Blog ini selalu menyebut tentang Kitab Alam. Alam ialah semua makhluk Khaliq (Allah). Segala yang wujud sebagai makhluk, samada dapat dilihat atau tidak, merupakan Alam dan Allah membentuk Alam dengan Kudrah (Kuasa, Tenaga) dan IradahNya (kehendak), antara sifatNya. Allah membentuk segalanya dengan bilangan dan kadar yang ditentukan. Allah kemudian mengajar makhlukNya, terutamanya manusia (setelah diberikan cukup akal), apa yang mereka tidak tahu. Alah menggunakan Bahasa tersendiri dalam tarbiahNya. Maka, Alam merujuk kepada apa yang manusia nampak atau persepsikan (jasad Alam), sementara Kitab Alam merujuk kepada kebenaran atau hakikat (roh Alam), yang lebih luas merangkumi SunnahNya. Manhaj Ulul AlBab menghubungkan kedua Kitab Petunjuk dan Kitab Alam.
Pak Din 31 says:
18/12/2009 at 2:14 pm
Tidak boleh disangkal ketepatan tema itu Ustaz, Percaya, berjaya! Keseluruhan kehidupan adalah berasaskan kepada percaya, terutama kepada diri sendiri. Percaya diri boleh melakukannya. Tamadun Dunia tidak terbena tanpa adanya percaya. Tetapi perlu diingatkan bahawa percaya kita dapat membuktikan (akal, fikir) sesuatu akan membawa kita ke tahap yang lebih tinggi dari percaya tanpa dapat membuktinya (hati, rasa).
http://saifulislam.com/?p=7280#comment-66613
[...] SA46 Tahniah! Solusi #20 Yang ditunggu dah tiba …. “BELAJAR DARI ALAM“ [...]