ke kubur, melainkan ke Alam Barzah. Jasad kita yang ke kubur menjadi suratan sementara roh kita ke Alam Barzah menjadi apa yang tersirat disebalik suratan itu. Bukan tidak penting apa yang tersurat itu, tetapi memahami apa yang tersirat aldalah jauh lebih memberikan makna kepada hakikat kehidupan. Tidak mencari apa yang tersirat menghilangkan segala yang haq, yang dicipta Allah.

2 Responses to SA92 Kenderaan kita dari tanah.

  1. Pak Din 31 berkata:

    APABILA PINTU SANGKAR DIBUKA

    Apabila sangkar diibuka
    sangkar akan kosong tanpa penghuni
    Apabila ruh pergi
    jasad akan dikembalike bumi
    Ruh akan kembali pada Ilahi

    7 Oktober 2000

    Sajak APABILA PINTU SANGKAR DIBUKA telah dideklamasikan di Taman Ismail Marzuki, Jakarta.

    http://rarwrites.blogspot.com/2009/02/sajak-ramli-terbit-di-indonesia.html

  2. Pak Din 31 berkata:

    6. Tidak kira apa sahaja yang wujud di Alam ini, iaitu semua mahluk, diuruskan Allah melalui OS yang sama. Bahagian-bahagian tertentu di OS tersebut mengendali pelbagai kerenah dan bentuk mahluk, dari sekecil sub-partikal, sehinggalah sebesar bintang. Namun ianya hanya satu program yang sama. Maha Suci Allah yang Maha Kuasa dan Berkuasa menentukan segalanya. Dialah yang mencipta, mengurus dan mengadili segalanya. Bukan hanya di Alam ini, malah alam-alam yang akan datang. Allahuakbar walillahil-Hamd.

    http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/04/15/life-is-an-open-secret-jadilah-manusia-berprinsip/#comment-5182
    http://sharudin.com/2009/12/13/sa92-kenderaan-kita-dari-tanah/
    http://sharudin.com/2008/05/12/m001-respond-to-muhtar-suhaili/
    http://sharudin.com/2007/08/01/d004/#comment-5604
    http://sharudin.com/2007/08/01/d004/#comment-5367

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.